- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Geng RD CLUB kemalangan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 28
Date:
Geng RD CLUB kemalangan


26 Mac 2006, Highway Cheras Kajang - Seorang geng RD Club, Fadzil telah mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah Presiden RD CLUB bagi escort pengantin iaitu adik bongsu Prez ke Semenyih. Beliau bersama empat geng-geng yang lain bertolak dari Kuala Lumpur.


Punca kejadian adalah keghairahan Fadzil bila mendapat tahu ramai awek-awek Minang yang akan berada di majlis kenduri tersebut. Mengenangkan awek-awek tersebut, Fadzil telah menambahkan kelajuan LC 125 beliau ke kelajuan cahaya hingga menyebabkan motor beliau tidak dapat mengelak sebuah Proton Wira yang menghimpit beliau tanpa memberi isyarat. Ini menyebabkan motor Fadzil, macam biasa la kalau dah kemalangan dan bumper belakang Proton Wira yang dipandu apek dan anaknya itu pecah. Sadis..sadis...isk..isk...isk...



Fadzil pun mengenangkan motornya dah bersagat terpaksa buat-buat pengsan dengan menjatuhkan badan beliau ke tanah tapi malangnya kawan2 beliau sorang pun tak nak sambut. Semua tengok jer. Hehehehe.


Prez yang berada di rumah dan sedang bz control hensem depan pengapit adiknya terpaksa ke lokasi kejadian setelah ditelefon beberapa kali dan dengan nada cemas. Kalau tak Prez asyik tanya, hidup ke mati? Hidup ke mati?


Setelah sampai ke lokasi kejadian, Prez terpaksa mengayat apek itu sambil membuka 'buah-buahan' seperti buah tembikai, durian dan pisang Montel agar apek tu tak kecoh-kecoh. Setelah mengarahkan Fadzil di hantar ke HUKM, Prez terpaksa menunda motor Fadzil ke rumah beliau. Tak sampai 10 minit tiba di rumah Prez, Fadzil muncul dan menyebabkan semua terkejut. Rupa-rupanya Fadzil lari dari Wad Kecemasan setelah melihat doktor mengeluarkan jarum suntikan untuk cucuk bontot dia. Penakut punya mangkok.


Sambil menggelengkan kepala, Prez arahkan konvoi bergerak ke Semenyih untuk escort pengantin.....


bersambung.......


 


 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 364
Date:

mangsa adalah amat baik dengan saya. pada kebiasaannya, cara pemanduannya amat berhemah.. mungkin HEMAHnye hilang sekejap bila dia nak ke tempat yang ade KEMAH..


semoga motornya cepat sihat. ngan dia skali..



__________________


Admin RD CLUB - HQ

Status: Offline
Posts: 146
Date:

cerita bleum abez lagi.....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard