- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Menutup Aurat Bagi Perempuan Muslim


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Menutup Aurat Bagi Perempuan Muslim


PETIKAN KHUTBAH EIDUL ADHA 16 NOV 2010/ 10 ZULHIJJAH 1431

by Ustaz Hashim Al-Maranji on Wednesday, November 17, 2010 at 9:32pm


Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Ahzab:

 

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.

 

Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani Sesuai dengan kedatangan nabi Muhamamd s.a.w pembawa rahmat kepada sekalian alam maka jasa baginda terhadap golongan wanita begitu banyak yang menukar pandangan masyarakat yang dulu menganggap wanita setaraf dengan syaitan, binatang, hamba abdi kepada kedudukan yang tinggi sehingga perkara ke -[4] nabi menyentuh berkaitan kewajipan menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula wanita sendiri yang rela maruah mereka dilacurkan dengan mendedah aurat dan bergaul bebas sehingga keadaan akhlak semakin parah. Apa yang lebih malang jasa nabi seperti dilupakan apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w dalam Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu di mana kebanyakan yang terlibat sebagai peganjur adalah beragama Islam. Pertunjukan itu bukan sahaja tidak menutup aurat dengan sempurna malah menghina nabi Muhammad di pakaian seksi mereka dengan menamakannya sebagai Islam seolah-olah meghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah demi menjaga hati musuh Islam. Mereka yang terlibat belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam sehingga hari ini. Mereka sepatutnya takut kepada Allah dan azabnya yang begitu dahsyat disamping malu kepada masyarakat barat sendiri yang mula merasai bagaimana pakaian seksi dan menjolok mata boleh menyebabkan masalah kerosakan akhlak dan merebaknya kes jenayah. Kita dapat baca berita terbaru di mana ada sebuah Bandar persisiran pantai di Itali akan menyaman sehingga RM 2000 kepada mereka yang memakai skirt pendek atau menjolok mata sedangkan kita di sini rasa malu dan rimas menutup aurat.




__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Aurat lelaki dan perempuan wajib dipelihara

Ahmad Baei Jaafar


Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.

Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.

1. Sewaktu seorang diri - auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram - auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi  - auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) - auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja - auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.

Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.

Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.

Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.
Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri - auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram - auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi - auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat)  - auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

Posted on the December 11th, 2009

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.


Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, Aurah yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain qubtiyyah (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu. Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).


http://berita-harian-online.com/menutup-aurat-bukan-sekadar-pakai-tudung/



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

study nih

__________________

-ikmall-

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard