Seperti tahun-tahun yang lepas, RD CLUB seperti biasa akan turut memeriahkan Sepang MotoGP. Pada tahun 2006, RD CLUB bersama Wazi Motorsport bersama2 bercamping di Sepang Circuit.
Jangkaan pada tahun ini juga RD CLUB akan bercamping di Sepang Circuit samada bergabung mahupun sendirian bermula 20 hingga 21 Oktober 2007. Jadi war-warkan kepada rakan2 yang ingin menyertai. Bayaran tiket camp site adalah RM20 (3 hari) tanpa apa2 kemudahan (khemah, makanan, dll). Namun jika sambutan memuaskan, RD CLUB akan berbincang dengan pihak Sepang Circuit untuk diskaun ataupun kemudahan tambahan.
Maklumat lanjut boleh hubungi Nizam (0126931005/0133501767)
ps: Tertakluk pada perubahan terutama jika RD CLUB di jemput berkonvoi ke Sepang MotoGP oleh mana2 pihak.
sempena motogp 2007 nih ape kate kita tgk sket sedutan pelumbaan bersejarah GP tahun 79 di litar silverstone antara 3 kuasa besar pengeluar motorsikal suzuki,honda dan yamaha..mmg sengit!!..starting je dah willie
tapi last skali..kenny robert jugak yang mengungguli..cayalah..
aku deal tempat khemah ni selain kita boleh datang awal dan tak ada fix time, malam tu kita boleh buat bbq dan lepak2...
tahun lepas kat sana malam tu ada konsert rock dengan disco... pelik tau sebab malam tu aku, fendi ngan edy bond je gi sana... sampai kat petronas dpn sepang circuit tu aku nengok ramai awek sexy2... aku cakap dalam hati aku ni kat bukit bintang lagi ker... mana punya disco derang nak gi ni... dengkil ada disco ker... ??? rupanya kat kornar hujung dalam sepang circuit tu derang buat disco....
pastu aku mikirkan kawan2 kita yang datang dari kuantan, penang, kedah, johor dll.... derang tak yah la pikir nak cari tempat bermalam... dah tentu boleh lepak kat sepang circuit... tak yah nyusahkan kawan2 atau kuar duit lebih cari hotel... cuma jangan lupa bawak khemah atau sleeping bag takut tak cukup... den ada 3 khemah jer... dan surau serta bilik air ada dan selesa....
geng penang xconfirm lg nnt aku blk kampung aku confirm blk dengan depa sume.. banyak lagi mto dalam kedai... big john punya mto pn xsiap lg nnt ape2 hal,aku bagtau len
Geng Kuantan Insyaallah pegi. Tapi munkin gerak malam mggu tu kot. tak bermalam la sbb ada yg keje sabtu tuh...
kurang2 korang sampai sepang boleh rehat dan mandi manda..... kalau beli tiket lain mana dapat... kat grandstand nak masuk toilet pun kena beratur... nak makan..dia punya mahal aku rasa sanggup aku minum air paip... hehehehe...
geng penang xconfirm lg nnt aku blk kampung aku confirm blk dengan depa sume.. banyak lagi mto dalam kedai... big john punya mto pn xsiap lg nnt ape2 hal,aku bagtau len
aku dah suh fendi inform.. dia ada kat penang skang...
tahun lepas mendukacitakan sebab aku ngan fendi dah plan cantik2 memandangkan big john kaki tak elok lagi dan kena pakai tongkat... aku dan fendi dah sediakan tiket campside bawah seliaan wazi... sebab kitaorang tau...kalau big john amik tiket grandstand... dah la mahal..dia kena menapak dekat satu kilo nak gi grandstand tu... pastu kalau nak amik tiket murah yang rm10 kat hill... pun kena menapak naik bukit.... dah la tongkat dapat last minit kat eman...tq eman...
nasib baik kat tiket counter khairil yp call tanya aku ngan fendi kat mana... walaupun macam merajuk gak la..tapi tak sampai hati mesti kena tolong member... terus suh amik tiket campside, big john dengan motor ss terus masuk dalam parking depan khemah...tak payah menapak....
jadi sebenarnya rd club ni amik kira semua... bukan main boh nak glamour tunjuk kat orang lain yang aku ada geng pakai rd banyak2... kawan yang ada dijaga lebih...bukan sebuk nak cari kawan yang tah kita sendiri tak tau hati budi...
man pak leh sampai memekak2 mintak tshirt motogp kat pendi..hehehehe
ok,ijam..kalo pendi nak settle,aku ok jer maknanya lpas nie hang tnya pendi..aku blk kampung br nie pn xsempat jumpa big john.sbok la..cuti pn jap je macam thn lepas,ada sdikit selisih paham je.. thn nie,mgkin ikt mcm hang plan..
Tadi dah contact pegawai Sepang Circuit. Tarikh akhir confirmation adalah pada hari Jumaat pagi iaitu 19 Oktober 2007 jam 9 pagi. Selepas 9 pagi hari tersebut, saya akan beri senarai nama dan bayaran pada pegawai Sepang Circuit tersebut. Jadi pada geng Kuantan dan Penang dapat maklumkan pada saya secepat mungkin.
Bayaran boleh secara cash atau bank in pada akaun Maybank.
514150063544 M2U Premier Azhanyzam bin Zakaria
Sila simpan dan tunjukkan slip bank in ketika mengambil tiket dan pakej. Sms saya 012-6931005 jika telah bank in bayaran. Nyatakan butiran berapa RM untuk berapa orang dan dari siapa sms tersebut. :)