Dukacita dimaklumkam bahawa ayah saya, Hj. Zakaria bin Puteh telah ke rahmatullah pada 1 Syawal 1426 bersamaan 3 November 2005 jam 7 am di Hospital Putrajaya akibat sakit jantung. Jenazah Allahyarham telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bt 18, Hulu Langat. Harapan saya agar para sahabat dapat sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham. Allahyarham merupakan antara penyokong kuat RD CLUB dan sentiasa menyokong aktiviti dan program amal RD CLUB.
Ezam sebagai wakil RD CLUB SINGAPURA mengucapkan takziah di atas pemergian allahyarham.Sewaktu semua umat islam bergembira menyambut lebaran,beliau lebih dahulu menyambut panggilan ILLAHI.Semoga ZACK tabah menghadapi dugaan ini dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.AMIN.....
Terima kasih Ezam dan geng Singaporean. Juga kepada RD CLUB member's seperti Ayus, Jijan, Angah, Tip Top dll (Pantai, Seremban), An Lc Tong (Langat), Khairul (Batang Kali), Bob RGF (Perlis), Nasir (Triang), Lan, Along, Alip, Aboy, Botak RGF, Adi, dll (Lembah Klang) dan semua yang saya tak sempat nak listkan di sini.
takziah along ucapkan pd abg zack n keluarga...AL-FATIHAH...semoga allahyarham ditempatkan bersama orang2 yg soleh...AMIN...along harap abg zack n keluarga sabar & tabah menempuh dugaanNya...setiap insan yang hidup pasti akan pergi jua menemuiNya..yang pergi takkan kembali,kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan di muka bumi ini....
Salam takziah dari saya dan Al-Fatihah....diharap mr prez sekeluarga banyak2 bersabar, marilah kita sama2 berdoa agar roh ayahanda mr prez di tempatkan bersama2 orang yang beriman dan beramal soleh.
note: sorry mr prez...saya tak tahu pun pasal ni, kalau tak saya dah datang berkunjung/ziarah ayahanda mr prez dan keluarga di hospital putrajaya.