- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Senjata Api


Admin RD CLUB - HQ, Shah Alam & Kuala Selangor

Status: Offline
Posts: 447
Date:
RE: Senjata Api


bang zam.... Bazoka xde ke.... sy paling minat bazoka.. klu bley try mmg syoookkk Woooo.... evileyeevileyeevileye

__________________

CINTA TIDAK B'WAJAH.. ENJIN TIDAK B'NYAWA..



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Bazooka ni kira anti amour dan anti bunker (anti benteng pertahanan). Bazoka ni kira roket launcher mudah alih. Paling glamour masa perang dunia ke 2 ialah M9 Anti-tank Rocket Launcher.








__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

2 dia bazooka da kua pulak...
skali shoot...
mampos sumeee....
akakakak

__________________
Balistix JoNn!!!


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

ok berita terima over,bia pecah perut jgn pecah mulut,tgu dan liha,hehe,kita tgk cpe yang kene tembak

__________________

-ikmall-



Admin RD CLUB - HQ, Shah Alam & Kuala Selangor

Status: Offline
Posts: 447
Date:

joNn5speed wrote:

2 dia bazooka da kua pulak...
skali shoot...
mampos sumeee....
akakakak




 Hahahaha...... bestnyer.... bang zam, cari la yg t'kini pny ke... yg ade attack n radar tok tembak helikopter kat udara... nie klu kene org, bkn hancur lagi dah.. Hehe... biggrinbiggrinbiggrin



__________________

CINTA TIDAK B'WAJAH.. ENJIN TIDAK B'NYAWA..



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


M4

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 3912
Date:

2 dia m4 idaman...
betukar2 rupe pulek...

__________________
Balistix JoNn!!!


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

m4 ni kalau bandingkan dengan ak47...

power lagi ak47.....

ak47 banyak kelebihan...

tapi kelebihan rupa fizikal lebih pada m4 sebab nampak cool siut..

__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:


APE NI MR.PRES.....INI TIDAK ADIL....
citer pasal senjata berat-berat je.....
citer la plak pasal senjata ringan baru best....
kite tempur C.Q.B pulak...amacham
hk53a3.jpgModel15.jpg
pdrmlogo.jpg
 
 
69logo.jpgl_50c1a6944fac423eb7bc49ea11638659.jpg

polisevosticker1.jpg
                  
                                                                                                         



-- Edited by o5zal5speedo on Monday 4th of May 2009 06:22:15 AM

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

o5zal5speedo wrote:

 


APE NI MR.PRES.....INI TIDAK ADIL....
citer pasal senjata berat-berat je.....
citer la plak pasal senjata ringan baru best....
kite tempur C.Q.B pulak...amacham
hk53a3.jpgModel15.jpg
pdrmlogo.jpg
 
 
69logo.jpgl_50c1a6944fac423eb7bc49ea11638659.jpg

polisevosticker1.jpg
                  
                                                                                                        

 


hahahaha......Close Quarters Battle

bukan tak nak....cuma light amunition ni banyak diperbuat kat Israel yg gempak2....

macam Desert Eagle ngan Uzi....

tu made in Israel...

tapi takpe...kita bincangkan jugak nanti....

ada member aku David dari Alaska baru tunjuk aku koleksi senjata dia...
bapak dia bukak kedai senjata dulu tu yg dia banyak senjata simpan balance2..

nanti aku upload gambo kat sini...

 



__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

ALA,JANGAN LA CITER PASAL DESERT EAGLE,CITER LA PASAL WALTER KE....TU PISTOL JAMES BOND TU.....KALAU .38 TU BUATAN AMAREKA....TU PULAK PISTOL CHE EMBON...KALAU GLOCK TU BUATAN JERMEN....TU PULAK PISTOL JE-BOND

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:

jenis wesson&smith,revolver,glock,beretta pown k bang

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

o5zal5speedo wrote:

ALA,JANGAN LA CITER PASAL DESERT EAGLE,CITER LA PASAL WALTER KE....TU PISTOL JAMES BOND TU.....KALAU .38 TU BUATAN AMAREKA....TU PULAK PISTOL CHE EMBON...KALAU GLOCK TU BUATAN JERMEN....TU PULAK PISTOL JE-BOND




tapi desert eagle tu best....

walau buatan israel....

nak buat camne...

israel ngan us conquer perdagangan senjata dunia....

desert eagle tu memang aqurate la sebab dia .44 ngan .357


gold desert eagle....ni simpan dalam kaca je la...

 



__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:

zackbikers wrote:

o5zal5speedo wrote:

ALA,JANGAN LA CITER PASAL DESERT EAGLE,CITER LA PASAL WALTER KE....TU PISTOL JAMES BOND TU.....KALAU .38 TU BUATAN AMAREKA....TU PULAK PISTOL CHE EMBON...KALAU GLOCK TU BUATAN JERMEN....TU PULAK PISTOL JE-BOND




tapi desert eagle tu best....

walau buatan israel....

nak buat camne...

israel ngan us conquer perdagangan senjata dunia....

desert eagle tu memang aqurate la sebab dia .44 ngan .357


gold desert eagle....ni simpan dalam kaca je la...

 




 NIE PULAK KEGILAAN BUDAK-BUDAK D7 KAT SELANGOR NIE,(GLOCK 19)BUATAN AUSTRIA.....SEMALAM SALAH TULIS BUATAN JERMAN,PATUTNYA HACKLER&KOCH@HK TU BUATAN JERMAN 




20080630015813!GLOCK_19.JPG



__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Glock....

D7 pakai Glock? Sama macam Bank Negara punya polis ler..tp tak tau model apa...
kalau Glock 19 jenis compact dari model 17

Swedish Army pakai Glock 19 ni tahun 1990

kalau dalam citer Bad Boys Part 2 Will Smith pakai double Glock masa tembak org jahat...

Glock 17 rasanya...9mm



Glock 17


Glock 19


Glock 19c in action




__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


M4A1 with holographic sight

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Vektor SP1/SP2

Pada 1992 Vektor (sebuah bahagian kecil syarikat DENEL Afrika Selatan) menghasilkan versi 9mm yang lebih baik daripada pistol Z-88 (pistol tiruan Beretta 92F tempatan), yang dikenali sebagai Vektor SP1. Tidak lama kemudian, Vektor turut memperkenalkan versi kaliber .40 S&W SP1, yang dipanggil SP2. Kedua-dua versi masih dieksport ke Eropah dan Amerika Selatan. Pistol SP-1 kini masih lagi digunakan oleh angkatan tentera Afrika Selatan.

Tak silap GGK pun pakai Vektor selain MP5.






__________________


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

abng pes bom tangan xnak ceriter ker tntu ramai yng ingin tahu

__________________
avatar.img?ID=172846      


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

chikut wrote:

abng pes bom tangan xnak ceriter ker tntu ramai yng ingin tahu



booleh..... smile

 



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Boom.....
bom byk jenis



__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Bom tangan merujuk kepada bom yang dipegang dengan tangan, untuk dilontar oleh askar. Perkataan bom tangan dalam bahasa Inggeris - "grenade" berasal dari bahasa Sepanyol bagi perkataan granada (delima pomegranate, merujuk kepada saiz umum bom tangan awal, dan kerana kandungan serpihan tajamnya meningatkan mereka kepada biji dalam buah delima. Gelaran Grenadier berasal dari kumpulan askar yang khusus dalam melempar bom tangan. Sesetengah bom tangan direka untuk ditembak oleh pelancar bom tangan.



Reka bentuk dan kegunaan

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bom tangan, untuk tujuan yang berlainan, tetapi kesemuanya mempunyai dua benda yang sama. Pertama, ia berongga agar dapat diisi dengan bahan letupan atau pengisi kimia. Kedua, ia mempunyai liang yang membolehkan fius di skrew atau dimasukkan.

Bom tangan pada asasnya adalah bom kecil, tetapi berfungsi serupa dengan mercun mudah. Mercun dibuat daripada ketulan kertas yang diisi dengan ubat bedil dan mempunyai fius kecil. Apabila fius dinyalakan, ia terbakar sehingga pada serbuk ubat bedil dan meletup berkecai. Bom tangan berfungsi dengan cara yang sama, perbezaan penting adalah fius bom tangan dinyalakan oleh peranti mekanikal dan bukannya dengan menggunakan mancis.

 

Ciri-ciri

Bom tangan berkongsi tiga ciri-ciri yang sama:

  • Jarak penggunaan yang dekat.
  • Kawasan pembunuhan berkesan yang kecil.
  • Unsur penangguhan yang membenarkan lemparan selamat.

Bom tangan mempunyai bahagian utama seperti berikut:

  • Badan -- mengandungi pengisi dan dalam kebanyakan bom tangan juga mengandungi serpihan.
  • Pengisi -- bahan kimia atau letupan dalam bom tangan, yang menentukan kegunaan bom tangan dan ciri-cirinya.
  • Fius -- membolehkan bom tangan berfungsi dengan menyalakan atau meletupkan bahan pengisi.

 

Menggunakan bom tangan

Bom tangan klassik mempunyai pemegang dan pin keselamatan boleh alih yang menghalang pemegang daripada tanggal. Selepas menyingkirkan pin keselamatan dan seterusnya melepaskan pemegang, bom tangan akan meletup dalam tempoh empat saat.

Apabila menggunakan bom tangan, matlamatnya adalah membiarkan bom tangan itu jatuh dengan tempoh yang singkat agar musuh tidak sempat melempar ia kembali.

Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.
Nota: Tentera Amerika Syarikat dan NATO moden tidak dilatih "melengahkan" bom tangan dengan cara ini, disebabkan bahaya letupan di tangan sekiranya tentera itu terganggu atau ditembak.

Salah satu kesilapan klassik adalah memegang bom tangan dalam tangan lemah, menarik pin dan kemudiannya melontar pin itu. (Kesilapan ini merupakan kemestian bagi karton kelakar mengenai perperangan.)

Satu lagi kesilapan klassik adalah kegagalan untuk menggenggam pemegang, dan menarik pin. Dalam kes ini, bom tangan mungkin meletup semasa mengira masa untuk melempar.

Langkah keselamatan asas adalah sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Dengan itu, sekiranya berlaku kesilapan, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan.

Apabila bom tangan diluar kawalan, jeritkan "grenad." Apabila bom tangan dijatuhkan kedalam kawasan tertutup seperti terowong, yang menjatuhkan bom tangan tersebut mesti menjerit "Fire in the hole!" untuk memberitahu rakannya bahawa letupan akan berlaku.

Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina jerangkap samar. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masaalah bahan letupan hidup ( unexploded ordnance ).

Bom tangan jenis-jenis lain

 

Bom tangan serpihan

Bom tangan serpihan adalah peranti ( antipersonnel ) yang direka untuk memuntahkan serpihan ke seluruh arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan flechettes atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan ( antipersonnel ). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan bom tangan digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas.

 

Bom asap

100px-G-Fig1-13.jpg
Bom asap

Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya kalium klorat, laktosa dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi phosphorus putih (WP), yang disebarkan melalui letupan. Phosphorus terbakar apabila terdedah kepada udara, dan terbakar dengan api kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (phosphorus pentoxide). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( incendiary grenades (q.v.) ).

 

 Kawalan rusuhan

100px-G-Fig1-14.jpg
Bom gas CS

Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

 

 Bom pembakar

100px-G-Fig1-16.jpg
Bom pembakar (Incendiary)

Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui reaksi kimia. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram thermate (TH3), yang merupakan versi thermite diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa Perang Dunia II. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi besi cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah Celsius (4000 darjah Fahrenheit). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli homogeneous. Ia membekalkan oksigennya sendiri dan mampu terbakar di bawah air. Fosforus putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah Celsius (5000 darjah Fahrenheit).

Pembakaran thermate dan phosphorus adalah paling teruk dan menyakitkan kerana thermate dan phosphorus terbakar pada kadar pantas dan suhu yang membolehkan satu partikel kimia tersebut membakar menembusi hampir kesemua (kulit, saraf, otot dan juga tulang, walaupun di tempat di mana tidak terdapat oksigen. Selain itu, phosphorus putih amat beracun. Dos 50-100 milligram mampu membawa kematian.

 

Bom tangan gegaran

70px-Xm84-newstun_small.jpg
Flashbang

Bom tangan gegaran ( Concussion ), juga dikenali sebagai grenad stun atau flashbangs, pada asalnya direka bagi Special Air Service (Pasukan Udara Khas) British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran XM84 ( Stun Grenade ), biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan membutakan (1 juta kilauan Candela) dan letupan (170-180 Desibel). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.

Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub heksagon besi dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram piroteknik campuran oksida logam magnesium & ammonium perklorat.

 

Bom tangan sebagai hiasan

Bom tangan menunjuk-nunjuk, dengan percikan bunga api, digunakan sebagai hiasan pada uniform ketenteraan, terutamanya di Perancis (terutamanya. Gendarmerie Perancis) dan Carabinieri Itali.



-- Edited by zackbikers on Thursday 7th of May 2009 04:35:27 PM

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:


GGK personel ni rasanya pakai bom asap kaler biru tak silap...

betul tak renjer daus??


__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Btl bang ni die org tgh wt latihan
bom asap byk wane
bom tgn ade beribu balt bering
silap baling kte yg mampus



__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Senjata ni aku nengok macam dalam citer Alien ler..



 



Karbin Heckler & Koch XM8 atau HK XM8 merupakan satu program dibawah ketenteraan Amerika Syarikat dalam mencipta satu sistem raifal tempur terbaru yang ringan bagi kegunaan unit infantri Amerika dan projek ini telah pun dimulakan pada lewat 1990an hingga tahun 2004. Pihak tentera Amerika bekerja dengan syarikat persenjataan Heckler & Koch untuk mencipta program ini didalam kontrak dengan OICW (Objective Individual Combat Weapon), dimana HK bertindak sebagai subkontraktor bagi Alliant Techsystems (ATK). Dengan penciptaan HK XM8 sekurang-kurangnya memberikan harapan yang paling tinggi dalam melaksanakan penggunaan raifal atau karbin terbaru bagi kegunaan infantri Amerika Syarikat, tetapi pada tahun 2005, atas sebab-sebab tertentu oleh kerajaan Amerika, ia dibatalkan pada 31 Oktober 2005.

Selepas pembatalan program ini, HK mengorak langkah dengan memasarkan program sistem ini ke Georgia. Projek HK ini telah dimulakan sendiri oleh British, tetapi ia diserahkan semula kepada kumpulan pelabur Jerman. Kesemua jurutera yang terlibat didalam program ini berjaya menyiapkan ujian sistem ini di lapangan ujian di Amerika Syarikat dan Jerman.

Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah menetapkan program tersebut bahawa raifal atau karbin yang akan digunakan oleh unit infantrinya haruslah menggunakan kaliber 5.56 mm dan jauh lebih ringan daripada raifal utama Amerika iaitu Karbin M4. Dari segi sifat modularnya, sistem ini mempunyai platform asas yang serupa yang mana ia boleh ditanggalkan atau dipasangkan semula dengan pelbagai versi seperti pelbagai laras, sistem penderia dan lain-lain aksesori. Program XM8 ini dimulakan pada bulan Oktober 2005, tetapi dibatalkan oleh Amerika.

Untuk makluman umum, karbin Heckler & Koch XM8 ini merupakan kesinambungan dari penciptaan senjata raifal terkini Jerman iaitu Heckler & Koch G36 dimana sistem kitaran mekanikal dengan pergerakan bolt jarak pendek yang dioperasikan melalui tekanan gas, sementara kuncian kebuk dan peluru dibuat secara kepala bolt berputar. Uniknya, sistem ini dicipta dalam bentuk modular dimana bahagian badan senjata ini diperbuat dengan plastik polimer yang tahan lasak, rekabentuk yang begitu futuristik dengan pengguna mempunyai pilihan mengekalkan senjata asas. Sungguhpun pada mulanya senjata ini adalah diperingkat prototaip, tetapi mempunyai kemampuan untuk mengubah pelbagai jenis versi yang ada pada senjata tersebut tanpa memerlukan bantuan teknik dari pihak persenjataa. Tiga versi yang ada pada XM8 tersebut terdiri daripada versi Biasa (Karbin), Kompak atau Komando dan juga versi raifal tempur mahupun penembak tepat, terpulang mengikut citarasa pengguna. Memandangkan senjata ini dicipta berasaskan ciri-ciri program persenjataan Amerika, sebahagian besar kedudukan tombol pengoperasian dan ciri-ciri mesra pengendali sudah tentunya mirip kepada sistem yang sedia ada, contohnya mestilah berada atau boleh dikawal dengan menggunakan sebelah tangan sepertimana yang ada pada Colt M16, sistem pelepas bolt pula dipasang pada bahagian hadapan, didalam perumah picu senjata. Terdapat dua jenis udi XM8 yang digunakan iaitu udi pertama yang boleh diubahsuai kedudukan, manakala udi kedua ialah versi teleskopik yang sama dengan versi HK MP5. Sistem pejera optik juga boleh dipasangkan pada landasan Picatinny yang ada pada senjata. Sepertimana HK G36, senjata ini juga boleh dipasangkan dengan pelancar grened 40 mm dari jenis HK AG36, HK XM320, malahan sistem alat pelenyap bunyi (Schalldämpfer) juga boleh dikembarkan pada hujung laras senjata.

Setelah program persenjataan HK XM8 ini ditolak oleh Amerika Syarikat, program tersebut telah diserahkan sepenuhnya oleh pihak Heckler & Koch dan secara automatik, program XM8 ini diletakkan dibawah program persenjataan HK di Jerman. Kini, HK bertindak memasarkan sistem tersebut ke pasaran global, malahan dikhabarkan HK akan membekalkan sistem tersebut kepada pasukan keselamatan Jerman seperti polis dan tentera. Hal ini turut menarik perhatian Angkatan Tentera Malaysia untuk memiliki sistem persenjataan yang paling ringan tersebut. Berdasarkan maklumat dari Majalah TEMPUR keluaran April 2007, Malaysia dikhabarkan ingin menempah sejumlah besar karbin XM8 setelah pihak HK menjalankan beberapa uji nilai ke atas beberapa sistem persenjataan buatan HK, termasuklah XM8 sendiri untuk dipertontonkan oleh agensi keselamatan negara iaitu ATM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) apatah lagi diberi peluang untuk mencuba kemampuan sistem tersebut. Sebelum ini, Malaysia telah memiliki beberapa sistem persenjataan ringan seperti Colt M4, M16 dan Steyr AUG bagi kegunaan unit infantri Malaysia. Malahan, turut mempunyai kilang pemasangan senjata SME Ordnance bagi penghasilan karbin Colt M4A1. Sekiranya laporan dari TEMPUR berkenaan pembelian XM8 oleh ATM ini benar-benar sahih, ini bererti Malaysia merupakan negara Asia yang pertama bakal memiliki sistem persenjataan yang paling ringan dari Heckler & Koch, sesuai dengan perkembangan industri pertahanan Malaysia yang paling termoden dan canggih, setaraf dengan Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Singapura selepas pembinaan kapal selam Scorpene oleh pihak Malaysia di pangkalan tentera laut Perancis.



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Wah..siap 2 kelopak
mantap la...

__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

happy trigger ler....
tak payah selotep kelopak spare..hahaha

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

fai5449 wrote:

bang zam.... Bazoka xde ke.... sy paling minat bazoka.. klu bley try mmg syoookkk Woooo.... evileyeevileyeevileye




bazooka tu senjata oldskool....
abg dah tanya daus....
army dah tak pakai dah bazooka tu....

ko pakai senjata ni ler.....
baru sikit.....
nanti amik kat stor yek..hahahah


Igla SAM

Anza Mk. II SAM

 



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:

Bazoka 2 zaman jepun la fai name sjata pn mcm jepun
Tgk pranita pn blh tembak 
hahaha

__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:

Gondol ada bazooka sebijik....

hahahaha....

Gondol ajer yg kena....hehehehe

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:



Baktar Shikan
adalah sejenis peluru berpandu anti kereta kebal. Senjata ini merupakan terbitan dari pembangunan ke atas senjata Hongjian HJ-8 ("Red Arrow") buatan China dan adalah sebuah peluru berpandu anti [kereta kebal generasi kedua dengan penggunaan sistem kawalan semi aktif. Senjata ini turut digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Baktar Shikan dikeluarkan di Pakistan dengan kebenaran berlesen dari China dan diasaskan dari peluru berpandu Hongjian HJ-8. Sistem pelancarnya boleh digalas oleh anggota tentera, dan boleh juga dipasangkan kepada pesawat udara seperti helikopter penyerang AH-1 Cobra yang digunakan oleh digunakan oleh Tentera Pakistan dan juga boleh dipasangkan ke atas kenderaan pembawa anggota berperisai (seperti dipasangkan kepada sebilangan kenderaan ACV-300 Adnan Kor Armor DiRaja.)

Baktar Shikan digunakan oleh Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka.

Hongjian HJ-8

Senjata ini mempunyai persamaan dengan peluru berpandu jenis TOW yang digunakan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan banyak negara lain. Senjata ini dilancarkan daripada tiub kantung, dan diarahkan ke sasaran menggunakan kawalan optik dan arahan kawalan disampaikan menggunakan dawai.

Senjata ini seberat 24.5 kg dan mempunyai jarak efektif 4000 meter dan mempunyai kuasa ledakan yang kuat, berupaya menembusi kepingan keluli setebal 1000mm. Bahan ledakannya boleh menembusi perisai dengan ketebalan 800mm pada jarak jauh. Dengan penggunaan bahan ledakan seiring (tandem warhead), senjata ini boleh menembusi perisai setebal 1,000-1,200 mm. Versi terbaru mempunyai keupayaan melebihi keupayaan misil MILAN yang dikeluarkan oleh Euromissile.

Semasa Krisis Israel-Lubnan 2006, senjata HJ-8 yang dibekalkan oleh Iran digunakan oleh Hizbullah semasa menentang pasukan berperisai Israel dan mengakibatkan kerosakan besar di kalangan pihak musuh. Pada awalnya senjata yang digunakan adalah misil HJ-8 buatan China tetapi sebenarnya adalah misil buatan Iran yang diasaskan kepada misil Baktar-Shikan buatan Pakistan.

Baktar Shikan juga digunakan oleh pasukan Bosnia dalam tahun 1995 dan 1996 semasa pertelingkahan dengan puak Serbia semasa Perang Bosnia, dan berjaya mencapai ketepatan 95%. Senjata ini amat berkesan digunakan bagi memusnahkan kereta kebal M-84 yang digunakan oleh Serbia



Baktar atas Adnan



__________________
«First  <  1 2 3 4 511  >  Last»  | Page of 11  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard