Pada Sabtu & Ahad, 16 & 17 Februari 2008, akan diadakan satu amal ride ke Melaka. Pada yang nak join boleh la bersiap sedia. Tentatif akan dimaklumkan. Masa berkumpul akan ditentukan oleh ketua konvoi ni, Otai1kt. Tempat berkumpul ialah di Stesyen Minyak Mobil sebelum tol Sg Besi berdekatan Mint Hotel.
Dalam ride ini, RD CLUB akan singgah ke rumah seorang bikers jugak yang anaknya lahir dengan penyakit. Di sana dijangka kita sumbangkan sikit sumbangan seikhlas hati.
Kemungkinan ride akan bertolak sabtu petang selepas maghrib. penginapan di rumah sedara brader Han. Tapi pada yang nak naik Melaka Ahad tu pun boleh. Kitaorang tunggu kat Melaka. :)
walaupun ada insiden tak menyenangkan.... tapi insyaallah perkara tersebut tak akan berlaku lagi... sebab virus2 dah dikenalpasti dan bakal dihapuskan...
apapun tima kasih banyak2 pada brader Han atas hospitality penginapan dan layanan yang grade A+++....
tq huski dan kecik nilai sebab tak lupa aku... nanti aku blanja teh ais...kalau aku tak lupa la..
ride semalam mmg best....tak sangka sampai gak kat melaka geng n9 ada geng muar ada geng melaka pon ada... ramai btol...nak kira motor ada 40 biji klu nak kira tayar ada 80biji semua nye...hahaha apepun thank u kat abg hanc dan geng kg malaysia..