- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aksi lagak ngeri RD Club - Harian Metro


Presiden

Status: Offline
Posts: 14579
Date:
Aksi lagak ngeri RD Club - Harian Metro


Aksi lagak ngeri RD Club

Oleh Mohd Razlan Salleh

KARNIVAL Kelab RD (RD Club) Malaysia 2008 yang menutup tirainya di Laguna Park, Pulau Indah, Selangor, baru-baru ini boleh dianggap berjaya dengan kehadiran pengunjung di luar jangkaan selain kelancaran pengurusan mengendalikan aktiviti berkenaan.

Program diuruskan RD Club cawangan Klang itu berjaya menghimpunkan lebih 200 motosikal daripada pelbagai kelab motosikal sekitar tanah air seperti kelab motosikal Boyesen, Leopard Motorsport, Mylamoc, LC 135 com, LCCK dan Lanunbikerz.


Selain itu, program itu mendapat perhatian kelab motosikal lain seperti Kelab Vespa Din Hiway, Rasariva Brotherhood, Lucky Strike Banting, Banana Motor Club, Haswan, Kelab Vespa Selangor dan beberapa individu yang meminati dunia permotoran.

Karnival yang bermula jam 12 tengah hari itu adalah susulan daripada Karnival RD Club Malaysia yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, dua tahun lalu.

Selain pameran motosikal, penganjur turut mengadakan pertandingan dan pertunjukan aksi lagak ngeri motosikal.

Aksi berkenaan memberi mesej melakukan aksi berkenaan di jalan raya tanpa latihan secukupnya adalah berbahaya serta menyalahi undang-undang.

Aksi berkenaan hanya boleh dilakukan di lokasi khas supaya keselamatan penunggang dan penonton terjamin selain tidak mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya lain.

Malah, kempen antidadah, keselamatan jalan raya dan antilumba haram yang diadakan ahli RD Club Malaysia turut mendapat perhatian pengunjung.

Turut diadakan adalah karnival berkembar iaitu Perhimpunan motosikal Kebangsaan Edisi 1 (PMK) yang menyediakan aktiviti pameran motosikal dan perlumbaan Sprintest.

Menurut Pengerusi RD Club cawangan Klang, Mohammad Zahari Sulaiman, tugas dan tanggungjawab diberikan bagi menganjurkan Karnival RD Club Malaysia 2008 amat berat serta mencabar.

"Paling mencabar apabila acara pertandingan aksi lagak ngeri diadakan pertama kali di karnival seperti ini tetapi kami berjaya melakukannya.

"Sokongan Polis Diraja Malaysia cawangan Trafik Bukit Aman melengkapkan lagi karnival yang diadakan ini," katanya.

Katanya, kerjasama dan bantuan daripada ahli RD Club Malaysia yang datang dari seluruh negeri menjadikan karnival berkenaan berjalan dengan lancar dan selamat.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 408
Date:

wah ngerinya,,,hehee
i salute you all,,

__________________

JANGAN BIARKAN BUBUR MENJADI NASI



Guru

Status: Offline
Posts: 1701
Date:

syabas.......

__________________

bawak datang la..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard