- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kemunculan Rock lagenda 80an


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
Kemunculan Rock lagenda 80an


Era 80an! Ramai-ramai kita bincangkan apa juga pengalaman pahit manis anda pada masa itu. Awekranggi amat mengalu?kan 'OTAI' rock untuk memeriahkan topik ini disamping untuk memberikan info yang jarang diketahui....

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Sebagai permulaan topik..


Sejarah Ringkas HEADWIND


Kumpulan Headwind yang ditubuhkan awal tahun 80-an pada asalnya telah dianggotai oleh Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone Zulkifli Kasim - Gitar Utama / Penyanyi Iginatiu Gerard Ooi (Nicky Ooi) - Gitar Bass / Penyanyi Othman Masri (Man Senoi) - Keyboard / Penyanyi Mohamed Rashid - Saxophone / Flute / Penyanyi Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.

Awalnya bermain di kelab-kelab malam di seluruh tanah air. Sebagai sebuah kumpulan yang berbakat dan berkarisma telah menarik minat syarikat rakaman Polygram (Sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang teguh sedikit masa dahulu).

Tahun 1983 menyaksikan munculnya album pertama Kumpulan Headwind yang memakai judul 'Headwind'. Banyak lagu yang menarik antaranya Usah Diteruskan, Sekadar Pengertian, Cinta Ke Akhir Masa dan Keindahan Pelangi. Tetapi mungkin kurangnya promosi album itu dipandang sepi. Malah, sebilangan besar peminat Headwind tidak mengetahui wujudnya album ini. Beberapa lama selepas itu, Othman Masri dan Mohamed Rashid menarik diri daripada Headwind atas komitmen masing-masing. Kudin menganggotai Headwind bertindak sebagai pemain Keyboard bagi mengisi kekosongan itu.

Anggota baru Headwind dibarisi oleh Zainal Abidin Mohamad - Penyanyi / Trombone Zulkifli Kasim (Zulkif) - Gitar Utama / Penyanyi Nicky Oii (Ketua) - Gitar Bass / Penyanyi Kudin - Keyboard / Penyanyi Abdul Razak Salleh - Drums / Percussions.

Pada tahun 1986, Headwind muncul bersama semangat baru dengan album terbaru bertajuk 'Headwind 86'. Album ini benar-benar menggegarkan dunia seni tanahair dengan lagu malar hijau seperti Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Hati Tak Berpenghuni, Pelangi (susunan muzik baru) dan banyak lagi. Nama Headwind semakin kukuh dipersada seni tanahair dan luar negara. Lahirlah album ke tiga Headwind berjudul 'Headwind 3' yang mengandungi lagu-lagu hits Kita Serupa, Suraya dan Memori Luka. Memori Luka pernah memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik '87 (sekarang Juara Lagu).

Tahun 1987, Headwind mengeluarkan album Headwind 'Bisikkanmu' yang menyambung kepopularitian Headwind. Lagu-lagu seperti Bisikkanmu, Berakhir Satu Percintaan dan Kasihku Abadi terkandung di dalamnya. Album Headwind 'Dalam Ingatan' dikeluarkan tahun berikutnya mengandungi lagu-lagu hebat seperti Dalam Ingatan, Cinta Si Camar Putih, Entah Ke Mana Berlari dan Debu Liar.

Tahun 1989 merupakan tahun cabaran bagi Headwind. Dalam pasaran yang tak menentu, mereka mengeluarkan album Headwind 'Meditasi'. Lagu-lagu menarik terdapat di dalam album itu seperti Biar Saja Berlalu, Sejak Taufan Melanda dan Meditasi. Perselisihan pendapat dalam sesuatu kumpulan memang tidak dapat dielakkan. Zulkif mahukan irama Headwind lebih kepada rock n roll, sebaliknya Zainal Abidin mahu mencuba kepada irama baru 'World Music' yang tak mungkin diperolehi di dalam muzik Headwind. Mungkin ini adalah antara penyebabnya membawa kepada pengunduran Zainal Abidin. Keputusan ini sangat mengejutkan peminat Headwind.

Dua tahun selepas itu, pada tahun 1991 Zainal Abidin muncul dengan album solo pertama berkonsepkan 'World Music'. Beliau sangat berjaya sebagai artis solo berikutan meledaknya album Zainalabidin (yang mengandungi lagu hits Hijau, Ikhlas Tapi Jauh, Insaf dan lain-lain). Sebuah album yang berkualiti dan terbaik pernah dikeluarkan di Malaysia. Zainal Abidin menjadi sebuah nama besar ketika itu jauh meninggalkan kumpulan lamanya Headwind.

Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik berjudul 'Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi' yang mengandungi tiga lagu baru iaitu Cinta Di Dua Dunia, Gadis Jalanan dan Tak Ku Sangka nyanyian Zainal Abidin. Album ini mendapat sambutan baik dan ketiga-tiga lagu tersebut menjadi siulan ramai.

Headwind yang agak terumbang-ambing berikutan ketiadaan penyanyi cuba mencari penyanyi baru. Melalui ujibakat selama beberapa bulan mereka menemui Lionel Xavier, seorang penyanyi berpengalaman. Setelah itu, muncul album Headwind 'Kembali'. Selain penyanyi baru Lionel, Nicky Ooi, Kudin dan Zulkif turut menyumbangkan suara di dalam album tersebut. Banyak lagu-lagu menarik di dalam album itu, tetapi peminat masih merindukan suara Zainal Abidin. Maka, jadilah album itu sebagai album studio terakhir Headwind. Kegagalan album itu menyaksikan Headwind semakin dilupakan.

Pada Tahun 1990, Headwind mengeluarkan album koleksi terbaik ke dua berjudul 'Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi' bagi mengimbangi kegagalan album 'Kembali'. Tahun 1992, album koleksi 'Lagu-Lagu Karaoke Headwind' pula diterbitkan. Album 'Headwind Remix' pula diterbitkan pada tahun 1993 yang hanya mengandungi lima lagu hits iaitu Kita Serupa, Hanya Di Radio, Suraya, Debu Liar dan Dalam Ingatan.

Perpecahan secara tidak langsung terjadi. Tahun 1990, Zulkif menarik diri daripada menganggotai Headwind dan menjadi artis gitar solo. Sempat mengeluarkan dua album yang bertajuk Zulkif 'Misteri, Air, Api dan Angin' dan Zulkif 'Imaginasi'. Dua album experimental yang baik daripada Zulkif. Antara lagu yang popular daripada Zulkif ialah Dunia Sama Rasa, instrumental Misteri, Air, Api dan Angin dan Suara oh Suara (Penyanyi undangan Ajin-Blackrose).

Penyanyi baru Headwind Lionel pula hilang entah ke mana sejak kegagalan album tersebut. Anggota Headwind yang lain Nicky Ooi, Kudin dan Razak cuba menjadi pemuzik undangan untuk penyanyi lain seperti Ella bersama Hillary Ang (gitarist Cromok, ex-Search). Setelah beberapa tahun, Headwind masih wujud cuma kurangnya publisiti dan ketiadaan album baru menjadikan mereka seakan hilang. Nicky Ooi mengambil keputusan mengundurkan diri daripada Headwind dan membuka perniagaan sendiri. Razak turut menarik diri, maka tinggallah Kudin meneruskan perjuangan Headwind. Menyedari tanggungjawab itu Kudin bersama rakan-rakan baru menubuhkan kumpulan yang dinamakan Headwind 3 (Headwind generasi ke-3). Bermain untuk kelab malam dan majlis-majlis tertentu.


Album.........

1. Headwind
2. Headwind 86
3. Headwind 3
4. Headwind - Bisikkanmu
5. Headwind - Dalam Ingatan
6. Headwind - Meditasi
7. Headwind 1 - Lagu-Lagu Koleksi
8. Headwind - Kembali
9. Headwind 2 - Lagu-Lagu Koleksi
10. Headwind - Lagu-Lagu Karaoke
11. Headwind - Remix



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

MENCARI ASAL USUL - WINGS

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Disitulah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan terlampau meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll disepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.



Anggota asal kumpulan WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama grup dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot (muscle) atau lebih tepat seperti 'sesayap' (WING). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman. (kini pengacara TELEBRITI di TV2)
Album pengenalan WINGS 'Belenggu Irama' telah diedarkan diakhir tahun 1987 dan mendapat jualan yang begitu membanggakan. Mereka berjaya kerana faktor-faktor berikut:-
Promosi yang kuat di konsert-konsert.
Mampu beraksi secara langsung.



Gaya,personaliti,suara,aksi penyanyi utama iaitu Awie telah menarik perhatian pendengar muzik.
Dekat dengan peminat. Mereka kerap berada di pertunjukan pentas di serata Malaysia.
Sumbangan lagu balada dan rock N roll dari beberapa komposer yang hebat seperti M.NASIR, J.S KEVIN, dan USOP KOPRATASA.



Malang sungguh bagi WINGS apabila nama mereka telah disenarai hitamkan dari muncul di TV milik Kerajaan dan lagu mereka dilarang penyiaran dicorong radio kerana keengganan WINGS memotong rambut mereka yang panjang (ketika itu isu rambut panjang sangat kontroversi sehinggakan RTM mengetatkan syarat pada setiap artis yang ingin dipromosi di TV dan radio, berbeza dengan TV swasta seperti TV3 yang membenarkan WINGS muncul dan bertanding di Muzik-Muzik '88.) Pada sekitar Januari 1988, setelah lebih kurang 2 bulan WINGS mempromosikan album, Syam telah mengambil keputusan untuk meninggalkan WINGS dengan alasan tidak sebulu dengan pengurus WINGS, Bob Lokman. Tham Wing Kwan adalah penggantinya tetapi tidak lama. Sesudah itu tempat Tham diisi oleh Joe yang merupakan bekas ahli kumpulan Scandals.
Proses rakaman album kedua pun bermula dan selesai lalu dipasarkan diakhir tahun 1988. Seperti album pertama WINGS, 'Hukum Karma' juga mengecap jualan yang tinggi. 2 lagu 'slow-rock' dari album kedua mereka telah berjaya melonjakkan lagi nama WINGS untuk kekal popular. Lagu berentak balada itu ialah Taman Rashidah Utama (ciptaan Bob Lokman) dan Misteri Mimpi Syakilla (Ciptaan JS Kevin) yang berjaya memasuki pertandingan Juara Lagu '89.
Persembahan mereka ketika Juara Lagu '89 sungguh memikat. Awie dengan kekuatan vokalnya yang mampu menjerit lantang dan berqasidah, Joe dengan petikan gitarnya yang bermutu seperti dalam rakaman, Eddie pula dengan gerak kawalan gitar bass yang licin manakala Black dengan paluan dram yang menggegarkan sambil dia dan Eddie mencipta kesan bunyi gitar karan 'distortion'. Kerjasama itu bagi menolong Joe mengalunkan gitar solo dengan baik. Jika hendak dibandingkan dengan kumpulan lain yang turut bertanding dalam Juara Lagu '89 hanya kumpulan ILUSSI dan GERSANG sahaja yang tidak menggunakan gitar kedua, tetapi mereka telah diiring oleh keyboard. Untuk lagu Taman Rashidah Utama, WINGS memaparkan persembahan yang bernada sedih dengan mengena pakaian 'suit' serba putih dan diiringi oleh pasukan kuaiyer berlainan pula dengan lagu Misteri Mimpi Syakilla yang bernada ceria , WINGS mengena pula baju berwarna-warni seperti lagak 'rockers' dengan menyarung jaket dan berseluar ketat. Kedua-dua lagu itu dipersembahkan oleh WINGS dengan mengikat rambut supaya kelihatan kemas dan rapi. Corak persembahan WINGS yang bersungguh-sungguh telah menawan hati juri pertandingan. Mereka telah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik di Juara Lagu'89. Tempat pertama pula telah dimiliki oleh kumpulan SEARCH dengan lagu Isabella.

Setelah berakhirnya Juara Lagu'89, setelah 3 tahun bersama ASP, WINGS telah mengikat kontrak dengan BMG Pacifik (kini BMG Music Malaysia). Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, WINGS dapat tawaran tersebut kerana SEARCH telah mencadangkan pengambilan WINGS kepada BMG Pacific. Berikutan itu Bob Lokman telah mengundurkan diri dari menjadi pengurus mereka dan tempatnya telah diisi oleh Ali Bakar sehingga sekarang. WINGS kemudiannya telah menubuhkan sebuah syarikat kecil bagi menguruskan sendiri siri konsert mereka disamping pengurusan dibawah Ali Bakar iaitu FLY-WINGS sdn bhd. WINGS pun memasuki studio dan menyiapkan album ketiga berjudul Teori Domino dan diedarkan kepada umum pada bulan MAC 1990 dan diterbitkan oleh M.Nasir dan WINGS. Album ini juga mencatatkan angka jualan yang bagus. Lagu SEJATI ciptaan M.Nasir telah menjulang sekali lagi nama WINGS dan terus popular sehinggakan telah memenangi undian Bintang-Bintang Popular tajaan Berita Harian dan Utusan Malaysia dipertengahan 1990. WINGS juga menjadi pujaan di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah ada permintaan untuk mengadakan konsert disana. WINGS mula ligat untuk memenuhi permintaan itu. Pada sekitar Oktober 1990, Wings telah diberi penghormatan menjadi pembuka tirai untuk kumpulan Europe (popular dengan lagu FINAL COUNTDOWN)beraksi pertama kali di Malaysia.Oleh kerana terlalu banyak 'show', WINGS telah menyingkirkan Black kerana menghidap asma. Disaat akhir itulah WINGS memasuki pertandingan Juara Lagu '90 dengan lagu Sejati. Jojet telah diambil untuk menggantikan tempat Black selepas kumpulan GERSANG dibubarkan untuk pertandingan Juara Lagu '90. Seperti kebiasaannya WINGS pasti membuat persembahan yang berlainan dari peserta lain, dengan menonjolkan imej kebaratan dan sedikit kemelayuan. Awie memakai seluar dan jaket 'Mosiac' berwarna merah sambil rambutnya dihias dengan anting-anting serta berkaca mata hitam. Joe pula memakai jacket merah dan topi 'koboi' manakala Eddie dan Black masing-masing mengenakan pakaian tuxeido hitam. Persembahan mereka telah diiring oleh alat-alat muzik tradisional seperti paluan gong dan serunai. Vokal Awie tidak perlu dipertikaikan lagi, tetapi kali ini beliau menjerit sekuat hati bagi menutupkan lagu sejati; SEJATEEEEEEEY!. Eddie pula sambil memetik gitar bass turut menjadi penyanyi latar kepada Awie semasa harmoni dan ketika membuat gema suara. WINGS berjaya jua untuk merebut tempat pertama bagi kategori Persembahan Terbaik dan tempat ketiga bagi kategori Juara Lagu pada Juara Lagu '90 itu. WINGS boleh berbangga dengan Juara Lagu '90 tetapi mereka juga patut berasa malu, kerana Black yang disingkirkan muncul jua dalam majlis berkenaan apabila dia menjadi pemain dram undangan kumpulan XPDC.
Tahun 1991 telah menyaksikan pemilihan Jojet sebagai anggota baru WINGS serta penyiapan album keempat 'Jerangkung dalam almari' Tetapi sambutan kepada album kali ini kurang memberangsangkan. Hal ini berlaku oleh kerana:-
Kurang promosi di radio atau TV berikutan isu rambut panjang yang makin memuncak.
Mereka juga tidak lagi bermain di ekspo, 'funfair' atau pertunjukan pentas di daerah-daerah kecuali konsert besar di ibukota atau bandar-bandar.
 
•   Imej WINGS terjejas disebabkan beberapa peristiwa hitam. Salah satunya ialah berita Awie ditangkap khalwat bersama seorang gadis.
•   Album ini tidak menyengat kerana hanya 1 lagu balada yang menjadi lagu 'killer' iaitu 'Aku pun tahu'.
•   Persaingan dengan album ROCK berkumpulan mahupun solo seperti CRK, BLACKROSE, OLAN, SHIMA, HATTAN dan ELLA
•   Pengharaman konsert artis Rock berambut panjang.



Oleh itu sepanjang tahun 1991, WINGS tidak lagi menyerlah seperti dahulu. Malah WINGS juga tidak memasuki Juara Lagu '91 cuma mereka ditawar untuk berlakon dibawah arahan Yusof Haslam didalam filem 'Pemburu Bayang'. Walaubagaimanapun filem berkenaan hanya mempromosikan lagu-lagu dari album Teori Domino dan bukannnya album terbaru. WINGS kekal utuh di persada muzik tempatan, menjelang tahun 1992.



Pada awal tahun 1992, filem 'Pemburu Bayang' lakonan WINGS telah ditayangkan dan mencapai kutipan tiket 'Box-office'. Filem itu telah meningkatkan sedikit jualan album mereka. Album kompilasi BEST OF WINGS pula telah diedarkan pada pertengahan tahun 1992. Album ini menampilkan rakaman versi baru beberapa buah lagu hit mereka seperti Taman Rashidah Utama, Intan ku kesepian, Inpirasi Taming sari dan lain-lain berserta 1 lagu baru. Seperti album 'Jerangkung dalam almari', album ini juga gagal kerana masalah rambut panjang. Ini telah mendorong WINGS untuk memotongkan rambut panjang mereka itu. Di masa yang sama, kumpulan SEARCH turut terasa dengan bahang isu rambut panjang juga ingin mengorbankan rambut mereka demi mendapat mata pencarian. Setelah SEARCH & WINGS berunding dengan RTM, RTM telah bersetuju untuk membenarkan SEARCH & WINGS muncul di TV & Radio semula. SEARCH, WINGS dan RTM sepakat untuk mengadakan 1 upacara pemotongan rambut secara langsung di TV. Pada tanggal 22 November 1992, SEARCH & WINGS dipotong rambut oleh Dato' Mohammed Rahmat selaku Menteri Penerangan. Apabila majlis itu selesai, SEARCH & WINGS menghebahkan kepada umum tentang penggabungan mereka dalam 1 album iaitu 'DOUBLE TROUBLE'.



Pada awal tahun 1993 sesudah tamat isu rambut panjang, album itu pun dilancarkan dengan angka jualan yang menakjubkan. SEARCH & WINGS ligat mempromosikan album itu di konsert-konsert. Semasa inilah Awie tiba-tiba menghadapi masalah vokal yang menjejaskan kelancaran suaranya tetapi tidak ketara. Tidak beberapa lama kemudian iaitu di pertengahan tahun 1993, WINGS mula sibuk di studio. Kali ini rakaman telah dilakukan di Melbourne, Sydney, Australia dibawah pengawasan jurutera bunyi : Steward Day untuk rakaman album terbaru WINGS. Ada juga lagu yang telah dirakamkan di Malaysia, cuma ia diadun dan diproses semula disana supaya kualiti rakamannya lebih elok. Disebabkan Awie yang masih belum pulih 100% dari sakit tekaknya, album ini terpaksa juga dirakamkan dalam pitch yang rendah, berbeza dengan album-album terdahulu. Setelah siap sepenuhnya, album kesembilan ini telah dipasarkan dengan tajuk Bazooka Penaka. WINGS meriah kembali, tawaran pertunjukan pentas tidak putus-putus diterima. Serentak dengan dengan promosi yang sedang dipergiat, konsert Double Trouble jelajah negara bersama Search juga dilancarkan. Ini menyemarakkan lagi sokongan para peminat rock yang selama ini telah menunggu persembahan gabungan dua gergasi rock terunggul tanahair ini. Bagi Wings, konsert ini juga adalah bersempena pelancaran album terbaru mereka dan merupakan peluang untuk mempersembahkan lagu-lagu baru mereka kepada peminat.



Kejayaan album 'Bazooka Penaka' ini telah membuka mata 2 syarikat perfileman untuk menawar WINGS untuk berlakon iaitu Skop Production dan Julie Dahlan Production. Tawaran itulah sebenarnya menjadi punca perpisahan Awie dari Wings. Hal ini demikian kerana Awie lebih tertarik apabila melihat skrip filem 'Sembilu' keluaran Skop Production yang menampilkan dirinya sebagai hero tunggal dan watak kecil untuk anggota WINGS yang lain. Manakala anggota WINGS yang lain memilih untuk berlakon filem 'Putera' yang mana ia memberi peluang lakonan sama rata kepada setiap anggota WINGS. Masalah ini telah membuat kumpulan WINGS bertelagah sesama sendiri. Pada 13 November 1993, konsert Double Trouble diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur. Sebenarnya, ini merupakan konsert terakhir Awie bersama Wings kerana pada dua hari berikutnya iaitu pada 15 November 1993 Awie telah menghantar surat perletakkan jawatan sebagai pengarah Flywings sekaligus menarik diri dari menjadi vokalis Wings. Perkara ini tidak dihebohkan dengan segera. Ianya dirahsiakan oleh anggota Wings yang lain dan pihak pengurusan syarikat rakaman BMG.



Hampir sebulan selepas itu, barulah berita penarikan diri Awie dari Wings disiarkan secara rasmi. Awie disahkan tidak lagi menjadi anggota kumpulan Wings. Berita ini mengemparkan seluruh dunia muzik tanahair. Dikala Wings berada dipuncak kegemilangan, kehilangan Awie merupakan satu tamparan hebat dan kumpulan rock ini ibarat telah kepatahan sayap. Seluruh peminat mereka amat terkejut dan begitu kecewa dengan berita ini.
Alasan yang diberikan oleh Awie ialah sakit tekaknya yang masih belum sembuh dan justeru itu beliau berehat dari mengelak ianya dari menjadi lebih teruk. Wings tidak berpecah dan beliau menyerahkan kepada 3 lagi anggota Wings iaitu Joe, Eddie dan Jojet untuk mencari vokalis baru dan meneruskan misi perjuangan Wings. Tambah beliau, tindakan ini adalah keputusan yang amat berat kerana amat sukar untuk berpisah dari kumpulan yang cukup disayanginya itu.


 


sambung lagi .... nanti korang sumer pening nak baca



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Pada awal tahun 1994, sesudah sah Awie mengundurkan diri dari WINGS, kumpulan WINGS bertekad untuk berlakon filem 'Putera' dan Awie yang sudah tidak terikat dengan WINGS, berlakon pula filem 'Sembilu'. Kedua-dua filem itu menghadapi rombakan skrip, bagi filem 'Sembilu' ialah pembuangan watak-watak yang sudah tidak relevan, untuk filem 'Putera' pula ialah penukaran beberapa watak dan pelakon. Didalam filem 'Putera', Joe menggantikan tempat Awie manakala Ali Bakar iaitu pengurus WINGS telah menggantikan tempat Joe. Filem yang diarahkan oleh Zulkefli M. Osman ini berjaya mendapat kutipan yang bagus apabila ditayangkan. Tetapi ia tidak dapat menandingi filem 'Sembilu' lakonan Awie kerana lebih bernilai komer*sensored*. Sementara itu WINGS masih lagi mencari penyanyi untuk menggantikan Awie di sesi ujibakat yang diadakan di seluruh negara. Tetapi masih tidak ada lagi calon yang sesuai. WINGS telah memikirkan beberapa calon untuk menggantikan tempat Awie seperti Mus (bekas penyanyi MAY), One (bekas penyanyi Lipan Bara) dan Azul iaitu bakat baru yang dicungkil bakat ketika sesi ujibakat itu. Tetapi berikutan beberapa masalah, cadangan itu tertunda. Pada pertengahan tahun 1994, WINGS telah menyiapkan 2 album 'tribute' dengan bantuan 12 orang penyanyi jemputan bergelar SUPERFRIENDS dalam album Opera dalam kenangan'. SUPERFRIENDS terdiri Hattan, Mus, Amy, Ramli Sarip, Ito, A.Romzi, Azul, Nike Ardilla, Sahara Yaakob, M.Nasir dan Andy Mclean dari Australia. Malangnya album itu kurang mendapat sambutan berikutan kesukaran mengumpulkan setiap penyanyi itu untuk publisiti. Pada sekitar Oktober tahun 1994, WINGS menamatkan khidmat Jojet sebagai pemain dram dan merujuk kembali Black.



Tahun 1995, WINGS masih lagi mencari penyanyi. Pencarian itu terhenti setelah berjumpa Mel iaitu penyanyi kelab malam. Suara Mel yang berbeza tetapi padat meyakinkan WINGS bahawa Mel boleh menggantikan Awie. Mel pun dipupuk dan dibentuk imejnya oleh WINGS selama 3 bulan. Pada sekitar Jun tahun 1995, WINGS bersiap-sedia menyiapkan album baru bersama Mel. Album Orang Asing pun diedarkan. Album itu telah mendapat pujian dan jolokan 'album ROCK of the year' kerana keserasian suara Mel dengan muzik WINGS. Selain dari suara Mel, album Orang Asing ini turut menampilkan vokal Joe menyanyi secara solo pada 1 lagu iaitu 'Lupakanlah". Tetapi album ini juga kurang dipromosi atas tindakan Mel yang tidak mahu mengadakan konsert bersama WINGS kerana beliau khuatir, dia tidak dapat membuat persembahan terbaik seperti Awie lakukan dahulu. Mel merasakan usia dan fizikalnya tidak membenarkan dia melompat-lompat, berguling-guling dan sebagainya. WINGS berkecil hati lalu melepaskan Mel dari kontrak bersama BMG, Mel beindigoar dari WINGS untuk membuat album solo. Tamatnya penglibatan Mel dengan WINGS makin merumitkan jualan album. Mujurlah disebabkan album itu mengandungi lagu-lagu bermutu, album Orang Asing tetap laris. Sementara itu filem Amelia, Mawar Berduri sedang dalam pembikinan, Joe menjadi pelakon utama. Filem SUPERSTAR juga turut dalam pembuatan, filem ini turut mengutarakan kumpulan WINGS dan pertama kalinya Black muncul di layar perak. Kedua-dua filem ini menampilkan nyanyian Mel, oleh kerana Mel telah tiada maka, terpaksalah Joe berlakon menyanyikan lagu-lagu itu. Semasa Joe berlakon dalam filem Amelia-Mawar Berduri, beliau telah berjumpa dan mengenali dengan seorang krew produksi bernama Andi Rahman. Andi Rahman telah mempersembahkan sebuah lagu baru ciptaannya kepada Joe. Mendengarkan melodi lagu tersebut, Joe meminta Andi Rahman menyimpankan lagu itu agar ia dapat dirakamkan dalam album WINGS terbaru.
Januari tahun 1996, kedua-dua filem berkenaan pun ditayangkan, ia tidak mendapat kutipan tiket yang baik kerana filem-filem itu kurang diberi publisiti.


Mei 1996, telah menyaksikan WINGS kembali bernafas semula setelah Awie & Mel meninggalkan WINGS. WINGS akhirnya berjaya membawa Mus menyertai mereka setelah dilanda masalah selama bertahun-tahun. Pada satu sidang ahkbar WINGS telah mengumumkan bahawa Mus adalah penyanyi baru mereka dan bakal merakam album baru bertajuk Biru Mata Hitamku. Seperti kebiasaan, rakaman album ini dilakukan di Australia dan siap sepenuhnya ditanahair. Maka pada akhir Oktober 1996, album Biru mata hitamku telah diedarkan kepada orang ramai sambil menampilkan lagu Biru mata hitamku sabagai lagu hits utama. Biru mata hitamku telah dicipta oleh Andi Rahman. Lagu inilah yang Joe suruh Andi Rahman simpan dulu. Album ini telah berjaya untuk medapat jualan 150, 000, 00 unit, suatu angka jualan yang membanggakan. Tetapi kali ini, WINGS tidak mengadakan siri-siri konsert seperti dahulu kerana tiada tajaan. Tawaran-tawaran hanya pada pertunjukan pentas biasa. Oleh itu WINGS kurang melakukan aktiviti.


Apabila 1997 menjelma, WINGS telah merakamkan 1 album mini bertajuk Puisi Aidilfitri yang telah dijual semasa bulan ramadan 1997. Album mengandungi 3 lagu bertema Hari Raya dan 3 lagu baru. WINGS terus mempromosikan album Biru Mata hitamku dan album Puisi Aidilfiri di pertunjukan-pertunjukan pentas, walaupun tidak semeriah dahulu. Pada bulan Jun 1997, WINGS telah bertanding dalam kategori Pop Rock pada Muzik-Muzik '97 setelah enam tahun tidak berbuat demikian. Lagu Biru Mata hitamku itu telah bertahan dalam carta Muzik-Muzik selama 23 minggu hingga melayakkan mereka memasuki Juara Lagu '97. Sementara itu album kompilasi Masterpiece dipasarkan. Album ini mengandungi lagu-lagu terbaik ciptaan JS Kevin dan 1 lagu baru nyanyian WINGS iaitu Pesona Sanubari. SEARCH & WINGS juga merancang untuk bergabung sekali lagi dalam album Double Trouble 2. Juara Lagu'97 membukakan tirainya pada Disember 1997, ia telah menyaksikan suatu pertandingan yang sengit kerana dibarisi oleh calon-calon yang handal. Selain dari WINGS yang memberi persembahan, SEARCH, Siti Nurhaliza, Awie, Ziana Zain, Jamal Abdillah, M.Nasir dan Shima turut memberikan persembahan yang terbaik. WINGS tidak mendapat sebarang kemenangan di Juara Lagu ' 97 itu, disebabkan faktor ruang pentas yang sempit sehinggakan Mus yang selalu kelihatan lincah dipentas hanya berdiri menyanyi sambil memetik gitar kedua. Selain itu, Mus juga kurang menghayati lagu Biru Mata Hitanku itu. Beliau membuat persembahan yang ala konsert. Maka, Juara Lagu '97 tidak memberikan kenangan manis untuk WINGS.



1998 bermula dengan ketibaan album Double Trouble 2. Album ini mendampingkan kesekian kalinya gabungan SEARCH & WINGS. Tetapi kerana faktor tiada tajaan dan faktor kegawatan ekonomi, kedua-kedua kumpulan ini tidak mengadakan siri konsert atau promosi. Album berkenaan makin terjejas apabila Amy meninggalkan SEARCH. Tetapi hal ini tidak menghalang WINGS untuk merakam album baru. Album berjudul Mencari Asal-usul ini dipasarkan pada Jun 1998. Seperti selalu, album WINGS pastinya laku. Lagu-lagu yang disumbangkan oleh Andi Rahman, Darwis (M.Nasir), Mad Razali (JS. Kevin) dan WINGS sendiri telah berjaya menambat hati para pendengar. Tajuk album 'Mencari asal-usul' memang padan dengan WINGS, kini WINGS sudah kembali menjejaki tapak-tapak funfair dan ekspo untuk promosi album. WINGS sedar bahawa tanpa usaha promosi yang kuat dan hanya menantikan siri konsert, maka pastinya meraka sebagai pemuzik seperti hilang mata pencarian. Oleh itu, WINGS bertekad mengambil peluang di funfair dan ekspo untuk mereka maju ke hadapan. Begitulan kehidupan WINGS sepanjang tahun 1998, memenuhi perlawaan mengadakan pertunjukan pentas di funfair-funfair dan ekspo-ekspo disamping DEF-Gab-C dan Mael & Real XPDC.



Pada pertengahan tahun 1999 pula, album baru atau lebih tepat, album kompilasi WINGS yang ketiga- bertajuk 'Best of WINGS 2' dipasarkan. Ia menampilkan 2 lagu baru iaitu NASIB KITA dan RASTALI. Nasib Kita iaitu sebuah lagu balada berciri rock, disampaikan oleh Mael (bekas penyanyi XPDC dan sekarang vokalis Real-X) bersama Mus. Lagu Rastali pula adalah lagu heavy metal kesinambungan Blues Ular Sawa dan Sakit Bantal Empuk iaitu 2 lagu hits terdahulu. Tetapi bagi kali ini pula, Wings tidak membuat promosi menyeluruh, cuma sekali-sekali di tapak ekspo dan konsert-konsert kecil. Malah lagu Nasib Kita turut dibuat klip video tetapi tanpa rakaman visual baru (visual pemuzik Wings diambil secara 'candid' dari video klip terdahulu.) Hanya Mus sahaja beraksi dengan visual baru. Manakala bagi part Mael menyanyi - digambarkan sebagai aliran sungai!!
.Pada awal May 2000, album baru Wings bertajuk Mr.Barbarik dipasarkan dengan sambutan hangat dari peminat mereka. Apa yang menarik tentang album ini ialah kesemua lagunya berciri heavy metal. Ini berikutan 'demam metal' ketika itu. Malah lagu 'slow' mereka, juga 'garang' - Suara Mus kedengaran seperti meneran. Lagu slow berhantu mereka ialah Inspirasi Syakilla, yang mana ia adalah kesinambungan Misteri Mimpi Syakilla. Kedua-dua lagu ini ciptaan JS Kevin. Seperti kebiasaan, Wings mula sibuk kembali dengan pertunjukan pentas. Tidak lama selepas itu, Joe dan Mus iaitu 2 ahli Wings telah diberi tugas untuk menjayakan rakaman duet antara Mus, Awie dan Ziana Zain dalam album kompilasi Mega ROCK Hebat. Joe merupakan penerbit bagi lagu HIDUP (SELAGI HIDUP) yang terkandung dalam album kompilasi tersebut. Pada saat inilah Awie dan Joe berbaik semula hubungan antara mereka. Awie juga bersetuju untuk bersatu semula dengan Wings selepas ini.
Setelah 3 bulan album Mr.Barbarik berada dipasaran, ketika Wings sedang rancak mempromosikannya, secara tiba-tiba - timbul cerita bahawa Mus iaitu vokalis Wings akan menarik diri daripada menganggotai kumpulan itu. Walaubagaimanapun Wings cuba menafikannya dengan membuat sidang ahkbar tergempar untuk menafikan desas-desus itu. Joe, Eddie, Black dan Mus masing-masing menyangkal dakwaan mereka telah berpecah. Tetapi akhirnya, berita penarikan diri Mus itu menjadi realiti apabila 2 minggu kemudian Mus telah mengumumkan bahawa beliau bukan lagi ahli Wings. Alasan pengunduran dirinya daripada Wings ialah beliau ingin menjadi penyanyi solo kerana ia lebih menguntungkan, jika dibandingkan menjadi penyanyi berkumpulan - jika menjayakan 1 show, bayaran terpaksa dibahagi 4 orang. Pengumuman Mus itu disahkan oleh ahli Wings yang lain, mereka turut menyertai sidang akhbar tergempar itu. Agenda sebenar Wings ialah membuat peralihan atau 'building-up' kepada projek penyertaan semula 'Awie' bersama Wings yang mana album itu dijadualkan dibuat pada tahun 2001.



Pada 2 September 2000, sewaktu M Nasir bersanding dengan isteri barunya, Marlia Musa di Sungai Buloh, secara tidak sengaja 'Awie' & 'Wings' telah bergabung semula dalam 1 pentas kenduri kahwin. Ia terjadi berikutan permintaan emcee majlis berkenaan iaitu Bob Lokman (bekas pengurus asal Wings) supaya mereka membuat persembahan untuk majlis 'sifu' mereka. Ketika itu Joe, Eddie dan Black bersama isteri masing-masing baru hendak beindigoar dari majlis itu, sedangkan Awie baru tiba. Atas desakan Bob Lokman itu mereka bergabung semula di satu pentas 'orang kahwin'. 'Awie' & 'Wings' telah menghiburkan kedua-dua pengantin dan orang ramai dengan 2 lagu iaitu Bernafas dalam lumpur dan sebuah lagu 60 an. Para hadirin di majlis itu, terpukau menyaksikan persembahan mereka. Setelah hampir 7 tahun tidak bersama kini mereka bergabung kembali. Semangat setiakawan mereka masih utuh walaupun disuatu masa mereka pernah bergaduh.
Bertitik tolak daripada persembahan dimajlis itu, 'Awie' & 'Wings' sering membuat pertunjukan pentas di tempat terbuka sepanjang tahun 2001. Disamping mengumpul lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album 'REUNION' itu.



Januari 2002, 'Awie'& Wings mula aktif di studio rakaman untuk menyiapkan album baru mereka. Lagu-lagu daripada komposer J.S. Kevin (Masterpiece) paling ketara menjadi pilihan mereka. 'Syncrosound' adalah studio rakaman pilihan mereka. Selain merakam 11 lagu baru bagi album tersebut, 2 lagu medley iaitu lagu lama dari album terdahulu telah digabung menjadi 2 lagu turut dirakam. Lagu pertama adalah himpunan lagu-lagu balada dan lagu kedua ialah himpunan lagu-lagu berentak rock'n'roll.



8 April 2002, album berjudul Naga K'ramat mula dipasarkan dengan menampilkan lagu Ranggi Metropolitan sebagai lagu Hit utama.


 


sekian...



__________________


Admin RD CLUB ~ Johor

Status: Offline
Posts: 261
Date:

wuuuuuyai! detail giler cerita ko nie awek ranggie...mane ko dapat?

__________________


waKpAeS.."alon-alon anger klakon"


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

xdela detail sgt.. sket2 je... 2 kalo ade kurang tambah2 ler..
study sket mende2 ni

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

copy and paste jer arr

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 46
Date:

mcm ponah den tgk artikel ni....


xpo la...copy paste pun kono skill gak....biar la deh........janji ROCK....


mekacih....



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Halamak..caya la sama lu..


Mesti teror nynyi lg2 lme..


Nynyi sikt?mau dgr la..


Btl x abg2?



__________________
Apiz_Moohawk


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Erm...tak po la. Janji awek ni minat. Awek ni tak merasa hidup di zaman tu. Tu yang teruja tu. Kita yang dah lalui zaman tu contribute lak pengalaman masing2.


Kurang2 copy n paste pun boleh buat reference gak. Aku pun tak tau cito pasal semua tu. Yang aku tau, beli kaset kat Puduraya, balik pasang, pastu layan nyanyi sorang2 dalam bilik. Hehehehehe....


Pandai nyanyi?  Ni nak kena sessi latihan kat Sogo Tingkat 8 atau Yow Chuan nih. Bila nak layan awek? Ajak la tunang sekali. Dengar lak abang2 RD CLUB layan lagu rock 80'an.


Nak nyanyi lagu apa yer? Erm...


Tiada Lagi KidungMu - Lefthanded


Rozana - Search


Cintamu Mekar di Hati - May


dan banyak lagi....


Bila nak pi karao ni? Dah lama tak gi...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Ok gak 2.


aiman x kisah..


klu g rmai2 lg best and meriah,kasi picahh itu spekerr..hehe


mgkin tidak,bile free?aiman on je..


 


 



__________________
Apiz_Moohawk


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Ko nak layan karao Hafiz? Geng RD CLUB ni berantu sikit kalau karao. Cuma lama tak gi sebab masalah inflasi dan bz. Tapi Hafiz kena bawak 'bunga' la. 'Bunga' dari Shah Alam @ Padang Jawa pun boleh dong. Janji rock.


Ni kumpulan May, yang popular dengan lagu Cintamu Mekar Dihati. Nak celen tarik...?




__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Klu dgn yg 2 serenderr la bang,otai 2..hehe


awek?tgh ushar2 la nievileye:.tp klu neng,rmai itu..


itu bisa d ejas dong..usah kuaatirr itu..


skali skale lyn kat Down Town ok gak,siap ade pnonton 2..hehe


compon lps nyanyi,ade org mntk sign..


itu cdang je(moral:ske2 je,xnak xpe) 


 


 



__________________
Apiz_Moohawk


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Downtown? Mana ada orang mintak sign masa aku layan 'Kau Yang Bernama Seri' kat sana. Awek mintak no hp ada la. Heheheheheheh.


Open ni yang penatnya nak nunggu giliran. Ramai sangat. Dalam bilik privacy sikit.


Eh..balik ke topic la. Ni dah ke topic karaoke lak.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Oppss,sry..


biasela klu sembg psl karao.ni,maanyak syyok ooo...


sape thu cite psal kumpln Putra?lgu Cinta Kain Putih 2..


Lg dio mmg best!!!tbik spring wa kasi!!TooiiingX3


X caye lynnn lgu dia..(layann...)



__________________
Apiz_Moohawk


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

hafiz wrote:



Oppss,sry..


biasela klu sembg psl karao.ni,maanyak syyok ooo...


sape thu cite psal kumpln Putra?lgu Cinta Kain Putih 2..


Lg dio mmg best!!!tbik spring wa kasi!!TooiiingX3


X caye lynnn lgu dia..(layann...)





haha.. karaoke?? bley kalo ade kelapangan.. awek pantang sket dgr lagu2 rock ni.. lagi2 lagu Ella


 


oo.. kumpulan putra ye.. lagu 2 mmg best.. awek suka layan gak..


meh awek kasi sket part chorus dia..


"... kain putih yang kuberikan padamu..."


info psl group ni nti awek try cari ek..



__________________


RD CLUB Electrical Engineering Consultant

Status: Offline
Posts: 104
Date:

Elo..........bleh tolong cerita ikit pasal Kumpulan rock bernama BURN MARKS tak........... lama tak muncul dan tah kemana pergi mereka? Aku minat rock selepas dengar lagu kumpulan ni........ ada satu lagu tu.........lagu tu buat aku teringatkan cinta pandang pertama aku....Kalau ada CD dia utk album lama aku nak beli.............awek bleh tolonggggggggggggggg?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

sang_kuriang wrote:


Elo..........bleh tolong cerita ikit pasal Kumpulan rock bernama BURN MARKS tak........... lama tak muncul dan tah kemana pergi mereka? Aku minat rock selepas dengar lagu kumpulan ni........ ada satu lagu tu.........lagu tu buat aku teringatkan cinta pandang pertama aku....Kalau ada CD dia utk album lama aku nak beli.............awek bleh tolonggggggggggggggg?



ni serba sedikit info psl grup ni


Kumpulan Burnmarks adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang paling awal dan mula dikenali ramai semenjak tahun 1983 setelah menyertai "Juara Rock 1983" dengan nama "Kumpulan The Burnmarks".


Nama Burnmarks kemudiannya ditukar pula kepada "Kumpulan Naja" pada 1989 tetapi ditukar kembali kepada Burnmarks pada 1990.


Kumpulan Burnmarks kemudiannya berpecah dan Joe menubuhkan Kumpulan Jasad Liar yang turut disertai oleh anggota Kumpulan Burnmarks yang lain, seperti Joe (gitar) dan Emy (dram).


yg ni anggota kumpulan tersebut


1. Jef (Vokal)


2. Joe (Gitar)


3. Amy (Drum)


4. Aub (Bass)


ade ape nk tau lagi.. tanya je la ye.. insyaallah bley tlg jawbkan



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Ni ha pic kumpulan Burnmarks. tang nama Burnmarks tu aku tak tau, tapi kalau Naja tu memang aku ingat sikit2.



Diorang ni fofulor dengan lagu  Mencari Cinta Yang Hilang dan Bunga Pesona.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

 


SOFEA & SYJ...


 


Antara SYJ & SOFEA. SYJ sebenarnya mempunyai banyak generasi. Bermula dengan SYJ melalui albem BATTLE OF THE BANDS 1 & 2 pada 1986, lalu SYJ'87 pula muncul ditahun berikutnya. Walaubagaimanapun SYJ berkenaan yg dianggotai oleh ARIS dan NAN telah menukar nama kepada ARIWATAN pada 1988 dan sempat membuat 3 buah albem (popular dengan lagu NYANYIAN REBAH ROCKMANIA, LAMUNAN & PERTAMA DAN SELAMANYA). Generasi SYJ seterusnya ialah SYJ albem KHUDRAT pd 1990. SYJ yg ini dianggotai oleh ALANG (vokalis), AMIR (gitar), AMY (bass) dan JUN (dram). Mereka hits melalui lagu KHUDRAT KEHIDUPAN, YIK FOONG BLUES, INI NASIB KITA, SKETSA RINDU, KELUHAN HATI dan SENJAKALA jua akhirnya berubah nama kepada VIBRA pd 2001. VIBRA hanya sempat menghasilkan sebuah albem. Walaubagaimanapun VIBRA hanyalah serpihan grup SYJ albem KHUDRAT. ALANG dan AMY masih bersama SYJ sehingga kini sambil dibarisi oleh 2 OTAI iaitu ROSLI (HANDY BLACK) dan SYED EDUAT iaitu ahli asal SYJ!! SYJ semasa albem BATTLE OF THE BANDS 1 & 2 dianggotai oleh rata2nya ahli asal SOFEA iaitu AMIR (vokalis lagu rancak), MAN RANI (vokalis lagu slow & bassis), ZAM (gitar) dan EDUAT (drammer). Mereka ketika itu popular dengan lagu seperti ORANG TIMUR, MATA SEPET. HATI SYAITAN & HUJAN. Setahun kemudian atas sebab tidak berpuas hati dengan pengurus SYJ iaitu SYED YUSOF JAMALULAIL, SYJ lalu bertukar nama menjadi SOFEA. Lahirlah albem SOFEA berjudul KEMBALI pd pertengahan 1987. Dalam albem itu, tempat EDUAT telah diganti oleh NAHAR. Sewaktu albem kedua SOFEA - ANAK LIAR. ZAM pula tarik diri. FANCY pula pengganti posisi itu. Albem ANAK LIAR ini adalah albem agung SOFEA kerana adanya sebuah lagu SLOW ROCK berjudul BUNGA PADANG PASIR. Line-up SOFEA iaitu AMIR, FANCY, MAN RANI dan NAHAR kekal utuh semasa albem ketiga SOFEA - BONEKA PENTAS pd 1989. Albem ini KURANG MENYENGAT kerana ketiadaan lagu-lagu keras yg mantap. Ketika albem keempat mereka pula iaitu BERSAMA MIMPI & AIRMATA.., cuma MAN RANI je tinggal menerajui grup SOFEA kerana ahli lain semua mengundur diri. Kini SOFEA muncul semula ttp keanggotaannya diisi dgn ahli baru kecuali NAHAR. SYJ/SOFEA berasal dari IPOH, sekampung ngan MAY iaitu dari KAMPUNG MANJOI....


 


 


 



__________________
mambang mabuk minum kopi...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

semekom...


hoho... pjng gle citer die...


mcm2 ader..


kepale angin, sayap, parut melecur... dsb


tp yg pnting, suare tu!!


ngancam beb!


dulu mane ade ejas suare dlm studio...


skg ni je penyanyi bru yg ejas suare dlm studio..


dgr dlm cd best, skali nyanyi live.... hampeh!


respek kt ol' skool people.. huhu...



__________________
x bape phm laaa....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 35
Date:

semerkum semuan..


sayer slalu lepak kt studio lestari kt klang yang dipunyai oleh abang kamal yakni ahlil kumpulan lestari.abg kamal ni merupakan penggiat moto jgk la time2 muda2 dulu.disini ader disertkan sket gambo rockers bemoto yg sayer amik dari album gambo abg kamal





sorila ye...gambaunye x menarik ar.kualiti tarak.sayer amik pakai kemre fon jer.kalu ader scanner kt studio tu mesti besh nye.ader byk lg gambo2 lamer kt album tu.ngan rgf250,mbx125,honda raider...memang mabeleus.dresing jgn cakap la.maot abes nyela.kalu beminat jemputla ke studio lestari kt sempang 4 sungai udang klang.



__________________
jerun darat


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 84
Date:

Oh...tau la den tompek tu...sempang 4,sungai udang...skrg dah jadi town abis tompek tu....gadis pun ramai..takpo,balik ujung taun ni,eden poie sanun...eden ado pakcik kek area sanun(jalan yadi)...boleh g studio Lestari tu...king,ekau selalu lepak sanun ko?

__________________
*ARJUNA*


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 35
Date:

bukan slalu jer..hampir setiap malam kalu balik klang la,kalu duk melaka cam skang tadernyer nak lepak tiap2 malam ket saner..hahaha. kami ni penjaga public 6 ket dpan tu,maner2 gadis nak wat kol ket public fon tu kener la kasik daftar ket kami dulu.kasi masok boku register...kalu da sampai saner try ler inpom samer sayer..kalu sayer balik klang time tu,aderler sayer ket saner.kalo nak jumpa abang FANCY SYJ pon ader kat saner.seblom ni dia duk kat studio tu samer dia nye wife n baby kecik dia.skang da pindah kat dpn ECONMART jalan yadi tu..







abang kamal suatu ketika dahulu



__________________
jerun darat


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Sungai Udang ni dekat2 dgn Port Klang kan? Erm..apa tempat makan syok kat sana? Awek marvelous tak? Aku nak sahur la malam minggu ni kat sana. Ko ada kat sana ke malam minggu ni? Boleh ko tunjukkan YP kat orang kampun'.

__________________


First Lady

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Saya minat Ella. Ratu Rock.

Lagu Kesal, Permata Biru, Sembilu pun best!



__________________
myspace.com/amynyzam


Senior Member

Status: Offline
Posts: 275
Date:

zackbikers wrote:

Sungai Udang ni dekat2 dgn Port Klang kan? Erm..apa tempat makan syok kat sana? Awek marvelous tak? Aku nak sahur la malam minggu ni kat sana. Ko ada kat sana ke malam minggu ni? Boleh ko tunjukkan YP kat orang kampun'.



abng zam bile nk turun sini?
da dkat sngt la rumah sye tu....biggrinbiggrin



__________________

m_04fe64eb0c69038bc98ba142796271fa.jpgm_71a703a7ee9c2f2a403ee4c6fc8d3346.jpg



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

nanti abg ajak akak amy ko...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 162
Date:

ha..bagus ler 2..
mai ler beramai-ramai ke klang..
destinasi utama sg.udeng hehe..biggrin
sy p0wn kat area c2 jer..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 275
Date:

iRz wrote:

ha..bagus ler 2..
mai ler beramai-ramai ke klang..
destinasi utama sg.udeng hehe..biggrin
sy p0wn kat area c2 jer..




klu nk dtng roger je kt kitorang bole jln2 kg nnti....biggrin



__________________

m_04fe64eb0c69038bc98ba142796271fa.jpgm_71a703a7ee9c2f2a403ee4c6fc8d3346.jpg

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard