Untuk makluman semua, pada 21-22 April 2007, RD CLUB akan mengadakan konvoi ke Kuala Kangsar bagi memenuhi jemputan ke Karnival Vespa & Motor Klasik Antarabangsa 2007.
Jadi, pendek kata, silalah siapkan diri, kewangan dan jentera masing-masing. Segala pertanyaan dan maklumat boleh dibincangkan disini atau hubungi Nizam di talian 013-3501767 & 012-6931005.
mari kwn2 sekalian kita meriahkan program ni.... 2 mggu jer lagi..... siapkan jentera anda..... jgn biarkan moto anda diselimuti misteri dirumah anda... biar kan dia jumpa kwn2 lama dia balik.... heheheh....(moto pun ader perasaan) klu korang tengking moto tue kadang2 bleh problem oooo (aku dah kena)
Kat sini ada butiran tepat mengenai Karnival Vespa, Lambretta & Motor Klasik Antarabangsa 2007 di Kuala Kangsar ..
TARIKH : 22 April 2007 (AHAD) MASA : 8.00 pagi - 1.00 tengahari TEMPAT : ARENA SQUARE, KUALA KANGSAR, PERAK
1.PAMERAN & PERTANDINGAN VESPA TERCANTIK - 5 KATEGORI a. JOBOT - 1 hingga 15 (Hadiah) b. ASAL - 1 hingga 15 (Hadiah) c. UBAHSUAI - 1 hingga 15 (Hadiah) d. KREATIF GILA - 1 hingga 15 (Hadiah) e. PX / PS
1.1 LAMBRETTA ASAL - 1-10 Hadiah UBAHSUAI - 1-10 Hadiah
1.2 HONDA CUP 50C.C & 70C.C ASAL - 1-10 Hadiah UBAHSUAI - 1-10 Hadiah
1.3 BRITISH MADE ASAL - 1-10 Hadiah UBAHSUAI - 1-10 Hadiah
2.KONTINGEN NEGERI TERAMAI - PIALA DAN TUNAI 1, 2, & 3 KONTINGEN NEGERI PERAK - PIALA DAN TUNAI 1 SAHAJA
3.PENGINAPAN / MAKAN TENGHARI - PERCUMA
4.PENDAFTARAN RM20.00 DENGAN CENDERAHATI 4.1 BAJU, STICKER & SIJIL
40 CABUTAN BERTUAH 4 CABUTAN BONANZA - SALAH SATUNYA MERUPAKAN BASIKAL MENGGUNAKAN KUASA BATERI MODEL BARU BERNILAI HAMPIR RM2000
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI: PENGHULU HAJI KASIM : 013-5305303 PAK TOK SHUKERI : 012-5177777 (PENGERUSI KELAB VESPA KUALA KANGSAR) PAK DIN : 016-5453734 (SETIAUSAHA KELAB VESPA KUALA KANGSAR) HJ. ZUBIR TEKSI : 019-9661170 (BENDAHARI KELAB VESPA KUALA KANGSAR)
ATURCARA MAJLIS
21HB. APRIL 2007 (SABTU)
5.00 petang - 2.00 pagi : Ketibaan para tetamu dan pendaftaran awal.
7.00 petang : Jamuan ketibaan (Sampai ke dewan, sila makan dahulu, daftar atau tidak lain cerita) Rehat, rawat & tidur. Tempat penginapan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
22HB. APRIL 2007 (AHAD)
8.00 pagi : Berkumpul di Bumbung Arena mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh penganjur.(Sila patuhi arahan petugas karnival dan papan tanda yang disediakan)
9.30 pagi : Acara Perasmian karnival dimulakan.
10.00 pagi : Pameran dan pertandingan Vespa & Motor Klasik Tercantik dimulakan. Pertandingan Vespa Lambat dimulakan. Lawatan VIP ke tapak pameran & Minum pagi (VIP)
10.30 - 11.30 pagi : Cabutan bertuah 1 hingga 40 dijalankan.
12.00 tengahari : Makan tengahari.
12.30 tengahari : Keputusan pertandingan serta penyampaian hadiah dijalankan.
1.30 tengahari : Cabutan bonanza 1 hingga 4 dijalankan. Bersurai.
SELAMAT PULANG KEPADA SEMUA YANG HADIR KE KARNIVAL VESPA & MOTOR KLASIK ANTARABANGSA 2007 KUALA KANGSAR. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN, INSYAALLAH.
SENARAI KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN: 1.KATEGORI JOBOT - Yang juga dikenali sebagai ayam bapa, kana & standard. 2.KATEGORI PX / PS - Vespa PX yang ada signal tayar size 10", Vespa PS tiada signal tayar 8". 3.KATEGORI SUPER - Terdiri daripada pelbagai nama seperti Sprint, Puller & sebagainya. 4.KATEGORI UBAHSUAI - Badan vespa telah diubah dari asal tapi masih ada ciri-ciri vespa. 5.KATEGORI KREATIF - Telah diubah dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri vespa. 6.LAMBRETTA - Asal tercantik & ubahsuai tercantik. 7.HONDA KLASIK - Terdiri daripada 50 c.c dan 70 c.c 90 c.c hingga 250c.c (single & double pipe) 8.BRITISH MADE - Triumph, Norton, BSA, BMC & lain-lain.
SENARAI TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN DI KUALA KANGSAR: PENGINAPAN PERSENDIRIAN: 1.Resort Safari Sungai Perak, Kuala Kangsar. 2.Rest House Kuala Kangsar. 3.Hotel Seri Kangsar. 4.Hotel Double Lion. dan lain-lain.
PENGINAPAN SEMENTARA SECARA BERAMAI-RAMAI (PERCUMA) 1.Dewan Merdeka Kuala Kangsar (berhadapan dengan Malay Collage Kuala Kangsar). 2.Dewan Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar (berhadapan dengan terminal bas Kuala Kangsar). 3.Dewan Orang Ramai, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (berhadapan dengan Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar).
MOH KITE KE KUALE...
Pengerusi-pengerusi kelab vespa yang belum menerima surat jemputan, sila maklum balik ke Pejabat Penghulu Mukim Sayong, Jalan Bukit, 33000 Kuala Kangsar, Perak. atau boleh hubungi 0135305303 atau 0165453734 atau 0199661170
Asalamualaikum RD Club members... satu event yg best.. 'berasap' satu pekan Kuale... hahah... sorry bebanyak tak lepak ngan kome semua... aku segan ler.. al-maklumlah, aku nih penyegan orgnye... huhu.. tp aku post kan gambor2 moto2 geng2 RD kat sinih.. enjoy!!~
Insyaallah Sedi, Kuala Kangsar bakal jadi destinasi tahunan RD CLUB Malaysia.
Sedikit laporan bergambar Ride ke Kuala Kangsar.
Wakil Admin KL bertolak ke Kuala Kangsar 4 bijik jer. Bertolak dalam kul 3pm dalam hujan lebat. Hujan dari KL sampai KK la. Memang la seshuai untuk motor kitaorang yang selalu overheat & air tendang ni, tapi basah lencun la. Kena lak tank bag punya baju hujan koyak, abis basah barang2 yg bawak. Sampai 3 bijik hp la terkorban masyuk air.
ni muko org baru lepas mansi lepas kena hujan...siap sapu bedak lg..hahahaha
-- Edited by zackbikers on Friday 10th of April 2009 03:37:34 PM
Sampai kat Kuala pun ujan gak. Ni le penginapan kitaorang. Sekali dengan geng geng vespa & motor klasik termasuk geng vespa siam. Tp gambo amik esoknyer. Tu yg terang benderang tu.
Malam tu lepas check in still ujan. Bosan duk dalam bilik, sarung balik baju yg basah kena hujan tadi tu, merayap dalam ujan tengah bandar Kuala. Memang sengal ler. Pastu singgah kedai tomyam jap nak pekena air panas. Tgh duk tu abg Man Kuala dtg jemput pi umah dia. Memang ingat nak pi, tapi malam sikit. Dah kena jemput, terpaksa la. Sampai2 tengok motor dan tetamu dah ramai. Segan siut kitaorang 4 kaki jer. Parking, duk kat sudut buat keras layan makan kacang. Den ni penyegan sikit. Tetamu dah ramai beredar baru bernafas sikit carik mee. Makanan memang banyak abg Man masak. Tq la abg Man! Lepak sampai 2 pagi, terus balik bilik tidur macam kayu tak bangun2. Geng Penang sampai pun tak sedar.
-- Edited by zackbikers on Friday 10th of April 2009 03:42:18 PM
Pagi tu bangun dalam kul 7am dikejutkan ekzos geng Vespa ngan motor klasik. Shamolok ngan Pak Lan numpang mandi kat dorm kitaorg. Pastu jemput geng Penang kat Rumah Rehat Awam. Tunggu la kejap depa mekap2..ngan touch up. Pastu gerak ke Arena tempat pesta. Shamolok dah tak sabar dah. Bila sampai, gua ngan Cikgu Wan je lepas. Shamolok teragak2 nak masuk sebab dia confident abis tempat tu pasar. Wei Ijam..pasar tu wei..jangan masuk nanti org marah! Hahahah. Pastu Shamolok terus blah dengan yg lain tak tau apa2 terus ikut. Puas la aku gi kejar derang ajak masuk balik. Berpeluh2. Lawak tul la xcident tu. AKhirnya dapat la kitaorang parking depan geng2 RD yg dah sampai awal macam geng ALey, geng Ipoh, geng Isa Shah Alam dan lain2. Nampak motor je la. Owner tak nampak maybe minum atau rehat bawah pokok. Dan bermula la pesta rd campur vespa dan motor klasik.....
-- Edited by zackbikers on Friday 10th of April 2009 04:04:29 PM