- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Honda Raider Super Sprint Full Original..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Honda Raider Super Sprint Full Original..
Permalink Closed


Al kisah
maka tersebutlah kisah di sebalik gunung nan tinggi
Gunung itu sangat tinggi hingga kan cicak tokek,ikan sepat ronggeng dan kambing gurun,tak mampu untuk mendaki nya..
Ada pun gunung itu bukan lah cerita yang cuba utk disampaikan atau cuba untuk diketengahkan,cuma gunung itu hanya lah satu cerita tentang gunung2 di balik gunung ganang di tengan rimba yak ni bukan di tarzan rimba..
ada pun,hutan rimba itu jua bukan lah cerita yang terlibat sama bersama kisah gunung dan ganang ini,cuma hutan rimba itu terletak di taman templer park yak ni tempat utk kaum2 keluarga bisa santai di sana jadinya..
jadi moral nya di sini,jagalah kebersihan hutan kita..itulah cerita yang cuba untuk di ketengahkan buat para pembaca budiman semua bak kata Karam Singh Walia"berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian,bersakit2 dahulu,kuat sangat sakitnya,hantar kan saja ke Hospital Sungai Buloh tu.."
Jadi berbalik kepada tajuk utama di atas,mengikut kamus org asli di jalan Tapah-Cameroon,yang sebenornya ada sebuah motorsikal Honda Raider Super Sprint hendak dijual...
Motor ini semuanya masih mengekal kan keaslian nya seumpama Tok Batin yang telah di lantik menjadi pengerusi JKKK di sesebuah kampung Org Asli di kawasan pendalaman itu..
Oleh yang demikian,tanpa membuang masa dan membuang lidi Satay merata-rata,mari lah kita bersama-sama menyaksikan nya.....








Bukan yang ini,ini tukang jahit kusyen lori pikap teman.....apa daa!!..










Ini pun bukan..Ini pakcik yang jual ais krim kat Taman Tasik Permaisuri Cheras...salah lagi daa!!











Ramai yang tahu membaca,namun masih ramai yang tidak memahaminya....bukan ini daa.....itu motor mahu jual ada bawah sini laa.....












Honda Raider Super Sprint 6 Speed.....














Motor masih mengekalkan keasliannya...semua asal lagi yob!!
Enjin masih cukup selesa untuk di rentap..
bunyi enjin masih baik dan senyap lagi..












Amat sesuai buat pengumpul motorsikal2 lama khusus nya jenama Honda ini..













Ini rupa meter motor ini... masih cantik dan berfungsi amat baik!
Geran semua cukup...Roadtax sahaja sudah lama tidak diperbaharui..






Untuk sebarang pertanyaan dan kemuskilan,anda boleh menghubungi wakil penjual di talian:

019-541 7575

Fahme burger Teluk Intan..


Harga:Rm1500 sahaja...



__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Admin RD CLUB - Sg Besar

Status: Offline
Posts: 1226
Date:
Permalink Closed

alamak bro.. mcm mto ak dlu la... sexy tue.. awesome

__________________
rdclub is just awesome..


Admin RD CLUB Serdang/N9

Status: Offline
Posts: 69
Date:
Permalink Closed

manyak murah maa~~

__________________

[teng]kipas terbang]domokun-hat.gif



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:
Permalink Closed

salam bro..moto dah jual ke blum ni??..

__________________
helooss


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Permalink Closed

Ada satu cerita..
cerita ini terjadi di sebuah benua di tenggara Asia
ada pun,Pak leman dan pak mail telah berperang kerna berebutkan ayam sabung nya..
kejadian berlaku di belakang bilik termenung kak limah..
ianya telah mengakibatkan harga getah dan sawit mula melonjak tinggi..
ini kerana,basikal BMX kak limah telah patah dua akibat peperangan di antara pak mail dan pak leman..
mereka berperang menggunakan garpu dan senduk makcik wok yang bergigi emas itu..
lalu hendak dijadikan cerita,itu semua adalah cerita mimpi teman pada malam tadi...
yang sebenornya,motorsikal Honda Raider ini telah terjual pada org Muar...
jadi moral nya cerita di sini,Motorsikal ini telah terjual...
Harap maklum dan terima kasih

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Permalink Closed

kalau dah jual..boleh la hamba menutup thread ye brader fahmi..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard