Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: Apa yang kamu perbincangkan?. Kami menjawab: Kami sedang berbincang tentang hari qiamat. Lalu Nabi saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Kemudian beliau menyebutkannya:
Asap, Dajjal, Binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman.
ada yang mengatakan berkenaan maksud asap itu ialah:
Kisah asap tebal yang membawa bala bencana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam sebuah surah yang dinamakan Ad-Dukhan yang membawa maksud asap tebal:
[7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
[9] (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
[10] Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
[11] Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
[12] (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!". - Ad-Dukhan.
Sebelum ini, dunia sering dilanda jerebu yang turut dikaitkan dengan asap tebal yang disebutkan oleh rasulullah S.A.W sebagai salah satu tanda-tanda kiamat. Akhir-akhir ini, walaupun jerebu kerap berlaku, ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan tidak lagi ia dikaitkan dengan tanda-tanda akhir zaman.
sebagai contoh letusan Gunung Merapi di Indonesia tahun lepas 27 oktober 2010....