- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RD CLUB Amal Ride Ramadhan 2005


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RD CLUB Amal Ride Ramadhan 2005


Seperti tahun-tahun sudah, RD CLUB akan mengadakan Amal Ride sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada tahun ini, cadangan adalah bagi mengunjungi sebuah rumah anak2 yatim dan miskin yang terletak di Danau Kota. Penghuni rumah ini baru sahaja berpindah ke rumah tersebut sebulan lebih yang lalu dari rumah mereka yang uzur di Kg. Bandar Dalam, Sentul.


Kemudian, kemungkinan RD CLUB akan melawat seorang warga emas yang tiada keluarga lagi dan tinggal bersama anak angkat beliau di Kg. Chubadak Tambahan.


Selepas itu, RD CLUb akan berbuka puasa bersama-sama di Pisang dengan konsep bawak sendiri makan ramai-ramai iaitu setiap yang menyertai di minta membeli sedikit makanan dan makanan itu akan dikumpulkan dan di kongsi beramai-ramai.


Bagi yang berminat meyertai atau menyumbang sama, boleh lah hubungi Nyzam di talian 012-6931005.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 364
Date:

tarikh?

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Tarikh? Ala, lupa lak....23 Oktober 2005. Hari Ahad. Berkumpul di Dataran Merdeka hadapan bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur jam 12 tengahari.  Okay.

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Program berjalan lancar. Tahniah dan terima kasih semua.







Berita Penuh.


Konvoi Amal Ramadhan RD CLUB 2005

Pada 23 Oktober 2005 yang lepas, RD Club atas rasa keinsafan telah mengadakan konvoi amal bermotor sempena bulan Ramadhan. Konvoi ini diadakan bagi melahirkan rasa insaf dan penyayang pada mat-mat motor terutama ahli-ahli RD CLUB. Peserta-peserta konvoi yang seramai 10 orang ahli RD CLUB telah mula berkumpul di Dataran Merdeka seawal jam 12 tengahari lagi bagi menjayakan program amal yang dinamakan Program Amal Ramadhan RD CLUB 2005. Tepat jam 2 petang, konvoi RD CLUB itu telah bertolak ke Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur bagi menziarahi makcik Fatimah yang tinggal berseorangan. Kedatangan konvoi sepuluh buah motorsikal di perkampungan itu menarik perhatian penduduk-penduduk terutama kanak-kanak.

Makcik Fatimah berusia 66 tahun, mualaf dan kehilangan suaminya, allahyarham Hassan 41 tahun dahulu. Melihatkan rumah makcik Fatimah yang daif itu, timbul rasa simpati pada diri kami. Dengan rumah beliau yang atapnya telah pecah dan bocor, bilik air yang tidak selesa serta dinding zink belakang yang telah roboh membuatkan kami bagaikan tidak percaya yang rumah tersebut terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya bertaraf dunia. Makcik Fatimah yang terharu mengalirkan air mata melihatkan kehadiran kami. Mujurlah makcik Fataimah mempunyai jiran yang bersimpati iaitu sebuah keluarga rakyat Myanmar yang simpati dengan beliau. Keluarga Myanmar tersebut turut menjaga dan memberi tempat berteduh pada makcik Fatimah ketika siang hari. Malah anak tunggal keluarga Myanmar tersebut yang berumur 4 tahun amat manja dengan makcik Fatimah. Setelah berbual dan bertanya khabar dengan makcik Fatimah, Presiden RD CLUB Azhanyzam Zakarai menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk beras, gula dan tepung untuk kegunaan di Hari Raya yang bakal menjelma.

Setelah itu, konvoi RD CLUB bergegas ke Danau Kota di Jalan Bakubang bagi melawat Asrama Anak Yatim Nur Iman. Rumah anak-anak yatim, mualaf dan anak orang-orang asli itu di seliakan oleh Ustazah Sharimah dan menampung seramai 45 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang terdiri dari anak yatim, mualaf dan anak orang asli. Setelah bertanya khabar dan berbual dengan Ustazah Sharimah, kami menghulurkan juga sedikit sumbangan berbentuk beras, gula dan tepung sebelum meminta diri memandangkan waktu berbuka hampir tiba. Anak-anak yatim yang mulanya agak malu untuk bergambar akhirnya sudi bergambar setelah diajak berkali-kali oleh ahli-ahli RD CLUB.

Setelah itu, konvoi RD CLUB ke sebuah restoran berdekatan Maju Junction untuk berbuka puasa beramai-ramai. Menurut Presiden RD CLUB, Azhanyzam Zakaria, konvoi tersebut berjaya terlaksana dengan jayanya. Lebih-lebih lagi dengan sokongan daripada Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan. Malah kata-kata Presiden Pekida, Dato Dr. Mohd. Fuad kepadanya baru-baru ini yang mahukan lebih ramai anak-anak muda terlibat dengan kerja amal dan kebajikan serta menjauhi gejala sosial dijadikan azam dan pegangan untuk dilaksanakan oleh RD CLUB. Walaupun kos konvoi ini diperolehi daripada hasil kutipan derma ahli-ahli RD CLUB, dan tidak banyak, namun usaha, semangat dan keikhlasan ahli-ahli RD CLUB ini patut dipuji.

Dan RD CLUB tidak sabar menunggu untuk mengadakan program amal dan kebajikan yang akan datang kerana aktiviti-aktiviti tersebut sudah sebati dan menjadi kebiasaan dalam program RD CLUB walaupun untuk mengharap orang ramai sama-sama membantu sahaja agak sukar. Kadang-kadang agak sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai sanggup berbelanja berhabisan untuk persiapan Hari Raya, tetapi kedekut untuk menghulurkan sedikit wang bagi golongan kurang bernasib baik.


.


Zackbikers



 



-- Edited by zackbikers at 09:20, 2005-11-05

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 61
Date:

Bro Zack...ini contribution saya dari RD Singapore...


http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=47396&subForumID=111913&action=viewTopic&commentID=4216095&topicPage=



-- Edited by SAN853 at 01:36, 2005-10-26

__________________
Maximum OverDrive of Adrenaline RusH!!



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Tq SAN.

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

Caya laa Prez...Aku daa x dapek nak join laa..Kalau actvt dokekČ tuh bulih laa..

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Tengkiu la Mr Bongek. Nak dokek? Kat PD ni 11 Disember jangan lupo lak. Tak ikut..memang.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

zackbikers wrote:


Tengkiu la Mr Bongek. Nak dokek? Kat PD ni 11 Disember jangan lupo lak. Tak ikut..memang.....

Ado apo lak kek Pd?Hot chick macam itu hari ko?Hahahahaha

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Hot chick? Hish...marah orang umah ko kang. Tak la. Ni kat Bukit Pelanduk. Reporter rasmi RD CLUB kawin. Ikut sekali yer Bongek. 11/12/2005. nanti aku sms ko. K.

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:












__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

















__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

memang terbaek la...
mase ni den d bangku sekolah lagi...
keskeskes...
RD CLUB NO 1...

__________________
Balistix JoNn!!!


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:















__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:








__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:











__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:










__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard