Sungai Udang ni dekat2 dgn Port Klang kan? Erm..apa tempat makan syok kat sana? Awek marvelous tak? Aku nak sahur la malam minggu ni kat sana. Ko ada kat sana ke malam minggu ni? Boleh ko tunjukkan YP kat orang kampun'.
abng zam bile nk turun sini? da dkat sngt la rumah sye tu....
Sungai Udang ni dekat2 dgn Port Klang kan? Erm..apa tempat makan syok kat sana? Awek marvelous tak? Aku nak sahur la malam minggu ni kat sana. Ko ada kat sana ke malam minggu ni? Boleh ko tunjukkan YP kat orang kampun'.
bukan slalu jer..hampir setiap malam kalu balik klang la,kalu duk melaka cam skang tadernyer nak lepak tiap2 malam ket saner..hahaha. kami ni penjaga public 6 ket dpan tu,maner2 gadis nak wat kol ket public fon tu kener la kasik daftar ket kami dulu.kasi masok boku register...kalu da sampai saner try ler inpom samer sayer..kalu sayer balik klang time tu,aderler sayer ket saner.kalo nak jumpa abang FANCY SYJ pon ader kat saner.seblom ni dia duk kat studio tu samer dia nye wife n baby kecik dia.skang da pindah kat dpn ECONMART jalan yadi tu..
Oh...tau la den tompek tu...sempang 4,sungai udang...skrg dah jadi town abis tompek tu....gadis pun ramai..takpo,balik ujung taun ni,eden poie sanun...eden ado pakcik kek area sanun(jalan yadi)...boleh g studio Lestari tu...king,ekau selalu lepak sanun ko?
sayer slalu lepak kt studio lestari kt klang yang dipunyai oleh abang kamal yakni ahlil kumpulan lestari.abg kamal ni merupakan penggiat moto jgk la time2 muda2 dulu.disini ader disertkan sket gambo rockers bemoto yg sayer amik dari album gambo abg kamal
sorila ye...gambaunye x menarik ar.kualiti tarak.sayer amik pakai kemre fon jer.kalu ader scanner kt studio tu mesti besh nye.ader byk lg gambo2 lamer kt album tu.ngan rgf250,mbx125,honda raider...memang mabeleus.dresing jgn cakap la.maot abes nyela.kalu beminat jemputla ke studio lestari kt sempang 4 sungai udang klang.
Antara SYJ & SOFEA. SYJ sebenarnya mempunyai banyak generasi. Bermula dengan SYJ melalui albem BATTLE OF THE BANDS 1 & 2 pada 1986, lalu SYJ'87 pula muncul ditahun berikutnya. Walaubagaimanapun SYJ berkenaan yg dianggotai oleh ARIS dan NAN telah menukar nama kepada ARIWATAN pada 1988 dan sempat membuat 3 buah albem (popular dengan lagu NYANYIAN REBAH ROCKMANIA, LAMUNAN & PERTAMA DAN SELAMANYA). Generasi SYJ seterusnya ialah SYJ albem KHUDRAT pd 1990. SYJ yg ini dianggotai oleh ALANG (vokalis), AMIR (gitar), AMY (bass) dan JUN (dram). Mereka hits melalui lagu KHUDRAT KEHIDUPAN, YIK FOONG BLUES, INI NASIB KITA, SKETSA RINDU, KELUHAN HATI dan SENJAKALA jua akhirnya berubah nama kepada VIBRA pd 2001. VIBRA hanya sempat menghasilkan sebuah albem. Walaubagaimanapun VIBRA hanyalah serpihan grup SYJ albem KHUDRAT. ALANG dan AMY masih bersama SYJ sehingga kini sambil dibarisi oleh 2 OTAI iaitu ROSLI (HANDY BLACK) dan SYED EDUAT iaitu ahli asal SYJ!! SYJ semasa albem BATTLE OF THE BANDS 1 & 2 dianggotai oleh rata2nya ahli asal SOFEA iaitu AMIR (vokalis lagu rancak), MAN RANI (vokalis lagu slow & bassis), ZAM (gitar) dan EDUAT (drammer). Mereka ketika itu popular dengan lagu seperti ORANG TIMUR, MATA SEPET. HATI SYAITAN & HUJAN. Setahun kemudian atas sebab tidak berpuas hati dengan pengurus SYJ iaitu SYED YUSOF JAMALULAIL, SYJ lalu bertukar nama menjadi SOFEA. Lahirlah albem SOFEA berjudul KEMBALI pd pertengahan 1987. Dalam albem itu, tempat EDUAT telah diganti oleh NAHAR. Sewaktu albem kedua SOFEA - ANAK LIAR. ZAM pula tarik diri. FANCY pula pengganti posisi itu. Albem ANAK LIAR ini adalah albem agung SOFEA kerana adanya sebuah lagu SLOW ROCK berjudul BUNGA PADANG PASIR. Line-up SOFEA iaitu AMIR, FANCY, MAN RANI dan NAHAR kekal utuh semasa albem ketiga SOFEA - BONEKA PENTAS pd 1989. Albem ini KURANG MENYENGAT kerana ketiadaan lagu-lagu keras yg mantap. Ketika albem keempat mereka pula iaitu BERSAMA MIMPI & AIRMATA.., cuma MAN RANI je tinggal menerajui grup SOFEA kerana ahli lain semua mengundur diri. Kini SOFEA muncul semula ttp keanggotaannya diisi dgn ahli baru kecuali NAHAR. SYJ/SOFEA berasal dari IPOH, sekampung ngan MAY iaitu dari KAMPUNG MANJOI....
sang_kuriang wrote: Elo..........bleh tolong cerita ikit pasal Kumpulan rock bernama BURN MARKS tak........... lama tak muncul dan tah kemana pergi mereka? Aku minat rock selepas dengar lagu kumpulan ni........ ada satu lagu tu.........lagu tu buat aku teringatkan cinta pandang pertama aku....Kalau ada CD dia utk album lama aku nak beli.............awek bleh tolonggggggggggggggg?
ni serba sedikit info psl grup ni
Kumpulan Burnmarks adalah sebuah kumpulan penyanyirockMalaysia yang paling awal dan mula dikenali ramai semenjak tahun 1983 setelah menyertai "Juara Rock 1983" dengan nama "Kumpulan The Burnmarks".
Nama Burnmarks kemudiannya ditukar pula kepada "Kumpulan Naja" pada 1989 tetapi ditukar kembali kepada Burnmarks pada 1990.
Kumpulan Burnmarks kemudiannya berpecah dan Joe menubuhkan Kumpulan Jasad Liar yang turut disertai oleh anggota Kumpulan Burnmarks yang lain, seperti Joe (gitar) dan Emy (dram).
yg ni anggota kumpulan tersebut
1. Jef (Vokal)
2. Joe (Gitar)
3. Amy (Drum)
4. Aub (Bass)
ade ape nk tau lagi.. tanya je la ye.. insyaallah bley tlg jawbkan
Elo..........bleh tolong cerita ikit pasal Kumpulan rock bernama BURN MARKS tak........... lama tak muncul dan tah kemana pergi mereka? Aku minat rock selepas dengar lagu kumpulan ni........ ada satu lagu tu.........lagu tu buat aku teringatkan cinta pandang pertama aku....Kalau ada CD dia utk album lama aku nak beli.............awek bleh tolonggggggggggggggg?
Ko nak layan karao Hafiz? Geng RD CLUB ni berantu sikit kalau karao. Cuma lama tak gi sebab masalah inflasi dan bz. Tapi Hafiz kena bawak 'bunga' la. 'Bunga' dari Shah Alam @ Padang Jawa pun boleh dong. Janji rock.
Ni kumpulan May, yang popular dengan lagu Cintamu Mekar Dihati. Nak celen tarik...?
Erm...tak po la. Janji awek ni minat. Awek ni tak merasa hidup di zaman tu. Tu yang teruja tu. Kita yang dah lalui zaman tu contribute lak pengalaman masing2.
Kurang2 copy n paste pun boleh buat reference gak. Aku pun tak tau cito pasal semua tu. Yang aku tau, beli kaset kat Puduraya, balik pasang, pastu layan nyanyi sorang2 dalam bilik. Hehehehehe....
Pandai nyanyi? Ni nak kena sessi latihan kat Sogo Tingkat 8 atau Yow Chuan nih. Bila nak layan awek? Ajak la tunang sekali. Dengar lak abang2 RD CLUB layan lagu rock 80'an.
Pada awal tahun 1994, sesudah sah Awie mengundurkan diri dari WINGS, kumpulan WINGS bertekad untuk berlakon filem 'Putera' dan Awie yang sudah tidak terikat dengan WINGS, berlakon pula filem 'Sembilu'. Kedua-dua filem itu menghadapi rombakan skrip, bagi filem 'Sembilu' ialah pembuangan watak-watak yang sudah tidak relevan, untuk filem 'Putera' pula ialah penukaran beberapa watak dan pelakon. Didalam filem 'Putera', Joe menggantikan tempat Awie manakala Ali Bakar iaitu pengurus WINGS telah menggantikan tempat Joe. Filem yang diarahkan oleh Zulkefli M. Osman ini berjaya mendapat kutipan yang bagus apabila ditayangkan. Tetapi ia tidak dapat menandingi filem 'Sembilu' lakonan Awie kerana lebih bernilai komer*sensored*. Sementara itu WINGS masih lagi mencari penyanyi untuk menggantikan Awie di sesi ujibakat yang diadakan di seluruh negara. Tetapi masih tidak ada lagi calon yang sesuai. WINGS telah memikirkan beberapa calon untuk menggantikan tempat Awie seperti Mus (bekas penyanyi MAY), One (bekas penyanyi Lipan Bara) dan Azul iaitu bakat baru yang dicungkil bakat ketika sesi ujibakat itu. Tetapi berikutan beberapa masalah, cadangan itu tertunda. Pada pertengahan tahun 1994, WINGS telah menyiapkan 2 album 'tribute' dengan bantuan 12 orang penyanyi jemputan bergelar SUPERFRIENDS dalam album Opera dalam kenangan'. SUPERFRIENDS terdiri Hattan, Mus, Amy, Ramli Sarip, Ito, A.Romzi, Azul, Nike Ardilla, Sahara Yaakob, M.Nasir dan Andy Mclean dari Australia. Malangnya album itu kurang mendapat sambutan berikutan kesukaran mengumpulkan setiap penyanyi itu untuk publisiti. Pada sekitar Oktober tahun 1994, WINGS menamatkan khidmat Jojet sebagai pemain dram dan merujuk kembali Black.
Tahun 1995, WINGS masih lagi mencari penyanyi. Pencarian itu terhenti setelah berjumpa Mel iaitu penyanyi kelab malam. Suara Mel yang berbeza tetapi padat meyakinkan WINGS bahawa Mel boleh menggantikan Awie. Mel pun dipupuk dan dibentuk imejnya oleh WINGS selama 3 bulan. Pada sekitar Jun tahun 1995, WINGS bersiap-sedia menyiapkan album baru bersama Mel. Album Orang Asing pun diedarkan. Album itu telah mendapat pujian dan jolokan 'album ROCK of the year' kerana keserasian suara Mel dengan muzik WINGS. Selain dari suara Mel, album Orang Asing ini turut menampilkan vokal Joe menyanyi secara solo pada 1 lagu iaitu 'Lupakanlah". Tetapi album ini juga kurang dipromosi atas tindakan Mel yang tidak mahu mengadakan konsert bersama WINGS kerana beliau khuatir, dia tidak dapat membuat persembahan terbaik seperti Awie lakukan dahulu. Mel merasakan usia dan fizikalnya tidak membenarkan dia melompat-lompat, berguling-guling dan sebagainya. WINGS berkecil hati lalu melepaskan Mel dari kontrak bersama BMG, Mel beindigoar dari WINGS untuk membuat album solo. Tamatnya penglibatan Mel dengan WINGS makin merumitkan jualan album. Mujurlah disebabkan album itu mengandungi lagu-lagu bermutu, album Orang Asing tetap laris. Sementara itu filem Amelia, Mawar Berduri sedang dalam pembikinan, Joe menjadi pelakon utama. Filem SUPERSTAR juga turut dalam pembuatan, filem ini turut mengutarakan kumpulan WINGS dan pertama kalinya Black muncul di layar perak. Kedua-dua filem ini menampilkan nyanyian Mel, oleh kerana Mel telah tiada maka, terpaksalah Joe berlakon menyanyikan lagu-lagu itu. Semasa Joe berlakon dalam filem Amelia-Mawar Berduri, beliau telah berjumpa dan mengenali dengan seorang krew produksi bernama Andi Rahman. Andi Rahman telah mempersembahkan sebuah lagu baru ciptaannya kepada Joe. Mendengarkan melodi lagu tersebut, Joe meminta Andi Rahman menyimpankan lagu itu agar ia dapat dirakamkan dalam album WINGS terbaru. Januari tahun 1996, kedua-dua filem berkenaan pun ditayangkan, ia tidak mendapat kutipan tiket yang baik kerana filem-filem itu kurang diberi publisiti.
Mei 1996, telah menyaksikan WINGS kembali bernafas semula setelah Awie & Mel meninggalkan WINGS. WINGS akhirnya berjaya membawa Mus menyertai mereka setelah dilanda masalah selama bertahun-tahun. Pada satu sidang ahkbar WINGS telah mengumumkan bahawa Mus adalah penyanyi baru mereka dan bakal merakam album baru bertajuk Biru Mata Hitamku. Seperti kebiasaan, rakaman album ini dilakukan di Australia dan siap sepenuhnya ditanahair. Maka pada akhir Oktober 1996, album Biru mata hitamku telah diedarkan kepada orang ramai sambil menampilkan lagu Biru mata hitamku sabagai lagu hits utama. Biru mata hitamku telah dicipta oleh Andi Rahman. Lagu inilah yang Joe suruh Andi Rahman simpan dulu. Album ini telah berjaya untuk medapat jualan 150, 000, 00 unit, suatu angka jualan yang membanggakan. Tetapi kali ini, WINGS tidak mengadakan siri-siri konsert seperti dahulu kerana tiada tajaan. Tawaran-tawaran hanya pada pertunjukan pentas biasa. Oleh itu WINGS kurang melakukan aktiviti.
Apabila 1997 menjelma, WINGS telah merakamkan 1 album mini bertajuk Puisi Aidilfitri yang telah dijual semasa bulan ramadan 1997. Album mengandungi 3 lagu bertema Hari Raya dan 3 lagu baru. WINGS terus mempromosikan album Biru Mata hitamku dan album Puisi Aidilfiri di pertunjukan-pertunjukan pentas, walaupun tidak semeriah dahulu. Pada bulan Jun 1997, WINGS telah bertanding dalam kategori Pop Rock pada Muzik-Muzik '97 setelah enam tahun tidak berbuat demikian. Lagu Biru Mata hitamku itu telah bertahan dalam carta Muzik-Muzik selama 23 minggu hingga melayakkan mereka memasuki Juara Lagu '97. Sementara itu album kompilasi Masterpiece dipasarkan. Album ini mengandungi lagu-lagu terbaik ciptaan JS Kevin dan 1 lagu baru nyanyian WINGS iaitu Pesona Sanubari. SEARCH & WINGS juga merancang untuk bergabung sekali lagi dalam album Double Trouble 2. Juara Lagu'97 membukakan tirainya pada Disember 1997, ia telah menyaksikan suatu pertandingan yang sengit kerana dibarisi oleh calon-calon yang handal. Selain dari WINGS yang memberi persembahan, SEARCH, Siti Nurhaliza, Awie, Ziana Zain, Jamal Abdillah, M.Nasir dan Shima turut memberikan persembahan yang terbaik. WINGS tidak mendapat sebarang kemenangan di Juara Lagu ' 97 itu, disebabkan faktor ruang pentas yang sempit sehinggakan Mus yang selalu kelihatan lincah dipentas hanya berdiri menyanyi sambil memetik gitar kedua. Selain itu, Mus juga kurang menghayati lagu Biru Mata Hitanku itu. Beliau membuat persembahan yang ala konsert. Maka, Juara Lagu '97 tidak memberikan kenangan manis untuk WINGS.
1998 bermula dengan ketibaan album Double Trouble 2. Album ini mendampingkan kesekian kalinya gabungan SEARCH & WINGS. Tetapi kerana faktor tiada tajaan dan faktor kegawatan ekonomi, kedua-kedua kumpulan ini tidak mengadakan siri konsert atau promosi. Album berkenaan makin terjejas apabila Amy meninggalkan SEARCH. Tetapi hal ini tidak menghalang WINGS untuk merakam album baru. Album berjudul Mencari Asal-usul ini dipasarkan pada Jun 1998. Seperti selalu, album WINGS pastinya laku. Lagu-lagu yang disumbangkan oleh Andi Rahman, Darwis (M.Nasir), Mad Razali (JS. Kevin) dan WINGS sendiri telah berjaya menambat hati para pendengar. Tajuk album 'Mencari asal-usul' memang padan dengan WINGS, kini WINGS sudah kembali menjejaki tapak-tapak funfair dan ekspo untuk promosi album. WINGS sedar bahawa tanpa usaha promosi yang kuat dan hanya menantikan siri konsert, maka pastinya meraka sebagai pemuzik seperti hilang mata pencarian. Oleh itu, WINGS bertekad mengambil peluang di funfair dan ekspo untuk mereka maju ke hadapan. Begitulan kehidupan WINGS sepanjang tahun 1998, memenuhi perlawaan mengadakan pertunjukan pentas di funfair-funfair dan ekspo-ekspo disamping DEF-Gab-C dan Mael & Real XPDC.
Pada pertengahan tahun 1999 pula, album baru atau lebih tepat, album kompilasi WINGS yang ketiga- bertajuk 'Best of WINGS 2' dipasarkan. Ia menampilkan 2 lagu baru iaitu NASIB KITA dan RASTALI. Nasib Kita iaitu sebuah lagu balada berciri rock, disampaikan oleh Mael (bekas penyanyi XPDC dan sekarang vokalis Real-X) bersama Mus. Lagu Rastali pula adalah lagu heavy metal kesinambungan Blues Ular Sawa dan Sakit Bantal Empuk iaitu 2 lagu hits terdahulu. Tetapi bagi kali ini pula, Wings tidak membuat promosi menyeluruh, cuma sekali-sekali di tapak ekspo dan konsert-konsert kecil. Malah lagu Nasib Kita turut dibuat klip video tetapi tanpa rakaman visual baru (visual pemuzik Wings diambil secara 'candid' dari video klip terdahulu.) Hanya Mus sahaja beraksi dengan visual baru. Manakala bagi part Mael menyanyi - digambarkan sebagai aliran sungai!! .Pada awal May 2000, album baru Wings bertajuk Mr.Barbarik dipasarkan dengan sambutan hangat dari peminat mereka. Apa yang menarik tentang album ini ialah kesemua lagunya berciri heavy metal. Ini berikutan 'demam metal' ketika itu. Malah lagu 'slow' mereka, juga 'garang' - Suara Mus kedengaran seperti meneran. Lagu slow berhantu mereka ialah Inspirasi Syakilla, yang mana ia adalah kesinambungan Misteri Mimpi Syakilla. Kedua-dua lagu ini ciptaan JS Kevin. Seperti kebiasaan, Wings mula sibuk kembali dengan pertunjukan pentas. Tidak lama selepas itu, Joe dan Mus iaitu 2 ahli Wings telah diberi tugas untuk menjayakan rakaman duet antara Mus, Awie dan Ziana Zain dalam album kompilasi Mega ROCK Hebat. Joe merupakan penerbit bagi lagu HIDUP (SELAGI HIDUP) yang terkandung dalam album kompilasi tersebut. Pada saat inilah Awie dan Joe berbaik semula hubungan antara mereka. Awie juga bersetuju untuk bersatu semula dengan Wings selepas ini. Setelah 3 bulan album Mr.Barbarik berada dipasaran, ketika Wings sedang rancak mempromosikannya, secara tiba-tiba - timbul cerita bahawa Mus iaitu vokalis Wings akan menarik diri daripada menganggotai kumpulan itu. Walaubagaimanapun Wings cuba menafikannya dengan membuat sidang ahkbar tergempar untuk menafikan desas-desus itu. Joe, Eddie, Black dan Mus masing-masing menyangkal dakwaan mereka telah berpecah. Tetapi akhirnya, berita penarikan diri Mus itu menjadi realiti apabila 2 minggu kemudian Mus telah mengumumkan bahawa beliau bukan lagi ahli Wings. Alasan pengunduran dirinya daripada Wings ialah beliau ingin menjadi penyanyi solo kerana ia lebih menguntungkan, jika dibandingkan menjadi penyanyi berkumpulan - jika menjayakan 1 show, bayaran terpaksa dibahagi 4 orang. Pengumuman Mus itu disahkan oleh ahli Wings yang lain, mereka turut menyertai sidang akhbar tergempar itu. Agenda sebenar Wings ialah membuat peralihan atau 'building-up' kepada projek penyertaan semula 'Awie' bersama Wings yang mana album itu dijadualkan dibuat pada tahun 2001.
Pada 2 September 2000, sewaktu M Nasir bersanding dengan isteri barunya, Marlia Musa di Sungai Buloh, secara tidak sengaja 'Awie' & 'Wings' telah bergabung semula dalam 1 pentas kenduri kahwin. Ia terjadi berikutan permintaan emcee majlis berkenaan iaitu Bob Lokman (bekas pengurus asal Wings) supaya mereka membuat persembahan untuk majlis 'sifu' mereka. Ketika itu Joe, Eddie dan Black bersama isteri masing-masing baru hendak beindigoar dari majlis itu, sedangkan Awie baru tiba. Atas desakan Bob Lokman itu mereka bergabung semula di satu pentas 'orang kahwin'. 'Awie' & 'Wings' telah menghiburkan kedua-dua pengantin dan orang ramai dengan 2 lagu iaitu Bernafas dalam lumpur dan sebuah lagu 60 an. Para hadirin di majlis itu, terpukau menyaksikan persembahan mereka. Setelah hampir 7 tahun tidak bersama kini mereka bergabung kembali. Semangat setiakawan mereka masih utuh walaupun disuatu masa mereka pernah bergaduh. Bertitik tolak daripada persembahan dimajlis itu, 'Awie' & 'Wings' sering membuat pertunjukan pentas di tempat terbuka sepanjang tahun 2001. Disamping mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album 'REUNION' itu.
Januari 2002, 'Awie'& Wings mula aktif di studio rakaman untuk menyiapkan album baru mereka. Lagu-lagu daripada komposer J.S. Kevin (Masterpiece) paling ketara menjadi pilihan mereka. 'Syncrosound' adalah studio rakaman pilihan mereka. Selain merakam 11 lagu baru bagi album tersebut, 2 lagu medley iaitu lagu lama dari album terdahulu telah digabung menjadi 2 lagu turut dirakam. Lagu pertama adalah himpunan lagu-lagu balada dan lagu kedua ialah himpunan lagu-lagu berentak rock'n'roll.
8 April 2002, album berjudul Naga K'ramat mula dipasarkan dengan menampilkan lagu Ranggi Metropolitan sebagai lagu Hit utama.