- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kereta Kebal


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
RE: Kereta Kebal




ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai kenderaan perisai Adnan bersempena Adnan bin Saidi, seorang perajurit askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik tempatan. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang. Rekabentuk Adnan ACV-300S adalah berasaskan kepada rekabentuk kenderaan ACV-300 yang dikeluarkan oleh FNSS untuk tentera Turki. Kenderaan ini berasaskan kerangka teruji yang digunakan untuk kenderaan perisai M113 Tentera Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas seluruh dunia. Adnan ACV-300S berkebolehan melakukan operasi amfibia merentasi sungai dan lain-lain halangan air.
 
Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawah dengan jarak yang lebih jauh. Kenderaan ini adalah amfibia sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi & kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap.
 
Adnan ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan. Adnan ACV-300 juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grened Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2. Ia dilengkapkan dengan mesingan berat FN-Herstal 12.7mm dan mempunyai Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem amaran laser dan pelancar grenad 76 mm. Sebilangan Adnan dilengankan dengan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal, Bhaktar Shikan. ACV-300 merupakan salah satu keluarga kenderaan berperisai oleh syarikat Turki FNSS, mengandungi kelainan kenderaan tempur infantri (IFV) dan kenderaan pengangkut berperisai (APC). ACV-300 dibina berasaskan AIFV Amerika Syarikat.  Kenderaan ini sedang berkhidmat di Turki, Amiriah Arab Bersatu dan Malaysia.
 
Malaysia mempunyai 211 ACV-300 mengikut variasi berikut:
 
1) 72 IFV Turet krew tunggal dengan mesingun M2 Browning
2) 31 IFV dengan Sharpshooter one-man turret dibangunkan bersama oleh FNSS dan BAe Systems, dilengkapi dengan 25mm M242 Bushmaster
3) 25 kenderaan ambulan
4) 24 kenderaan komandan
5) 13 kenderaan semboyan dan komunikasi
6) 13 IFV Turet krew tunggal dengan pelancar grened MK 19 Grenade Launcher
7) 10 kenderaan pembawa motar 81 mm
8) 8 kenderaan anti-perisai yang dipasang dengan pelancar misil anti-perisai buatan Pakistani Baktar Shikan
9) 8+7 kenderaan jurutera dan baikpulih
 
Malaysia juga telah membuat pesanan tambahan dengan 48 unit ACV-300 dan lapan variasi ACV-S. Lapan variasi ini dipasangkan dengan 120 mm mortar

 



__________________


Vice Presiden

Status: Offline
Posts: 336
Date:

Russia ada develop tank baru untuk beat M1A2 Abrams..

expeditionary_tank.jpg

Mcm ni la kot rupanya.. Russia pun blom bg wa info apa2 psl tank baru nih.. Nanti wa try amik info kt Uralvagonzavod.. Mana la tau kalo derang bole kaw tim.. hehehe..evileye
Tapi yg pastinya tank ni pkai 135mm or 152 main gun.. Bersepai kalo tembak hanjing.. hahahabiggrinbiggrinbiggrin


__________________



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

apa nama tank rusia tu bro? ganas semacam jek..

__________________


Vice Presiden

Status: Offline
Posts: 336
Date:

Officially nama blom di confirmkanconfuse tapi media panggil T 95...

-- Edited by yp kuning on Wednesday 17th of February 2010 01:13:32 PM

__________________



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

yp kuning wrote:

Officially nama blom di confirmkanconfuse tapi media panggil T 95...

-- Edited by yp kuning on Wednesday 17th of February 2010 01:13:32 PM




wah...yg wa tau rusia punya t90 yg latest....



 



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

haiiyoo ini macham pt 91 xbley cri makan la,haha

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:







































__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

MAF Condors






__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

tu dia gamba baru.cunn..

__________________

-ikmall-



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

zackbikers wrote:

ni kereta kebatPT-91M atau pendekar yang atm beli....

banyak gak kontrovesi pasal keta kebal ni tapi ni la keta kebal terbaik dirantau ni....



lagipun amx dah lama dengan atm...

amx pun kena berenti kalau nak menembak berbanding pendekar yg boleh terus bergerak dan menembak sasaran

patut beli M1A1 / M1A2 Abrams yg lebih canggih tapi maybe mahal sangat kot??


-- Edited by zackbikers on Thursday 16th of April 2009 01:16:40 PM



M1A1/M1A2 ni kuar mencekik darah...jadi logistik perlu berada dengak kereta kebal beroperasi....lagipun kereta kebal (tank) ni berat sangat tak sesuai guna kat Malaysia...6t tenggelam dalam sawah plak..jadi sasaran mudah....pastu tahu saje lah US....macam2 sekatan die bagi....ni la tu la...ape la......yang pasti mahal...


isu yang timbul pasal PT-91M ialah ade orang cakap tank tu tank buruk yang di jual kepada malaysia...biase la...macam isu Scorpene dan EC725..ade je tak kena..semua duk sibuk.

 



__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

tpi dengar kata armor nak amik tank baru untuk menggantikan condor,8x8 nama tank tu.

__________________

-ikmall-



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

yap..pandur kalau tak silap...tapi baru LOI kan....ni kerjasama macam adnan gak..dengan syarikat turki.....kalau tak silap la..he3..

__________________
SI VIS PACEM, PARA BELLUM


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

exactly bro.ngn company turki. PARS 8x8

__________________

-ikmall-



Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

zackbikers wrote:



klau x silap kereta perisai ni la yg diguna utk selamatkn askar Amerika terperangkap dkt Mogadishu,Somalia btl x

 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

betul......condor...

siap kena tembak ngan rpg hingga mengorbankan nyawa seorang perajurit kita....

ni pic condor yg guna kat sana....cat putih..


ni Malaysian Radpanzer Condor 4 x 4 Twin GPMG yg kena tembak tu..


kedua dari kanan:  Kpl Mat Aznan, yg terkorban ketika memandu MALBAT's Radpanzer Condor. 7 anggota MALBAT yg lain cedera.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

M1 Abrams

harga menatang ni je US5 juta...

nak overhaul ngan refurnish balik US1 juta....




__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

die punyer turet tu yang gempak bro .ley adjuz g atas n bawah.ganaih2

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

sebab tu Abram M1 dpt no 2 top ten tank dlm military channel..

tp kira tank moden dia no 1 la...






__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

zackbikers wrote:

betul......condor...

siap kena tembak ngan rpg hingga mengorbankan nyawa seorang perajurit kita....

ni pic condor yg guna kat sana....cat putih..


ni Malaysian Radpanzer Condor 4 x 4 Twin GPMG yg kena tembak tu..


kedua dari kanan:  Kpl Mat Aznan, yg terkorban ketika memandu MALBAT's Radpanzer Condor. 7 anggota MALBAT yg lain cedera.



ada yg terkorban rupanya askar kita dkt Somalia ingtkn askar U.S saja

 



__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

tpi yang byk mati aska US la.padan muke

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

mameck wrote:

 

zackbikers wrote:

betul......condor...

siap kena tembak ngan rpg hingga mengorbankan nyawa seorang perajurit kita....


ada yg terkorban rupanya askar kita dkt Somalia ingtkn askar U.S saja

 





ada yg terkorban....

askar us penakut...ikut report dari pengaman kita la...

yg selamatkan askar us dalam black hawk yg terhempas tu askar malaysia...
askar pakistan escort konvoi bantuan setengah jalan jer..

dalam citer black hawk down kat wayang tu penipu jer...

biasa la us semua nak jadi hero..walaupun terkucil dalam seluar ketakutan...

cakap je besar sebab nak cover kelemahan diri..

 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


RADAR PENJEJAK UNTUK PELANCAR PELURU BERPANDU ANTI PESAWAT... MILIK RUSIA

__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

malaysia xda lagi kan teknologi nie...

__________________

-ikmall-

«First  <  1 2 3 4 | Page of 4  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard