Perkahwinanatau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masiud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu. Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan
Kedudukan perkahwinan dalam Islam
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atai tiada nafsu yang kuat
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syariat
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
Maksud Nikah Akad yang dilakukan dengan menggunakan lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi membolehkan dan bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam ikatan kehidupan yang diredai Allah swt
Rukun Nikah Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya. Rukun nikah mengandungi 5 perkara:
1. Pengantin Lelaki 2. Pengantin Perempuan 3. Wali 4. 2(Dua) Orang Saksi 5. Ijab dan Kabul
1. Pengantin lelaki Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul) Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Wali adalah orang yang memiliki kuasa penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan. Wali juga berhak untuk melangsungkan sendiri sesuatu akad nikah itu ataupun mewakilkannya kepada juru nikah. Wali nikah terbahagi kepada 2 jenis iaitu, 1) Wali Nasab, 2) Wali Hakim.
Penjelasan Wali Nasab Wali nasab adalah wali yang ada ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan pengantin perempuan yang bakal dikahwinkan, mereka itu adalah seperti, 1) Bapa pengantin perempuan (Wali Akrab) 2) Datuk sebelah bapa 3) Saudara lelaki seibu sebapa 4) Saudara lelaki sebapa 5) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa 6) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa 7) Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa 8) Bapa saudara dari pihak bapa sebapa 9) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa 10) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa 11) Bapa saudara kepada bapa yang seibu sebapa 12) Bapa saudara kepada bapa sebapa
Penjelasan Wali Hakim Wali hakim adalah wali yang dilantik dan diberi tauliah oleh ketua atau kuasa pemeritah Islam kepada seseorang untuk mengakad nikahkan perempuan yang hendak berkahwin melalui cara berwalikan hakim. Bagi wilayah atau negeri yang pemimpin negaranya bukan beragama Islam ataupun negara yang didiami itu bukanlah sebuah negara Islam, wali hakim bolehlah dilantik oleh masyarakat Islam setempat dengan memilih mereka yang lebih alim serta mahir dalam selok belok agama.
ni masa aku jadi wali adik bongsu aku... aku yg tukang nikahkan adik ipar aku... punyer berderau rasa macam sendiri nak nikah...hahahaha tp alhamdulillah settle senapas..macam keretapi...hahahaha
ni masa aku jadi wali adik bongsu aku... aku yg tukang nikahkan adik ipar aku... punyer berderau rasa macam sendiri nak nikah...hahahaha tp alhamdulillah settle senapas..macam keretapi...hahahaha
gaya post topik nie cam dah x lama jer zam??? keh3!!!!!....... jadi kenduri nanti,wat penunjuk arah skit, mane la tau takot lupo jalan pi umah...hek3.....
majlis perkahwin sejarah dalam hidup semua masyarakat .. yang tak boleh dilupakan hingga akhir hayat .. kat sini aku nak kongsi sikit majlis perkahwinan aku ..
antara lebih kurang semua ahli lanun bikers hadir masa nie ..
aku takut nak bawak .. sebab besar sangat .. masuk parit mana tah nanti ..
seronok tuh dah tahap gaban .. tak dapat dibayangkan ..
gaya post topik nie cam dah x lama jer zam??? keh3!!!!!....... jadi kenduri nanti,wat penunjuk arah skit, mane la tau takot lupo jalan pi umah...hek3.....
36. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Yaasin:36)
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.
Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.
gaya post topik nie cam dah x lama jer zam??? keh3!!!!!....... jadi kenduri nanti,wat penunjuk arah skit, mane la tau takot lupo jalan pi umah...hek3.....