- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Menarik


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Menarik


Fadhilat Jumaat



Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

kuku mmg wajib d potong setiap minggu...
baru rase bersih...

__________________
Balistix JoNn!!!


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Nabi Muhammad Gemar Beri Hadiah Kepada Isteri


Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)

Pengikat Kasih, Pendamai Jiwa

Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

Maksudnya;
"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)

Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.

Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga

Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.

Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.

Sumber : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1334-nabi-muhammad-gemar-beri-hadiah-kepada-isteri.html



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Konsert bertentangan kehendak syarak haram - Mufti Perak

IPOH 2 Ogos - Sebarang karnival atau konsert yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram walaupun ia tidak difatwakan.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan, Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum ini mengharamkan konsert Karnival Sure Heboh kerana ia jelas melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara.

``Kita tidak perlu menunggu fatwa, apabila itu sesuatu yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak, ia adalah haram sekali pun ia tidak difatwakan.

``Ini termasuklah budaya berhibur yang keterlaluan seperti yang dipaparkan melalui rancangan seperti Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan sebagainya yang jelas bertentangan dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas Harussani berkata, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Menurut Harussani, setelah beberapa siri Karnival Sure Heboh dianjurkan, program tersebut dilihat banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang masih bersekolah.

Selain lupa tanggungjawab hakiki sebagai seorang Islam, lelaki dan wanita yang bukan muhrim berhimpit-himpit di luar batasan di samping persembahan artis yang dilihat sebagai keterlaluan dari segi pemakaian, tingkah laku dan tutur kata, katanya.

Malah, jelasnya, nyanyian yang disampaikan tidak menepati syariat kerana ia terdedah kepada suasana yang boleh mendatangkan fitnah, unsur-unsur maksiat yang mengghairahkan nafsu, keruntuhan moral dan perbuatan dosa.

Menurutnya, unsur seperti itu sudah jelas bertentangan dengan syariat Islam yang melarang umatnya supaya menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim serta perbuatan yang boleh menggalakkan zina sebagaimana dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis.

``Anak-anak remaja membuang masa dengan melepak di kawasan tempat berlangsungnya konsert dari petang sampai malam sehingga ada yang tidak pulang ke rumah dan paling menyedihkan melakukan perkara-perkara terkutuk.

Di samping itu, kata Harussani, soal kebersihan kawasan juga amat dikesali kerana sampah sarap bertaburan di merata tempat selepas tamat program kerana tiada rasa tanggungjawab di kalangan pengunjung.

Begitu juga aduan daripada para guru tentang kedatangan pelajar pada hari Isnin selepas konsert yang amat menyedihkan.

Bahkan, jika hadir sekalipun, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kerana terlalu mengantuk selepas menyaksikan acara kemuncak Karnival Sure Heboh diadakan pada malam persekolahan, ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar karnival seperti itu dihentikan bagi merealisasikan konsep negara Islam Hadhari yang tujuannya untuk melahirkan satu masyarakat yang ideal, kuat berkerja, berilmu dan taat.

``Ia bukan masalah emosi tapi masalah kehormatan agama dan maruah bangsa,'' katanya.

Sumber:http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive&arc=hive



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

good information

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM" & "AKUM"...???????? Apa maksudnya???


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - Assalamualaikum danJawab salam - Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; WAALAI KUMUS SALAM dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; WAALAI KUM SALAM Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye contoh lerrDan bukannya : Kirim salam kat ZIZAH yer Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti Ko tolong kirim salam maut kat dia yer. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan As Salam yang membawa maksud sama dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan AKUM adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT. Jangan guna Bye keranaBye adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud Di Bawah Naungan Pope. Jangan guna Semekom keranaSemekombermaksud Celaka Kamu. Kepada diri saya sendiri dan umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. Sekian, semoga ada manfaatnya. Wassallam



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

thanx foir sharing.....good informations

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?


Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Adab-adab menuntut Ilmu

1. IKHLAS NIAT

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

3. MENJAUHI MAKSIAT

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH

6. MENJAGA KEHORMATAN

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA

8. MENGHORMATI GURU

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI






__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Perumpamaan Manusia Dalam Quran

Bagi manusia yang lalai dan tidak bertanggungjawab terhadap potensinya serta tidak menyedari atau memahami potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di antara akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga ia serupa dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.

Apabila potensi ini digunakan dengan baik melalui ibadah dan amal saleh, maka ia akan berbahagia. Sebaliknya jika potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan status yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah dan keldai.

Anam (seperti binatang ternak)

Manusia diberi hati, mata dan telinga untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya maka sama sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi seperti yang dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang ternak.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-Araf, 7: 179 )

Manusia sering menuruti hawa nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan tidak mendengar dan tidak memahami firman Allah.

Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu. (Al-Furqan, 25: 43-44)

Kalb (seperti anjing)

Allah berikan hawa nafsu kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu, manusia mempunyai cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.

Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu mengendalikan nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut hawa nafsu mereka.

Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya. (al-Araf, 7: 176)

Qird (seperti kera)

Mereka yang tidak beramal saleh dan fasik mendapat balasan yang lebih buruk iaitu dikutuk dan dimurkai oleh Allah. Ayat 160 daripada surah al-Maidah menyebut tentang perumpamaan terhadap orang fasik (yang disebut pada ayat sebelumnya dalam surah tersebut) sebagai kera dan babi.

Katakanlah (Muhammad), Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut. Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. (al-Maidah, 5: 60 )

Khinzir (seperti babi)

Dalam ayat 160 surah al-Maidah seperti di atas juga menyebut perumpamaan seperti babi terhadap orang-orang fasik. Babi adalah makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian kepada manusia, dan ia memiliki berbagai karakter yang tidak baik. Manusia bagaikan babi adalah manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tidak baik.

Maksud hadith;

Dari ibnu masud RA beliau berkata, RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia merupakan binatang yang dialihrupakan oleh Allah? beliau menjawab, Allah tidak membinasakan suatu kaum, atau beliau mengatakan, Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum lalu menjadikan mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan babi ada sebelum itu (HR Ats-Tsauri)

Hijarah (seperti batu)

Mereka yang keras hatinya sehingga ingkar dan tidak mahu menerima perintah Allah diumpamakan seperti batu bahkan lebih keras lagi. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran yang menyifatkan sikap bani Israil yang degil dan ingkar arahan Allah melalui rasulNya, nabi Musa.

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan. (al-Baqarah, 2: 74)

Ankabut (seperti labah-labah)

Manusia sering angkuh dan sombong dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka berbangga dengan pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada perkara yang boleh membinasakan mereka.

Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun ternayata dia tidak dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa.

Hanya Allah merupakan pelindung yang paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia mencari pelindung selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan dan amat lemah.

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut, 29: 41)

Hemar (seperti keldai)

Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah diibaratkan seperti keldai. Mereka telah diberikan panduan tetapi tidak mengambilnya. Suatu kerugian yang besar bagi manusia yang telah mengenal Allah tetapi kemudian mendustakannya.

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustkan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Jumuah, 62: 5)

Khasyab (seperti kayu)

Manusia sering bersikap tidak jujur dan hipokrit. Mereka hanya mengejar dunia dengan kemewahan, keseronokan dan kecantikan yang bersifat sementara. Nilai ini dianggap penting dan dipandang tinggi oleh manusia tetapi ianya bukan suatu yang bermakna di sisi Allah SWT sehingga Allah umpamakan seperti kayu.

Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh yang sebenarnya maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari kebenaran? (al-Munafiqun, 63: 4)

http://ustazazhar.net/v01/perumpamaan-manusia-dalam-quran/



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard