- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perkahwinan menurut Islam


Guru

Status: Offline
Posts: 661
Date:
RE: Perkahwinan menurut Islam


wah biar betul sukun ni . nampak mcm lelaki sejati. rupanya ader yang tersirat hehehhehehhe

__________________
m_da075a7989c14e99bdd493bfdb6e9f9f.jpg


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:

aper pun boss lawa songkok tuu....

kehekk ko naik motot tu panas ker cover line punyer pasal

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

FASAKH


Pengertian Fasakh

Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika
akad @ terdapatnya kecacatan pada isteri @ suami.

Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula hendaklah dengan akad
yang baru.

Fasakh boleh berlaku kerana :

(a) terdapatnya kecacatan ketika aqad spt tidak menepati syarat-syarat pada Rukun Nikah.

(b) terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami/isteri



Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh (disebabkan oleh suami/isteri)

(a) suami tidak memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, atau tidak membayar mas kahwin isterinya.

(b) tidak diketahui kedudukan suami, sama ada masih hidup atau mati selama bertahun-tahun lamanya.

(c) salah seorang daripada suami atau isteri menjadi cacat sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum syarak.

(d) murtad salah seorang daripada suami atau isteri atau kedua-duanya.

(e) masuk Islam salah seorang daripada suami atau isteri dan tidak diikuti oleb seorang lagi dalam masa idah.

(f) berlakunya persetubuhan syubhat disebabkan salah sangka.

(g) suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan isteri
dengan baik dan adil.

(h) tidak bernafsu sebagai seorang lelaki

(i) kecacatan syarie pada suami dan isteri

(j) Suami mempunyai penyakit yg merbahaya spt AIDS, SARS, JE, Siplis dsb.



Hikmah Fasakh

1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh suami.

2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.

3. Memberi peluang isteri berpisah drp suaminya dan memulakan hidup baru.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai. (Riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami No. 660, 661)



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Firman Allah

Surah An-Nisaa Ayat 34: Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.



__________________
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard