Baru petang tadi saya mendapat berita bahawa sahabat kita dari Penang, Mat Rani meninggal dunia. Allahyarham merupakan ahli lama RD CLUB Malaysia Cawangan Penang. Khabarnya allahyarham jatuh ketika menunggang motorsikal, namun tidak mengalami apa2 kecederaan dalaman. Selepas jatuh, allahyarham menuju ke rumah kawan beliau dan di sana beliau mengadu sakit dada dan dikejarkan ke Hospital Seberang jaya. Tiba di hospital, beliau disahkan meniggal dunia.
Sama-sama la kita sedekahkan Al Fatihah dan berdoa semoga allahyarham ditempatkan di kalngan orang beriman disisiNya. Amin.
Mat Rani merupakan orang kuat RD CLUB Malaysia & Penang. Kehilangan allahyarham akan amat dirasai. Terasa amat sedih. Rupanya RD CLUB Ride to Penang 2008 merupakan xtvt terakhir Mat Rani dengan RD CLUB Malaysia.
Mat Rani.....kenangan bersama hang akan kami kenang dan semat dalam diri kami selama-lamanya.
AL-FATIHAH................ APABILA KITA SEBUT SAHAJA NAMA MAT RANI aka JANGGUT, DAPAT KITA GAMBAR KAN TENTANG ORANGNYA.NAMUN BEGITU TUHAN AMAT MENYAYANGI DAN HAKIKATNYA BELIAU TELAH DIJEMPUT KESANA.kALI TERAKHIR GUA BERCAKAP DENGAN ARUAH PADA PAGI SEBELUM KEJADIAN.DAN KEHILANGANYA AMAT DIRASAI.
Sabar la Pak Lan. Aku masih bersedih lagi ni. Tengah cari time nak naik Penang dalam minggu ni. Aku nak tau kat mana Mat bersemadi. Senang nanti aku cari.
Terasa lagi masa kitaorang naik Penang baru ni, dia beria2 sangat nak bawak kitaorang gi Pulau. Rupanya tu kali terakhir dia bersama dengan aku & budak2. Ingat lagi masa kat tepi laut kat Hentian Tol tu...dia tanya aku motor dia cantik tak. Dan aku janji nak amik gambar motor dia banyak2. Tak sempat aku nak tunaikan janji aku nak bawak dia jumpa orang RKM untuk mintak sponsor jadi joki cub prix lagi. Sedih aku Pak Lan.
RD CLUB Malaysia insyaallah takkan lupakan Mat. Bukan sekadar sahabat tapi dah macam adik beradik. Dah dekat 5 tahun aku kenal Mat. Memang terasa sangat allahyarham takde.
arwah pernah pakai rgf 250...pastu ada ride jugak pakai double R naked.... last sekali arwah pakai kips cyclone yang ditungganginya ketika jatuh sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir....
arwah memang jenis relax.... rd club punya event kalau geng penang turun memang dia mesti ada....
masa kitaorang naik penang bulan lepas....dia yang entertain kitaorang cukup2....
bawak gi makan laksa kat kedai mat balak.... tolong repair motor budak2 ni.... pastu esoknya lepas kenduri fendi tiba2 dia muncul bawak kitaorang jalan2 sebelum balik.. arwah beria2 nak bawak kitaorang gi bahagian pulau.... walaupun mula2 kitaorang nak balik.... tanya khairol.... last2 kitaorang setuju dan arwah nampaknya suka betul...
lega rasanya kitaorang tunaikan permintaan terakhir arwah pada kitaorg...untuk layan ride gi bahagian pulau..
sy pon trasa sgt..... msa ats jmbtan tuh.... arwah mat yg leading dpn skali.... mmg laju die bw.... sy ngan spupu sy bw 160 pon xley kejar lg.... mmg best la abg mat rani nih.... apa2 pon dia dh pg.... wlupon xlma knl dia n jrang2 jmp... sy sdih sgt....