Untuk makluman, RD CLUB telah dijemput untuk memeriahkan Karnival Melaka Meriah yang akan diadakan di Masjid Tanah, Melaka pada 3-4 Mac 2007 ini. RD CLUB akan mewmbuka booth pameran serta mempamerkan sedikit motorsikal milik geng RD CLUB.
RD CLUB kemungkinan akan bermalam di Pengkalan Balak, Melaka. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 013-3501767 (Nizam).
Pada 3 Mac tu memandangkan member2 lain bz siapkan jentera dan tumpukan event kat UKM, 3 wakil Admin RD CLUB sahaja bertindak sebagai wakil. Bertolak petang dalam jam 4 petang.
Sampai Melaka terus ke Cheng sebab ada penginapan dan makan malam free. Jumpa Mazfazil, owner YP hitam merah Melaka. Sembang2 sambil minum petang. Siap tolong anto cari tempat penginapan free tu. Tq Fazil.
Sempat judak den diinterbiu oleh Elina, student dari USM Penang yang datang ke Melaka semata-mata nak jumpa den untuk dapatkan info pasal rempit untuk thesis master dia. Kembang jugak idung den.
Geng Melaka lak ajak layan mee gian lepas Pantai Klebang. Den pun tak tau apo mee gian tu. mat gian yang buat ke? rupanya kalau makan mesti gian nak makan lagi. memang sedap dan sempoi la mee tu. customer pun tak putus. siap ada popia lagi. tq la geng melaka.
ps: Imej kurang memuaskan, tersalah edit hampeh tul.