- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: VAT 69


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
VAT 69





TAHUN 2009 ini genap 40 tahun penubuhan pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69. Kisah perjuangan, suka duka, perit maung skuad kebanggaan nusa bangsa sering menjadi ingatan dan sama sekali tidak dilupakan.

Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dibiarkan kerana satu ketika dulu nama VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 cukup ditakuti komunis.

Skuad itu digelar komunis sebagai Lok Kow bermaksud 69 dan digeruni kerana kehebatan mereka menjejak pengganas dan bertempur di hutan.

Hakikatnya, menjejaki komunis di hutan belantara memang sukar. Mereka juga mempunyai pasukan risikan, mendapatkan maklumat mengenai pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Menariknya, bagi pasukan VAT 69, mereka sentiasa diajar supaya berfikir bagaimana menjadi komunis, bagaimana bertindak melarikan diri dan mendapatkan maklumat kerana melalui pendekatan itulah lebih mudah mereka menjejak pengganas.

Melalui pendekatan itu, mereka mempunyai kelebihan dan lebih bijak mengatur gerak sekali gus menggerunkan pengganas kerana gerak langkah mereka adalah hampir sama. Sudah pasti kumpulan awal penubuhan VAT 69 dianggap pelopor kejayaan gemilang mereka.

Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan.

Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak, Perak pada 1975 dan sebagai tanda memperingati jasanya, sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding, Grik, Perak dinamakan sebagai Kem Zabri.

Menyingkap kisah tragis itu, seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran itu, Sallehuddin Omar, 58, menegaskan peristiwa itu seolah-olah berlaku semalam dan semangat perjuangan rakan sepasukan tidak pernah pudar hingga ke hari ini.

Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika Zabri yang digelar bos oleh anak buahnya menghembuskan nafas terakhir. Semuanya menitiskan air mata kerana kehilangan pemimpin disayangi. Hingga kini, jika bercerita mengenai Zabri, pasti menitiskan air mata.

Detik perjuangan mereka bermula apabila tiga patrol diketuai Ismail Daud, Mail Rantai, Wan Tahar dan Sheikh Ismail, ditugaskan menggagalkan cubaan komunis meletupkan satu empangan di Perak. Selepas hampir tiga bulan berada di hutan, satu pasukan bantuan ditugaskan menghantar bekalan makanan.

Malangnya, empat anggota yang menaiki bot diserang hendap dan dibunuh kejam dengan mayat mereka dikelar dengan pisau oleh komunis.

Pasukan VAT 69 kemudian mengesan kedudukan khemah musuh berhampiran Grik pada 3 September 1975. Sebelum itu, mereka kehilangan jejak komunis dan ketika tiba di satu kawasan tanjung untuk mendapatkan bekalan air bersih, penjejak laluan ternampak musuh di kawasan sama.

Serentak itu, tiga patrol terdiri daripada 18 orang bergabung dalam barisan panjang, semua berpecah mengambil kedudukan bertempur hebat dengan komunis dianggarkan antara 30 hingga 40 orang.

Pertempuran itu mengorbankan 18 orang dan dua anggota VAT 69 parah iaitu Aziz Idris dan ketua patrol, Sheikh Ismail.

Peluru bertaburan macam hujan, nak angkat kepala pun tak boleh, peluru lalu atas kepala. Kami menyerang guna bom tangan. Selepas 45 minit bertempur, terdengar jeritan bawa ke sungai dan kami percaya komunis bawa lari rakan tercedera ke laluan sungai supaya jejak sukar dikesan, katanya.

Ketika bertempur, operator perhubungan, Ahmad Dahlal Hashim, mendapatkan bantuan Zabri yang ketika itu mengetuai pasukan lain di kawasan berdekatan. Disebabkan hujan lebat dan jaraknya jauh, pasukan Zabri tiba di kawasan pertempuran pada awal pagi keesokannya.

Selepas pertempuran selesai, VAT 69 menemui bekalan termasuk senjata dan makanan dan merampas rampas bom, pelancar roket, makanan dipercayai untuk projek khas meletupkan empangan.

Sebaik tiba, Zabri mengarahkan pasukan menghala ke tempat pendaratan helikopter yang jaraknya kira-kira sehari perjalanan bagi mengeluarkan anggota tercedera mendapatkan rawatan.

Zabri arahkan kami jangan mengejar komunis kerana bimbang terkena perangkap samar dan minta tumpukan kepada misi membawa anggota keluar. Beliau sering mengingatkan jangan sesekali tersalah langkah terpijak jerangkap samar yang biasa dipasang di denai binatang.

Komunis gunakan jerangkap bom dipasang bateri, dibungkus plastik supaya tidak rosak dan tahan lama. Malangnya ketika dalam perjalanan, Zabri sendiri yang terkena. Beliau bersama penjejak Orang Asli, Bahuda berada di depan, manakala penjejak Apot, berada di belakang kerana kepenatan bertempur.

Ketika melintasi kawasan sungai, mungkin Zabri terlupa dan memang ajalnya sudah tiba, beliau terpijak akar kayu yang dipasang perangkap bom. Letupan kuat berlaku dan saya dengar Mail Rantai jerit habislah...bos dah kena

Bos putus kaki kanan, tetapi masih sedarkan diri, darah banyak mengalir. Walaupun kesakitan, beliau tetap semangat, masih fikirkan pasal berjuang, naikkan semangat anak buah supaya tidak mudah menyerah, katanya.

Mereka membuat keputusan melalui laluan lain kerana percaya komunis akan menunggu di mana-mana tempat dan akan menyerang ketika dalam perjalanan.

Zabri dibawa keluar menggunakan pengusung dan pakar perubatan pasukan, Abdul Rahman Sabden, merawatnya sepanjang perjalanan.

Bos menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke tempat helikopter. Ketika itu, semua anggota kaku, menangis, tak tertahan melihat ketua yang dedikasi, bersemangat meninggalkan kami. Hingga sekarang kami akan kenang kejadian itu, katanya.

Ketika tiba di tempat pendaratan helikopter, mereka mendapat bantuan daripada Rejimen Komando Gerak Khas (RGK) dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat serangan udara di tempat disyaki.

Anggota keselamatan yang berada dalam hutan dikumpul di tempat selamat dan serangan udara berlaku dua jam tanpa henti. Pasukan RGK kemudian meneruskan operasi darat bagi menghapuskan saki baki komunis di kawasan berkenaan.

Info: Anggota Platun 1 ke platun 2









  • Jamil Othman
  • Ahmad Dahalal Hashim
  • Chin Hajeed
  • Che Meh (Allahyarham)
  • Abu Seman
  • Sallehuddin Omar



Anggota Platun 1 ke platun 3.

  • Mohd Zahid Shamsuddin
  • Rasidi Jamaluddin
  • Ibrahim Che Mat
  • Abd Aziz Idris (Allahyarham).


    Sumber: Berita Harian



__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

ganas story mory nihh

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:

sikalang mana mau lapat itu komunis .. semuo sula lali dalam bandar masuk itu politik ..

__________________



Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

maner plakk masih ader lagi kehek dkt hutan gua musang tuu.. klau kua nanti kene plak bedil sebb tu duduk jer la jadi org asli dekat dalam utan tuuu

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:
RE: VAT 69 ...


tahniah kepada PDRM..kerana membentuk satu unit komando...69..polis...yg diakui..di persada..antarabangsa...dan melahirkn anggota2 yg sanggup berkorban untuk negara..

__________________

PEACE NOT WAR..



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
RE: VAT 69


nanti aku uploadkan logo vat69

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

confuseaku tunggu gak logo nihhconfuseconfuseconfuse

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

dah bagi kat big boos kite ni.....ntah bila die nak uploadkan.....aku punye usb rosak


__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

sabo..sabo...nak upload pic ikmal pegang lmg sekali..

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Lambang Vat 69




__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

tq ozal5speed sebab sumbangkan info.....

__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

peehhhh aku minat la tgk logo niee
lawa tu bagi aku laa

siap guna tombak dgn kerambit tuu
memang ganas laaa

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

[[WARISAN DARAH PERWIRA]]


__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

nie kalau tak silap UTK nie.........
komando 69 tak pakai baju cam nie,jarang la....
die pakai baju hijau....berry kelabu


450px-69sejarah.jpg

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

salute satu kali

__________________

-ikmall-



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

amacham.....ok ke...

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

aku ok je jal,salute saty kali,kasi belanja gambar la jal,mana ckup nie,hehe

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:






__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:



-- Edited by zackbikers on Sunday 24th of January 2010 05:40:12 AM

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

bere kelabu?

bere tu sand brown same seperti unitt yang mengajar VAT 69..iaitu SAS..
satu satu nye unit di Malaysia..

SAlute la VAT69...aku kagum gile la...
tapi cerita cerita or gambar VAT69 biase nye susah nak dapat...even cari dalam tenet tak banyak...mungkin sebab VAT69 ni terlalu sulit....

Komando dalam ATM banyak plak info dan gambar...tapi VAT69 ni..susah....berita pasal die orang pun tak banyak..hmm apa pandangan otai

__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

VAT: Very Able Trooper..

nanti kita cari jawapan pada soalan tu sama2?


__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

betul gak tu ,baru sy terfikir benda nie.....

__________________

-ikmall-



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

ok bro..

memang skit je dapat Info pasal VAT69 dalam internet ..dah try cari..tahap kerahsiaan dan ke profesinalan die orang ni tinggi sangat kot....ha3...mungkin sebab ini lah kot kem zabri iaitu kem zabri terletak di tasek banding...gile dalam hutan tu..hua3

__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

KEM ZABRI?

__________________

-ikmall-



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

Klang mengganazz wrote:

KEM ZABRI?



ade dalam cite kat atas...aku copy paste balik..he3

Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan.

Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak, Perak pada 1975 dan sebagai tanda memperingati jasanya, sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding, Grik, Perak dinamakan sebagai Kem Zabri.

 



__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:



nih dekat Tasik Banding la, tapi tak pasti pulak kalau ni Kem Zabri sebab ada media skali..



doku pasal Vat69..hehe tapi aku sendiri tak tengok lagi

__________________
Langit Sasaranku


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

mainpix1.jpg

rugged tak? SOF

9. Saya pernah diceritakan mengenai ujian saringan 3 peringkat itu dan setakat ini belum ada penafian yang dibuat. Peringkat pertama adalah dengan mencabut kepala ayam jantan tanpa menggunakan apa-apa alatan. Peringkat kedua adalah dengan mengambil semula ponco yang diikat pada pokok yang tinggi diwaktu malam dan berjaya pulang semula ke pengkalan dalam waktu yang ditetapkan. peringkat ketiga adalah tidak bercakap walau sepatah pun dalam masa seminggu. Sepatah saja perkataan terkeluar, maka mereka digugurkan dari peringkat saringan. ujian-ujian itu seperti mudah didengar tetapi sangat sukar untuk dilakukan disamping ujian-ujian kecergasan dan IQ yang diadakan dari masa ke semasa sepanjang saringan. hanya 40% yang berjaya diperingkat saringan dan dari jumlah itu, hanya 20-25% yang berjaya menamatkan latihan

http://hikmahbuku.blogspot.com/2010/08/spear-and-kerambit-vat69.html

__________________
Langit Sasaranku


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Pasukan VAT 69 diwujudkan ekoran peristwa berdarah pengganas komunis menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan iaitu anggota polis hutan di Jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.

Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Anggota2 keselamatan yang terkorban itu telah dikorek biji mata dan di kerat kemaluan oleh pengganas komunis.


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

ha3 baru sudah tgok History Channel : Al-Maunah....

vat 69 terlibat jugak dengan gerakan menumpaskan Al-Maunah...tapi tak berapa digembar-gemburkan...taniah kepada komando 69 razak....baru hari ni la aku tahu dalam kes Al-Maunah...sumbangan Komando 69 teramat besar...walaupun tidak dicanang dan didendang

Warisan Darah Perwira

__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard