- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Yamaha YB100 komunis kecundang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Yamaha YB100 komunis kecundang..


Al kisah

maka tersebutlah kisah di sebuah hutan di hujung selatan Bangladesh..

Ada pun kisahnya ini ialah kisah si Abang rahim dan pak husin yang telah memburu ke sebuah hutan sambil ditemani kambing fidlot dan dua ekor kucing siam nya..

Mereka telah menjelajah ke seluruh hutan untuk mencari akar kayu si tongkat ali bagi mengubati masalah kejantanan mereka yang seringkali mereka hanya mampu tersenyum sumbing pabila si gadis2 yang ayu di Bukit bintang dok asyik tersengih2 melambai2 mereka.

Mereka nekad meneruskan perjalanan ke dalam hutan meskipun mendapat tentangan daripada pihak yang berkuasa Burma dan pihak berkuasa yang menggunakan kuasa bateri sel kering cap angsa..

sewaktu mula mereka tiba ke tempat yang di tuju,sewaktu hujan masih turun dan seluar dalam mereka habis kebasahan,mereka telah menumpang teduh di sebuah rumah orang asli di hutan tersebut..

Orang asli tersebut yang mempunyai set karaoke berjenama JVC dan mempunyai ketuhar gelombang mikro hasil menang cabutan bertuah yang di anjurkan oleh pihak parti politik berhaluan kiri,juga mempunyai sebuah motorsikal yang mana tidak lagi digunakan..Ini kerna beliau telah mempunyai sebuah Yamaha RXZ catalyzer edisi khas(yang mempunyai gambar2 beruk dan juga org hutan),tidak lagi mahu menggunakan motorsikal usang beliau..

lalu beliau berhajat nak menjual nya pada kadar harga yang mampu milik oleh pembelinya walaupun keadaan ekonomi tidak menentu,hujan pula asyik turun,kentut pula tidak mengenal masa,oleh yang demikian,dengan tidak membuang masa dan membuang sampah ke dalam sungai Klang,anda lihatlah sendiri motorsikal tersebut....

 

 

bukan yang ini..ini patung2 orang asli tu..cucu dia punya ujarnya

 

 

yang ini pun bukan..ini lori si fahme burger tu..tapi dengar cerita nak dijual...

 

 

 

yang ini lagi le bukan..ini tukang jahit kusyen motorsikal yamaha RXZ org asli tu...

 

 

 

 

 

haaa..inilah motornya...

Yamaha YB100..

geran baru..tapi cukai jalan nya baru mati 3,4 bulan

enjin baik dan lancar..

keadaan beginilag seadanya...

kalau nak pi masuk cubprix,nak kena le ubahsuai enjinnya..

tapi kalau setakat nak ke surau dan masjid,macam ni pun bolehhh...

 

 

 

 

Motorsikal ini hendak dijual kerna beliau nak pakai wang..

tak pasti le mengapa,mungkin beliau nak beli kambing atau lembu

atau mungkin beliau nak nikah sorang lagi ataupun mungkin beliau nak beli pasu bunga buatan dari negara jepun

 

untuk lebih pertanyaan,sila hubungi beliau di talian:012-536 9820 encik Abi jam tinggi

Harga yang di pinta:Rm2500 boleh la dirunding sampai jadi Batman dan Ultraman..

terima kasih..



__________________

Fahme Burger Teluk Intan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard