Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahwa perempuan dilarang memakai pakaian laki-laki dan laki-laki dilarang memakai pakaian perempuan.
>Disamping itu beliau melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki.
>Termasuk diantaranya, ialah tentang bicaranya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.
Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah karena sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat laki-laki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada laki-laki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti laki-laki, maka ini berarti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah.
Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah laki-laki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul laki-laki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, yaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai laki-laki dan menyerupai orang laki-laki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang laki-laki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).
Ali r.a. mengatakan:
"Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)
Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan:
"Bahwa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh karena itu jangan kamu pakai dia.'"
dunia hari ini..... jauhkan saudara mara kite drpd terjebak.... tunjuk jalan yg lurus.... jangan buang meraka....kerana ....meraka masih umat nabi muhammad
mr pres.....nak tanya nie,ape bezanya lelaki lembut,lelaki pondan ngan lelaki bapuk.....ade jugak aku tgok,lelaki lembut...tapi anak 5(kira ramai la tu),cemana pulak dikatakan jiwanya itu lembut?????
Firman ALLAH Taala: Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (Al-Nisa, 119)
Artikel kali ini adalah artikel yang akan mencucuk mata Jangan salah faham, bukan nak tambahkan dosa, tapi sekadar memberi informasi dan mungkin juga dengan pendedahan artikel ini akan membantutkan niat korang, terutamanya kaum lelaki yang ada niat untuk tukar jantina Apa yang pasti ramai beranggapan kaum lelaki yang ingin menjadi perempuan ataupun yang seakan-akan perempuan ini (lembut).. perlu di dengar rintihan mereka.. alasan yang paling popular untuk menghalalkan tindakan mereka ialah.. mereka juga mempunyai perasaan, masyarakat tidak memahami, dan bermacam-macam lagi.. dan yang paling teruk sekali ada pula drama yang dibuat untuk membela golongan ini.. Apa yang pasti golongan ini sudah tidak takut dengan tanggapan masyarakat.. malah menjadikan alasan setiap manusia punya hak masing-masing sebagai perisai mereka..
Disini saya sediakan 2 orang lelaki yang telah menukar ciptaan Allah.. dan terus terang saya katakan yang mereka ini melakukannya dengan begitu cemerlang...
Nama : Bell Nuntita, aka Nuntrita Bell Khampriranon Umur : 28 Jantina Asal : Lelaki Tukar Jantina : Pada umur 21 tahun Asal :Thailand Pekerjaan : Model/Penyanyi Status : Sudah mempunyai Teman Lelaki
Nama : Nong Poy Umur : 24 Jantina Asal : Lelaki Tukar Jantina : Pada umur 17 tahun Asal :Thailand Pekerjaan : Model Status : Sudah bertunang dengan Teman Lelakinya
Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu: 1. Taghyir atau Tabdil(Menukar jantina) 2. Takmil(Menyempurnakan jantina)
Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah: Seorang lelaki yang sempurna kejadian jantina luarannya (zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.
Ciri-ciri Takmil ialah:
1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.
2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.
Firman ALLAH Taala: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (surah al-Hujarat, 13)
Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Quote
?lah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya ?ang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.?em>
Apakah status mereka yang mengubah jantina?
Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan: i. Taghyir(mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya. (HUKUMNYA HARAM). ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut. (HUKUMNYA HARUS).
Jadi dapatlah disimpulkan disini bahawa menukar jantina baik lelaki ataupun perempuan selain dari ciri-ciri Takmil adalah HARAM!.. Gunalah alasan apa pun.. hak individu, mengikut kata hati, sudah bosan, masyarakat tidak memahami.. selagi tidak ada kena-mengena dengan ciri-ciri Takmil.. ia adalah HARAM!noktah! muktamad!