Pada 31 Disember 2005 - 1 Januari 2006, RD CLUB Pusat telah mengadakan konvoi ke Cameron Highland sambil mengadakan pertemuan dengan geng Perak terutama bagi membincangkan program-program tahun 2006 serta pengaktifan semula Cawangan RD CLUB Perak. Walaupun Cameron Highland hujan sahaja, program berjalan lancar dengan aksi-aksi motor rosak (WAS bearing tayar belakang pecah), ride dalam hujan, kena tahan sekatan polis dan xtreme layan corner. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Jangan risau. Sentiasa pastikan no phone sentiasa diupdate atau dapatkan no phone RD CLUB's Executive Members (detail akan siap tak lama lagi) untuk informasi terkini.
Hehehehe. Itulah. Kan dah menyesal. Tapi tak guna menyesal apa yang dah berlalu. Chewah!
Sebenarnya, aku malas nak buat ride New Year tu sebab bz sangat2. Lebih-lebih lagi nak settlekan pendaftaran ROC RD CLUB dan paper work program tahun depan. Ingat paling kurang den nak buat kat Pd atau Genting jer. Sonang. Tapi memandangkan Fendi YP inform den yang bebudak Utara nak gi Cameron, den set jer. Sebab bebudak Utara ni kalau turun ramai. Tu yang syok tu. Nak2 lak geng KL ramai tak dapat nak pergi. Fendi ngan Lan 125 kerja dan janji nak pi petang tu. Isnin lak den kena balik sebab ada meeting dengan Datuk. Tu yang leceh tu.
So, pagi Sabtu tu den gerak la dengan Edi Bond. Dengan motor tayar botak, lampu takde ngan sprocket out, den jalan je. Tawakal. Mula2 boleh la maintain 140 km/h. Sampai kat Bidor YP Edi buat hal. Carb blow. Terpaksa maintain 110-120 km/h jer. Ikut nasihat bebudak Ipoh, kitaorang naik ikut Simpang Pulai. Perh...jalan memang mencabar. Corner cun dan jalan pun cun. nasib baik ada saki baki bunga kat sidewall tayar. Layan jer. Tengah sedap meng'corner', yp den membuang. Ingatkan tayar pancit, tapi tak. Rupanya bearing belakang pecah. Kes berat nih. Nak tak nak, jalan jugak. Tayar dah bunyi macam kapal korek. Den takut bearing makan rim jer. Tapi takkkan nak tinggal tepi jalan. Sampai sebelum Kg. Raja, hujan lebat lak. Habis lecun. Redah jer beb! Kata mat motor. Nasib baik Edi setia mengikut. Nasib baik la sampai gak Tanah Rata. Terus cari hotel dan check in. Lepas simpan barang, terus bukak tayar. MUla2 order bearing kat Faendi dan Lan mintak beli kat Sentul. Nanti petang diaorang naik, boleh pasang. Bukak2, memang sah bearing pecah. Yang haru tu, rumah bearing tu melekat kat rim. Waaaa!
Tanya2 kat orang2 area tu, kata ada kedai motor kat Brinchang. Hujan2 tu readh je dengan bawak tayar yang borat tu. Sampai kedai tu, nasib baik ada bearing serupa. Cayalah. Settlekan dan balik hotel terus pasang tayar. Dah selesai, memang lega. naik kat bilik, terus tidur. Sedar2 dah malam. Tengok sms, rupanya fendi dan lan tak dapat turun sebab YP Fendi overheat. Geng Kedah pun tak dapat turun. Hai..sengih je la nampaknya. 2 kaki je la kat Cameron tu. Perut dah lapar, apalagi, carik kedai makan ler. Nasib baik banyak kedai tomyam kat situ. Yang bestnya minum kopi panas selamba jer. Tak rasa panas. Padahal keluar asap kat kopi tu. Mulut pun keluar asap. Macam kat negara omputih lak. Perasan.
Pusing2 Tanah rata tu, lansung takde apa. Semua dah tutup. Yang ada dua India mabuk nyanyi lagu BPR - Harum Subur Di Hati. Pelik den nengok. Dah tak tau nak buat apa, apalagi, naik bilik bantai tidur la. Bangun2 dah pagi. Breakfast, pastu gi la beli cenderamata bawak balik. Den beli tshirt untuk adik den. Edi lak beli tshirt ngan purse untuk awex dia.
Hujan lak mula turun renyai2. Asyik hujan jer. Agaknya sebab awan dekat dengan tanah tak? Lepas shopping, kemas-kemas barang. Geng Perak calling kata nak naik. Ok la. Jumpa dipertengahan jalan. Dah check out, mula-mula pi kedai motor kat Brinchang. Isi minyak brek ngan 2T. Pastu isi minyak kat Petronas. Hujan makin lebat. Redah jer. Turun bukit slow2. Tayar dah la botak. Kereta banyak lak. Mangkok2 ni lak main parking suka hati mak bapak diorang jer. Haram jadah betul! Kemarok sangat nak beli strawberry! (Padahal den bengan sebab nak berenti tak leh. Dah la hujan, parking penuh lak tu. Waaa..nak beli strawberry!)
Sampai kat area pekan sebelum Kg. Raja, geng Perak dah tunggu. Lepak2 sambil borak2 tentang perancangan RD CLUB tahun depan. Bila hujan dah reda, terus gerak. Ada la dalam 15 kaki. Okay la. Lepas jer Kg. Raja, ada road block. Dah kena tahan. Nasib baik ayat manis. Abang polis tu ambik nama untuk rekod jer. Pastu, berasap la layan corner. Memang pulun abis2 diorang. mentang2 la tempat jatuh lagi dikenang. Sempat gak ambik gambar. Pastu sampai Simpang Pulai, berpisah. Salam2 terus gerak. Berenti kat Hentian tapah, isi minyak. Pastu layan balik highway. YP Edi blow lak, so kena layan 100 km/h jer. Ngantuk lak. dah nak sampai KL, hujan. Redah jer. Sampai Kl dalam kul 4 pm. Terus balik tido la. Penat beb.