- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Blackwater USA


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Blackwater USA


Blackwater USA merupakan syarikat tentera dan keselamatan swasta yang diasaskan pada 1997 oleh Erik Prince dan Al Clark. Blackwater USA dirujuk sebagai pertubuhan keselamatan antarabangsa . Blackwater USA berpangkalan di North Carolina di mana segala latihan dan taktikal ketenteraan mengunakan senjata canggih dan automatik digunakan. Syarikat ini telah melatih 40,000 ahli setiap tahun dari perkhidmatan tentera hinggalah kepada agensi-agensi keselamatan lain. Syarikat ini mempromosikan sebagai syarikat tentera profesional, pasukan undang-undang , keselamatan, keamanan dan syarikat operasi penyelesaian damai di seluruh dunia.

Kini, Blackwater USA merupakan kontraktor keselamatan terbesar di US selain 2 syarikat yang lain. 90 % sumber perolehan daripada kontrak kerajaan yang tidak melalui tender terbuka.

Erik Prince ialah tuan punya dan pengasas Blackwater USA merupakan bekas tentera laut SEAL. Bapanya Edgar Prince mati pada 1995 merupakan usahawan seperti membuat lampu car visor dan lain-lain peralatan. Erik Prince menghadiri Akademi Tentera Laut dan lulusan Kolej Hillsdale dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat George H.W. Bush di White House. Erik Prince menyumbang $200,000 kepada Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan sejak 1998. Beliau turut menyokong George H.W. Bush dan Senator Tom Clurn . Beliau juga berkhidmat sebagai lembaga pengarah Kebebasan Kristian Antarabangsa iaitu sebuah kumpulan tidak berasaskan keuntungan untuk mencetak dan menyebarkan kitab Bible dan makanan secara percuma.

Presiden Blackwater ialah Gary Jackson juga seorang bekas tentera laut SEAL. Sementara Cofer Black ialah timbalan pengerusi.

Blackwater USA mendapat kontrak dari kerajaan Amerika Syarikat untuk menjaga kawalan keselamatan di Afghanistan sejak 2002 . Syarikat ini ditugaskan untuk menjaga dan mengiringi konvoi-konvoi 'syarikat pembinaan semula' Amerika Syarikat di Iraq. Selain itu ditugaskan untuk menjadi pengawas pemasangan, syarikat swasta, komunikasi, petrokimia, syarikat insuran dan lain-lain. Semua tentera kontrak ini diperolehi secara rundingan terus , tanpa sebarang saingan.

Pada 2003, Blackwater USA mendapat kontrak untuk menjaga keselamatan ketua pentadbir awal di Iraq, L. Paul Bremer dengan kos $21 juta selama 11 bulan.

Pada 17 September 2007, lesen operasi Blackwater di Iraq ditarik balik berikutan berikutan tentera keselamatan Blackwater melepaskan tembakan rambang dan membunuh 11 orang awam di Nissor Square , Baghdad . Nissor Square terletak di kawasan yang dikuasai oleh puak Sunni, daerah al-Mansour dan daerah al-Yarmukh .Ketika itu Blackwater ditugaskan mengiringi dan menjaga keselamatan kenderaan konvoi Jabatan Negara Amerika Syarikat yang pergi mesyuarat pada 16 September 2007 .

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Iraq, Brig. Gen. Abdul Kareem Khalaf yang menyiasat insiden itu mendapati tembakan dimulakan oleh kontraktor keselamatan Blackwater. Mereka melepaskan tembakan membabi-buta ke arah orang awam. Tidak ada kematian dan kecederaan di pihak Amerika Syarikat. Malangnya mahkamah Iraq tidak diberi kuasa mendakwa kontraktor keselamatan yang cuai ini. Lebih 200 insiden serupa dilakukan oleh syarikat keselamatan Blackwater.

Pada 18 September 2007 , Brig. Gen. Abdul Kareem Khalaf menekankan kerajaan Iraq menolak kontraktor keselamatan Blackwater sehingga siasatan selesai.

 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:







__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:

info yg menarik

__________________

wa layan big bore jer...

 




Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

syiokkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....


__________________
Balistix JoNn!!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard