bila ada sembang perajurit ni,teringat gak masa2 jadi askar dulu.kalau nak cite bab askar ni 3 hari pun x abis.betul x kawan2 sekelian.selain pernah beroperasi di hutan seperti gubir,ulu yam,bukit fraser,janda baik,kelian intan dan byk lagi,yg paling best ialah bila terpilih bertugas di bosnia 7/1997. di sana ada 3 penempatan kami iaitu kupres,livno dan glamoc.kem sy terletak di kupres yg mana kupres ni adalah dearah yg terawal bila musin salji turun. yg seronoknya x sabar menanti salji turun pada bulan 11 dan 12.namun bila salji turun begitu kuat lain pula ceritanya.tiada yg sanggup bermain salji kerana kesejukannya lebih dari sejuk peti ais.air2 yg bertakung di jalan2 pun semuanya abis beku.nak mandi pun satu hal,air dalam batang besi pun abis beku.air panas x byk,sapa bangkit lewat alamatnya mandilah air batu.dak pun kekadang 2 ari baru mandi,hihi.awek sana comel2 dengan mata yg berbagai warna,mata biru,merah hijau .yg macam mata kucing pun ada,perghhhhh....gila bila tengok.ada yg pandai cakap bosnia dengan hanya baru 3 bln je brd disana.tapi bagi saya yg jenis otak lembab ni x dpt juga menguasai bahasa ibunda dia org walau pun 6 bln brd di situ. ada la satu dua perkataan yg msh ingat,karkosi maknanya apa khabar,poklon - tukar barang,zima-sejuk.