- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: jelmaan pertama aku..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 364
Date:
jelmaan pertama aku..


a'kum...


yg dihormati tuan pengurus rd club, kengkawan rd club,..


berdirinya saya di sini kerana tidak ada kerusi..hehehe


1st skali pekaba geng-geng otai..akum memang minat tahap mughallazoh dengan moto RD ni..


tah la..aku kenal moto rd ni mase aku form 1 lagi.. yang aku tahu, bapak aku dulu ade jugak sebiji moto species ni.. mak aku yang cakap la.. tapi mak aku cakap takyah la pakai moto besa besa.. nanti eksiden.


tak paham aku kenaper la mak aku cakap camtu.. yang aku tahu la, tak penah lagi aku dengar mat RD ni accident, mat-mat jet ski(skuter) tu ade gak aa....:P


sori ey mat skut.. hehehe


tu yang sampai skarang tak dapat RD lagi ni..


yang dapat YAMAHA R1 jr (lagenda 110cc a)..


 


nak tanyer sket..


biase hujung minggu geng rd club bekumoul kat ner? ke lepak umah jer?


takde ke niat nak buat MARI MENYUSUN MOTO RD KATA SHAH ALAM..?


asyik 'jet ski' jerr....


 


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

w'salam...


Khabar baik...apahal nama ko ni unik sangat. Ada iras macam nama kelab bogel kat US tu jer. Jgn marah...gurau jer.


Mak ko tak bagi bapak ko pakai RD? Ada logik gak. Sebab RD ni kalau lain macam pakai ada macam motor pemporak peranda kampung. Tak de accident. Ada. Yang kembali ke alam barzakh pun ada. Innalillah. Alfatihah kepada mereka. Tapi alhamdulillah tak ramai. Takat accident layan corner kat Bukit Tunku sampai YP terperosok bawah divider besi tu ada la jugak kenangan. Tapi bergantung pada cara bawak motor dan juga qada dan qadar.


Untuk makluman Nud, RD CLUB berkumpul di kedai mamak sebelah Mawar Biru di jajahan traffic light Maju Junction pada malam minggu bermula jam 11 malam ke atas. Carik-carik la. Kalau tak jumpa, sila call saya 012-6931005.


Gegar Shah Alam? Memang dalam perancangan. Jangan risau. Lepas raya agaknya. Tapi tukang jemput kena jumpa geng RD CLUb dulu lah. Nak tau situasi lokasi. Ok.


 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 364
Date:

sebenarnyer nama hamba azinuddin.. jadi kengkawan panggil nudin, Nudinisme Tu pulak bagi geng geng yang bagi.. sebab hamba ni kuat mempengaruhi orang, kire semangat keNUDINan aaa..


buktinya..


bebudak kelas yang tak kenal moto RD ni dah stat kenal..siap nak tanya specification tu... tu yang bangge tu..


camni aa..ape apehal pun aku try akan gi kat kedai mamak tu..


baru best sket becerita..insyaAllah..


nak tanyer sket lagi ni:


1- camner nak letak gamba kat ruang tepi ni?


2- selaku presiden, kebanyakan member lain panggil saudara ni ape?


abg ker, big bos ke.. cip ker..


bukan aper..hamber ni budak baru tesangat sangat.


huish.. tak saba nak tengok geng RD CLUB buat 'promotion' kat shah alam ni...


a'kum..


 


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Okaylah udin....cayalah.


nak tanyer sket lagi ni:



1- camner nak letak gamba kat ruang tepi ni?


Ni nak kena terangkan secara praktikal. teori payah jugak. nanti kita jumpa, akan diterangkan.



2- selaku presiden, kebanyakan member lain panggil saudara ni ape?


panggila apa? kalau bawah umur 27 tu, panggil la den abang. bukan apa. respect merespect. kalau umur atas 27 tu, nak panggil zam je pun ok.


ok..rd club tunggu ekau datang.


wsalam.



 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard