- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aku hidup dlm Blues....Fahme burger story


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Aku hidup dlm Blues....Fahme burger story



Nama aku ialah fahme..aku lebih dikenali sebagai Fahme burger di kampung aku..Inilah tempat aku mencari rezeki dengan keringat aku sendiri bagi medapatkan rezeki yang halal disisiNya. Aku juga merupakan seorang penjual burger di kampung aku di Teluk intan...
Aku memulakan perniagaan aku seawal jam 6.30 ptg hingga ke 10.30 malam..Selain menjual burger,aku juga mempunyai hobi mencustomkan semula motor2 buruk utk dijadikan cantik sedemikian rupa..part time kata org putih..




Pada setiap hari,aku akan melalui menara jam condong ini utk aku ke pasar bagi membeli barangan dagangan..
Inilah satu-satunya kebanggaan rakyat di Teluk intan....




Ini pula ialah unta tunggangan aku utk ke pasar..Sebuah motor buruk yang bebudak skrg langsung tak berminat nak pakai lagi..
Aku jugak le yang ke hulu ke hilir naik motor cabuk ni(sampai le ke kuala kangsar tempoh hari,karnival motor tempoh hari)..udah rasa nak tercabut pinggang dibuatnya,hahaha...
Apa pun,kenangan bersama Yamaha sport ini meninggalkan kenangan manis yang tak dapat aku lupa untuk selamanya....




Ini pula adalah tempat atau port utama aku untuk bersarapan roti canai dengan kuah karinya yang memang power rangers!!!
Kedai ini dikenali sebagai Nasi lambai diteluk intan..kalau engkome datang teluk intan,moh pekena nasi deme ni..ntah ape dibubuh deme,bole angau dibuatnya..sedap engkome!!!




Apabila aku dalam perjalanan pulang dari pekan,aku akan melalui satu kawasan yg semerbak bau harum ayam goreng berempah di Jalan changkat jong,teluk intan...Ghulam Rasul Nasi Kandar...




Tiba sahaja di rumah,aku pulak akan melepak di bengkel aku yg terletak bersebelahan rumah datok aku..(dulunya rumah sewa,kini aku yang menyewanya untuk meletakkan motor2 buruk aku)hehehe...




Motor dah berkilat!!ape aku nak buat lagi pun,aku tak tahu..nak digosok,udah berkilat2...ape nak dibuat lagi,yob..




Oh ya,tapi tak mengapa,demi cinta motor punya pasal,akan ku usap juga dirimu sayang...hai la motor"..


Janda-janda teman....


inilah janda lama aku,walau pun buruk dipandang namun tinggi nilainya..dan kini,dengar cerita motor ni dah eksiden,maka kurang le sikit hensemnya...



Apabila aku terlihat motor2 macam ni,teringat aku pada janda aku!!
Dahulu waktu aku pakai,ianya berwarna merah,la ni tak tahu apa warnanya(WAC 1747)...




Sorang lagi janda teman,RD125(WBG 5543),sedap merentap motor ni..
Aku membelinya di Kedai Kong Motor jalan ipoh, Sentul(dulu2 punya cerita)..Tokeynya baik dan peramah!!



Si buah hati,pengarang jantung....





HIKAYAT AKU DI ALAM PERMOTORAN


Aku mula menunggang motorsikal pada usia aku seawal 11 tahun,ketika itu tengah hangat lagu-lagu dari kumpulan Rusty Blade,SYJ dan dll..Motor pertama aku ialah Suzuki FR80(AAL 4389)ataupun lebih dikenali sebagai Suzuki family..berlumba dgn yamaha cub!!(zaman dulu..)
Habis zaman suzuki,aku mula berjinak-jinak dengan Yamaha sport ACA 8149(zaman tu tgh hot madgad burung)..Jodoh pulak tak panjang,aku sambar pulak Suzuki Best 110 ACC 1093(warna hitam stripe merah)tayar Dunlop TT100 la(madgad kasi labuh sikit..haha..)

Apabila sudah boring melayan motor yang guna Minyak 2T,aku layan pulak Honda Fame(ABD 8404)..standard lari 120 k/m(cam kasi potong la sikit)..Apabila motor ni asyik buat lawak hindustan aje,aku jual dan beli pula Modenas Kriss yg baru ADH 7949..standard je motor tu..
Apabila macam dah jadi mat belia 4B je,aku pun jual motor Kriss tu dan beli Vespa sampai 3 biji(nak layan veteran le pulak)vespa labu AD 2448,vespa sprint AN **** dan vespa PS BBE****..dlm masa yg sama,aku beli Yamaha RD125 ,Yamaha Passola dan Suzuki RGV 120 pakcik aku(NAJ ****)..

Hajat dihati,tak nak jual dah,entah ape mimpi,aku jual jugak Yamaha RD125 dan Vespa-vespa aku dengan harga yg amat berpatutan(aku beli vespa pada zaman tu pada kadar harga Rm50 hingga RM500 je!!)zaman tu vespa memang deme campak ke reban2 ayam je.....

Tiba-tiba,satu fenomena yg luar biasa mula melanda satu Malaysia,ianya adalah satu jentera yang boleh menggugurkan iman mat2 motor zaman tu iaitu Yamaha TZM150..zaman itu(jika oldtimer masih ingat le)TZM ini lah  motor yg paling cantik,besor,mantap,cun,dan aku sampai terangau-angau kan TZM ni..
Zaman tu,warna yang paling top ialah warna hitam belang oren dan putih merah..Dulu cukup top TZM ni,la ni sape la nak pandang-pandang lagi(hajat aku pun tercapai walaupun TZM secondhand..ADH 2569)..

Dalam masa yg sama,aku beli pulak sebiji Yamaha RD250LC(kalau ikutkan,aku dah nak beli RD250Ypvs si Mie adik Nan,BCR 3461)berwarna merah(WAC 1747)dan Yamaha sport(ABQ ***)bermadgad burung jugak yob!!..
Berkenaan LC tong ni,LC tong ni memang sedap merentap,dia punya tarikan tu yang stim,macam turbo..hahaha(kalah jugak aku dgn LC tong Si Nan Taman Meru Ipoh)hehe..tapi ni semua cerita lama(si panjang LC tong biru tu,dulu2 sama warna dgn si nan,jenuh dia menggoreng aku,dia nak double disc depan aku tu,hehehe sorry panjang)..yang bestnya LC tong ini ialah pada power band nya...dia punya tarikan,memang sedap...Akhirnya,aku jual juga LC tong aku ni pada org johor(la ni tak tahu cerita)..LC tong aku ni memang meninggalkan pengalaman manis dan pahit!!yang manisnya,aku berkawan dengan adik perempuan bongsu Jamal Abdillah(Jamal Abdillah ni orang kampung teman)dengan ini lah motornya...tapi rezeki jodoh kami tiada...Aku doakan kebahagiaan mereka...
Kalau ikut planning,aku dah nak amik motor RD250YPVS(BCR 3461)dan nak hantar cat pada Man RGF(cat warna motor Azura)tahun 2001 rasanya!!
Jodoh pada YPVS pun tak ada,pada si dia pun tak ada!!memang tak ada rezeki aku pada tahun tu..kenangan silam..


OK!!tutup cerita tentang motor RD,aku beli pulak motor Yamaha RX-S AAY 4504 dan Honda 65 AAA***..Aku pun sarong le sport rim Kawasaki Gto kat RXS aku ni(beli RM700 rim ni,zaman dulu le)dan mencari le fairing RX-S,nak dipasanglan  kat AAY aku(zaman tu,fairing RX-S baru berharga RM60 je!!)..pernah RX-S aku ni,aku rentap out meter dari highway Bidor sampai Restoren jejantas sg buloh(out meter pun 140 km/h je..tapi boleh dipuji tentang ketahanan mesin ni,memang sedap dan yang menyebabkan aku jual S aku ni sebab masalah bergegar enjin selepas overhoul..bengang punya pasal,aku pun lego pada org Taiping..dlm masa yg sama,beli lagi Yamaha sport(BDK 8202)bermadgad burung jugak(sampai ke pekan Klang aku mencari madgad ni,susah mau dapat lagi woo..)


Oh ya,aku pun ada membeli  sebuah Yamaha RX-Z 5 speed(ABE 4654) layan standard je..rileks(laju-laju nak kemana yob!!)..dalam masa yg sama,rezeki pulak murah,aku sambar sebijik lagi Yamaha RXZ catalyzer(AFG 3909) dan Suzuki RC100 (BCS***)..
RXZ Catalyzer
ini,aku buat berulang alik kerja sahaja(milage aku sehari dalam 160km je)despatch Maybank je..Apabila catalyzer ni buat tangan aku patah,aku pun lego kat kedai motor di hutan melintang..tutup cerita tentang catalyzer(5 speed aku pun aku lego kat kwn aku dgn harga yg murah)..

Gila Yamaha RXS datang semula,aku beli sampai 3 buah(udah gila aku ni)BCA***,AAW 37**, dan ABB****...Aku membeli agak buruk,selepas itu bikin balik kasi cantik..
RXS silver sudah dijual pada org Kajang dan RXS ABB,aku jual pada org cina yg penuh bertatu badanya di Teluk intan..kini,tinggal RXS BCA aje lagi..ni pun nak jual jugak(hahaha,hobi aku dah rupa itu yob!!)..

Oh ya,aku ada membeli lagi sebuah RXZ boss buruk(BCW***) kat kawan aku si Mat Isa yang tinggal diSeksyen 19 Shah alam..

ada pulak budak kampong berkenan kat RXZ boss ni,aku pun lego kat dia..(jual lagi)hehehe...Pada bulan lepas,aku beli sebuah Yamaha RX100 dan Suzuki GSX110 ADK****  dengan harga yang agak murah le jugak(tengok condition macamana,ok tak..hahaha)





sebahagian unta2 aku...




Serba Sedikit info tentang Teluk Intan(jalan2,cari makan)
biggrin

Menurut kata orang2 lama(oldtimer),asal nama Teluk intan ialah Teluk Mak intan..kemudian datang pula si penjajah,lalu bertukar nama kepada Teluk Anson..dan ianya kini dikenali sebagai Teluk Intan,kekal sehingga ke hari ini..
Bagimereka yang pernah ke Teluk Intan,perkara pertama yang bakal disebut ialah tempat makan yang memang lama dan sedap serta murah harganya sikit(berbanding Kolumpor tu yob)..
salah satu destinasi tempat makan yang korang kena wajib pekena ialah(sila lihat gambor dibawah)


Mee Rebus dan Pasembor..sedap beb!!!




Nasi kandar yg memang ada lagenda di Teluk intan..(Nasi Lambai@Sultana)



Mee Rebus daun pisang(ianya berbungkus di dlm daun pisang)memang tangkap leleh kalau pekena mee ni yob!!



Ayam goreng berempah dan briyani dia,memang power!!!




Anda gemar Gado2?try port sini dulu..(berhadapan jam condong)





Anda penggemar burger?cuba try sini punya burger,hahaha....




bersambung.....weirdfaceweirdfaceweirdface

-- Edited by RXS Congo at 13:06, 2008-10-26

-- Edited by RXS Congo at 15:31, 2008-10-26

-- Edited by RXS Congo at 21:13, 2008-10-26

-- Edited by RXS Congo at 21:16, 2008-10-26

-- Edited by RXS Congo at 21:26, 2008-10-26

-- Edited by RXS Congo at 20:34, 2008-10-29

-- Edited by RXS Congo at 20:10, 2008-10-30

-- Edited by RXS Congo at 17:56, 2008-12-04

-- Edited by RXS Congo at 17:59, 2008-12-04

-- Edited by RXS Congo at 18:02, 2008-12-04

-- Edited by RXS Congo at 18:55, 2009-01-08

-- Edited by RXS Congo at 17:50, 2009-01-09

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

mn peginya janda2 lama bro...??confused

__________________

4UO-82front2.jpg

TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAP,

TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU......



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

best la crita bro..
xsbar nk baca sambungannye
huhu

__________________
ANAZ



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

100sport mudguard burong tuhh....memang otai laa bro ni .

__________________
"If the world is a dangerous place to live, It is not because of the people who are evil, But because of the good people who don't do anything about it" einstein -


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

kot den sampai tlok intan,dun worry memang den akan singgah kek kodai burger tuuu...blehh kitaa sambung ceritera bro kat atas tuuu...hehehhe

Burger KEBABOOO...7hengget ??? mesti kena try ni...bleh courier satu tak brooo..ahakkss.

__________________
"If the world is a dangerous place to live, It is not because of the people who are evil, But because of the good people who don't do anything about it" einstein -


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

jika jalan2 ke teluk intan,singgah2 le kat kedai burger teman..bole pekena burger kebabo..hahaha..member2 takda hal punya..

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

RXS Congo wrote:

jika jalan2 ke teluk intan,singgah2 le kat kedai burger teman..bole pekena burger kebabo..hahaha..member2 takda hal punya..






Hang mmg mat retro laa...Fahme!..
sambung la citer...

__________________



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

Abang kita ni tengah sebok goreng burger brooo...kebaboooo..!!!!

__________________
"If the world is a dangerous place to live, It is not because of the people who are evil, But because of the good people who don't do anything about it" einstein -


Admin RD CLUB - Penang

Status: Offline
Posts: 1501
Date:

telok intan kt area mne yop??
awak dlu pun dduk kt tronoh... slalu la jgk awak pogi
telok intan pekena nasi kandar
biggrin

__________________




x7


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 30
Date:

cita bro best le..tgok rx100 teringat moto pertama aku dulu..tapi budak2 kg aku pangil rxseringit..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:


Mintak mahap bebanyak yob!!lama teman menyepikan diri..agak sibuk sebulan dua ni..
kini teman kembali.....

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:


Teman duduk di teluk intan kat belah Kg Bahagia(kampung teman bersebelahan dgn Sungai Manik)...
jarak Bandar Teluk intan dgn kampung teman cuma 7 minit sahaja jika naik Yamaha Passola..jika naik Yamaha V4,mungkin takde minit kot..hahaha..
ape pun,singgah2lah ke Teluk intan jika ada rakan2 terlalu ke sini...


__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Senior Member

Status: Offline
Posts: 101
Date:

sambung cite....... tengah layan nie

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

nantikan kesinambungannya kelak...


__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

so.. skr jd usahawan helmet ler pulak ye.. aku nak order 1..rege kwn2 seperjuangan ye yob..


__________________

LC=YPVS=RD



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

helmet tempah berharga Rm200 seunit nett(zaman dulu2 Rm180 aje!!)....courier service tambah Rm20...total Rm220...
tempahan dibuka...nak macam Ltd,magnum lll atau magnum super pun bole!!(siap stiker)
harap maaf jika tak dapat membalas sms anda kerna ratusan sms yang masuk,jadi paham-paham aje lah...mana teman dapat melayannya...
Apa pun,call sahaja...
019-541 7575
Fahme Burger Teluk intan

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

fahmeburger.blogspot.com

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

syok jugak aku baca blog hang ni fahme...
image yg menarik tu..smile

hang kat teluk intan ada kenai brader azmin yang pakai rgf tu tak?
dalam tahun 1998 lebih kurang camtu....

tak pun hang ada kenal muka2 kat gambar bawah ni tak?




__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Aik?gambor si Nan taman meru ipoh pun ada tercongok kat situ?En Azmin sarehan tu ka?member lama dulu..dia jual RGF dia,lepas tu beli Kawasaki GPZ750!!ini semua group geng Pak Busu Kg serdang,Sitiawan!!lama benor teman tak dengor cerita deme ni..Pak Busu pakai lagi ka ZX10 dia tu?...



__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

RXS Congo wrote:

Aik?gambor si Nan taman meru ipoh pun ada tercongok kat situ?En Azmin sarehan tu ka?member lama dulu..dia jual RGF dia,lepas tu beli Kawasaki GPZ750!!ini semua group geng Pak Busu Kg serdang,Sitiawan!!lama benor teman tak dengor cerita deme ni..Pak Busu pakai lagi ka ZX10 dia tu?...



si nan tu memang la ada dulu. xtive members tu lepas lc tong dia kembali berkokok. semua dah lost contact kecuali nan je jumpa kat kuala kangsar tahun 2007 dulu.
azmin sejak jual rgf terus tak jumpa. no dia pun dah hilang.
rindu gak dengan derang. last jumpa masa ramai2 ride ke teluk batik dalam tahun 2003 dulu.




__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

sewaktu 2003 dulu,teman pun ada pegi Ride Teluk Batik tu jugak tapi naik motor suzuki FX110 aje!!(motor RD teman tangkap coil pulak!!!)...sahabat-sahabat ngajak pegi,ikut aje lah walaupun frust motor tengah tangkap coil!!waktu tu teman dengan Aley kuala kangsar,Man RGF250 hitam merah ipoh,mie YPVS350(adik si nan taman meru)dll...
kenangan yang tak dapat dilupakan...
si M.nasir RZ250RR dan group medan selera sitiawan(dulu deme punya group ni ada melayan motor2 RD ni..encik azmin pun terjebak,dia pun beli Suzuki RGF250 PAY**** hitam putih(cantik jugak motor dia)....
bila dah masing-masing terjebak dengan superbike,habis semua pakat jual motor masing-masing(termasuk le teman,hehehe...)
nanti lah,jika kelapangan,akan teman menjejaki deme-deme ni(rindu jugak kat deme ni,otak deme ni semua gila-gila termasuk le teman,hehehe...)
oh ya,sebelum terlupa,akan teman iklankan kedai seorang sahabat teman iaitu sebuah bengkel membaiki motorsikal-motorsikal lama(owner kedai pakai RD250YPVS warna kuning)di ipoh!!
Bengkel beliau terletak berhampiran dengan pusat jualan limau bali di ipoh!!
kelak akan teman lampirkan buat pada sahabat-sahabat semua!!!

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

RXS Congo wrote:

sewaktu 2003 dulu,teman pun ada pegi Ride Teluk Batik tu jugak tapi naik motor suzuki FX110 aje!!(motor RD teman tangkap coil pulak!!!)...sahabat-sahabat ngajak pegi,ikut aje lah walaupun frust motor tengah tangkap coil!!waktu tu teman dengan Aley kuala kangsar,Man RGF250 hitam merah ipoh,mie YPVS350(adik si nan taman meru)dll...
kenangan yang tak dapat dilupakan...



teman pun rasa macam kita ni pernah jumpa jugak le. azmin ada kenalkan dengan dua tiga geng perak yg datang naik kereta. ingat2 ada jugak rupe kome masa tu. masa tu memang ramai campur geng sabak bernam, geng klang, geng banting ngan geng kl. aley pun ada ke time tu? tak perasan teman. kira lama jugak ye teman kenal aley cuma jarang jumpa je.


fahme, ni ke Man RGF250 hitam merah ipoh tu? smile




__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

inilah man RGF ipoh,tukang cat motor kita orang!!motor Gpz Azmin,motor katana si nan,motor RD teman,dia ni le punya keje ngecatnya!!Si Aley Kuala naik RXZ warna hitam time Ride tu
Tapi memang,waktu Ride 2003 tu,memang meriah,group bercampur campur,semangat setiakawan tu memang ada,tak macam zaman sekarang,ada puak-puak le pulak...payah benor yob...banyak mazhab le pulak!!!
(kenangan yang teman tak lupa pada Ride 2003 tu,ada sebijik katana ,nak kena bertolak baru boleh start,berat jugak motor tu yob!!)

Fahme Burger Teluk intan

-- Edited by RXS Congo at 18:34, 2009-01-08

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

hahahaha...ghupenyer kita ni member lama yer. tak ku sangke. (loghat perok)

nanti teman carik gambo2 masa ride teluk batik 2003 tu teman buat kenangan. masa tu memang meriah. ramai sgt sampai teman pun tak terlayan. apa2 pun geng perok memang best n sporting. kawan2 yg ride time tu ade lg tp ramai yg dah pencen. teringat masa tu tidur banglo atas bukit. memang syok.  banglo tu pun dah tutup.

kalau camni nampak gayenye mau teman naik teluk intan jumpa kome kalau teman tak sebuk aih. mana tau jumpa kawan2 lama. syok jugak. smile


__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

no problem..jika kelapangan dan tersinggah kat teluk intan,telefon lah teman!
kenangan melepak dan tidor di banglo diatas bukit tu,memang best(2003)..
jenuh motor-motor nak menongkah naik(curam benor yob!!)
tapi memang ramai rider-rider dah mula pencen main motor-motor ni(termasuk le teman)
yang syoknya dulu-dulu bila main motor ni,sparepart kira senang dapat,murah le jugak berbanding harga zaman sekarang ni(boleh pitam dengar harganya)...
Yp250 dulu pun,tip top condition pun baru Rm3500-Rm4000..LC250 Rm2500-Rm3000 je!!
Teman pun sesekali teringin juga nak turun KL(berkenal-kenal dengan group RD club ni tapi segan le,teman udah tak ada motornya!!(yang tinggal Yamaha sport bermadgad burung je lagi..hahaha)

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

RXS Congo wrote:

no problem..jika kelapangan dan tersinggah kat teluk intan,telefon lah teman!
kenangan melepak dan tidor di banglo diatas bukit tu,memang best(2003)..
jenuh motor-motor nak menongkah naik(curam benor yob!!)
tapi memang ramai rider-rider dah mula pencen main motor-motor ni(termasuk le teman)
yang syoknya dulu-dulu bila main motor ni,sparepart kira senang dapat,murah le jugak berbanding harga zaman sekarang ni(boleh pitam dengar harganya)...
Yp250 dulu pun,tip top condition pun baru Rm3500-Rm4000..LC250 Rm2500-Rm3000 je!!
Teman pun sesekali teringin juga nak turun KL(berkenal-kenal dengan group RD club ni tapi segan le,teman udah tak ada motornya!!(yang tinggal Yamaha sport bermadgad burung je lagi..hahaha)




Yp250 dulu pun,tip top condition pun baru Rm3500-Rm4000..LC250 Rm2500-Rm3000 je!!> ye..memang betul. dulu kita control harga. supaya sama2 senang. sekarang ramai org kaya membeli dan menjual tu yg payah tu yob. disbeliefnofurious

Teman pun sesekali teringin juga nak turun KL(berkenal-kenal dengan group RD club ni tapi segan le,teman udah tak ada motornya!!(yang tinggal Yamaha sport bermadgad burung je lagi..hahaha)> ala..kome ni macam sehari kenal rd club. turun aje...rd club amal sikap kita semua sama. asal usul kita pun dari bawah. tak ada rasa nak nyombong atau berlagak otai nye. yg berlagak otai tu bior le die. janji bukan dari rd club. teman pun tak suke org nyombong ngan control best
2 ni jadi kawan teman.

jangan sampai teman ada free nanti teman yg naik sana gegor kome dengan azmin n d geng. hehehehe. tegak lak menara yg condong tu. smileevileyebiggrinsmile




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 100
Date:

beshnye cerite kome ni.
teman kat ipoh ni xbeli2 moto pon lagi.
ate mane taknye.
modal teman ade kecik je.
dapat rd125lc pon jd le ye.
uhuk2.

__________________
ape lah yg ada pada nama
ape lah yg ada pada gelaran
sampai masa kite akan jatuh

beringatlah



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

marzuki wrote:

beshnye cerite kome ni.
teman kat ipoh ni xbeli2 moto pon lagi.
ate mane taknye.
modal teman ade kecik je.
dapat rd125lc pon jd le ye.
uhuk2.




fahme boleh tolong tu....
teman pun boleh nolong kalau nak carik motor...
apa ada hal kan fahme..hehehehehe





__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Untuk Encik Presiden,jika ada ruang waktu dan ketika,kita akan bersua dan bercerita...
cuma yang sedikit menyedihkan adalah kerana Penyatuan group jenteraa RD,banyak yang membawa haluan masing-masing dan pengikutnya sendiri dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi generasi-generasi yang baru...
Cuma cara pembawakan rider-rider dahulu lebih kearah semangat dan kerjasama diatas minat terhadap jentera-jentera ini..jika rider-rider dahulu masih ingat,penglibatan diri kepada jentera -jentera RD ini adalah kerana ketidak berkemampuan kita untuk memiliki superbike-superbike yang mencecah harga puluhan ribu dan belasan ribu ringgit!!
Saya sendiri yang pernah memiliki RD250LC adalah kerana keinginan merasai sendiri kerentapan jentera yang memiliki 2 piston ini(nak pakai superbike,kita tak mampu...RD ni pun jadi lah...)
Berlainan dengan fenomena pada hari ini,kebanyakkan bebudak yang baru,mereka lebih kearah ingin menjadi oldtimer dengan cara yang singkat tapi pada hakikatnya mereka ini sebenarnya
masih banyak yang perlu dipelajari dan pengalaman yang harus ditempuhi..
Rider-rider dahulu kebanyakkannya adalah secara berperingkat-peringkat jika bermain motor..
Pengalaman itu memberikan kenikmatan yang sebenarnya dan menjadikan mereka ini lebih berdisiplin dan matang!!!
Ini adalah sebahagian pendapat saya,yang mempunyai kelemahan diri dan mohon maaf jika ada sesetengah pihak yang beranggapan berbeza pendapat yang mana saya lagi daif dan mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi...
Justeru itu,saya menyarankan agar ditubuhkan atau RDclub mempunyai sebuah kedai yang menjual parts-parts,motorsikal-motorsikal jentera RD ini yang dikelolakan oleh ahli kelab RD ini dan ianya adalah bertujuan bagi mengawal kadar harga spareparts untuk masa hadapan bagi memastikan ianya tidak terlalu membebankan pengguna-pengguna jentera ini..
Akhir kata,semoga RDclub di restui dan diberikan syafaat dari Yang Maha Esa..

buat Encik Marzuki:Terima kasih kerna membaca!Semoga ianya memberikan syafaat dan sedikit ilmu yang berguna untuk kalian semua agar dapat bersama-sama mencapai kejayaan didunia dan diakhirat..

__________________

Fahme Burger Teluk Intan


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

RXS Congo wrote:

Untuk Encik Presiden,jika ada ruang waktu dan ketika,kita akan bersua dan bercerita...
cuma yang sedikit menyedihkan adalah kerana Penyatuan group jenteraa RD,banyak yang membawa haluan masing-masing dan pengikutnya sendiri dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi generasi-generasi yang baru...
Cuma cara pembawakan rider-rider dahulu lebih kearah semangat dan kerjasama diatas minat terhadap jentera-jentera ini..jika rider-rider dahulu masih ingat,penglibatan diri kepada jentera -jentera RD ini adalah kerana ketidak berkemampuan kita untuk memiliki superbike-superbike yang mencecah harga puluhan ribu dan belasan ribu ringgit!!
Saya sendiri yang pernah memiliki RD250LC adalah kerana keinginan merasai sendiri kerentapan jentera yang memiliki 2 piston ini(nak pakai superbike,kita tak mampu...RD ni pun jadi lah...)
Berlainan dengan fenomena pada hari ini,kebanyakkan bebudak yang baru,mereka lebih kearah ingin menjadi oldtimer dengan cara yang singkat tapi pada hakikatnya mereka ini sebenarnya
masih banyak yang perlu dipelajari dan pengalaman yang harus ditempuhi..
Rider-rider dahulu kebanyakkannya adalah secara berperingkat-peringkat jika bermain motor..
Pengalaman itu memberikan kenikmatan yang sebenarnya dan menjadikan mereka ini lebih berdisiplin dan matang!!!
Ini adalah sebahagian pendapat saya,yang mempunyai kelemahan diri dan mohon maaf jika ada sesetengah pihak yang beranggapan berbeza pendapat yang mana saya lagi daif dan mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi...
Justeru itu,saya menyarankan agar ditubuhkan atau RDclub mempunyai sebuah kedai yang menjual parts-parts,motorsikal-motorsikal jentera RD ini yang dikelolakan oleh ahli kelab RD ini dan ianya adalah bertujuan bagi mengawal kadar harga spareparts untuk masa hadapan bagi memastikan ianya tidak terlalu membebankan pengguna-pengguna jentera ini..
Akhir kata,semoga RDclub di restui dan diberikan syafaat dari Yang Maha Esa..

buat Encik Marzuki:Terima kasih kerna membaca!Semoga ianya memberikan syafaat dan sedikit ilmu yang berguna untuk kalian semua agar dapat bersama-sama mencapai kejayaan didunia dan diakhirat..




terima kasih. saya setuju dengan kata2 bro fahme tu. insyaallah jika ada masa untuk kita berjumpa kita boleh sembang panjang.

cuma satu berkenaan penjualan barangan part serta bengkel untuk baik pulih. untuk makluman di awal penubuhan iaitu tahun 90an RD CLUB memang ada menyediakan perkhidmatan tersebut dengan tujuan untuk membantu kawan2 dan bukan untuk mencari untung. Lebih2 lagi ketika itu dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Mat Singapore, Atam, Man Pomen, Jo Bai, Azli Cheras dan ramai lagi. Tetapi atas sebab tidak mengambil untung menyebabkan RD CLUB tidak dapat bertahan menyediakan perkhidmatan tersebut dan menyerahkan kepada kawan2 yang full time.

Memang benar kata bro Fahme adanya individu yg menangguk di air tenang dalam kata2 manis mau membantu kawan2 tetapi sebenarnya nak mendapatkan keuntungan, tetapi itu kita serahkan pada Yang Kuasa untuk menentukannya.

Yg kita sematkan di hati ialah kita lakukan yang terbaik dan jaga 'rumah' sendiri. Jangan kita ganggu urusan 'rumah' orang lain.
smile




__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard