- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Polis Diraja Malaysia


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
Polis Diraja Malaysia
 




Polis Diraja Malaysia
(PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Musa Hassan.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura (Singapore Police Force).

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)

 Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

  • Perkhidmatan/Perjawatan
    • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
    • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
    • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
    • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM

 Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
  • D1 - Bahagian Pentadbiran
  • D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
  • D3 - Bahagian Naziran
  • D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
  • D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
  • D6 - Bahagian Bantuan Teknik
  • D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
  • D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
  • D9 - Bahagian Siasatan Khas
  • D10 - Bahagian Makmal Forensik
  • D11 - Bahagian Siasatan Seksual
  • D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

300px-132_17.jpg
Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.
  • Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
  • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
  • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
  • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
  • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
  • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
  • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
  • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
  • Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
  • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri
  • Bahagian Siasatan Khas
  • Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Tahanan
  • Perlucutan Harta
  • Soalsiasat
  • Pakar/Bantuan Teknik
  • Rekod/Perangkaan
  • Pendaftaran
  • Bahagian Logistik
  • Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;


Pasukan Anti-Pengganas

Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Selam Tempur.

Pasukan Gerakan Khas (PGK)
300px-F_02search.jpg
Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.

Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.

Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

 Unit Selam Tempur (UST)
300px-USTTaktikal.jpg
Unit Selam Tempur yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.

Unit Selam Tempur merupakan sebuah unit elit anti pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Polis Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat.

 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

1. PENDAHULUAN

Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai pasukan gempur dan kejutan. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

2. FUNGSI

Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-


2.1. Kawalan Orang Ramai semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear,

2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,

2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu,

2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

3. ORGANISASI

3.1. STRUKTUR PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan; dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai oleh seorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

3.2. KOMPOSISI UNIT Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1 seksyen Water Cannon; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

3.3. LOKASI Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP di letakkan di bandar-bandar besar dan strategik seperti berikut :-

3.3.1. Unit 1 - Kuala Lumpur 3.3.2. Unit 2 - Johor Bahru 3.3.3. Unit 3 - Pulau Pinang 3.3.4. Unit 4 - Kuala Lumpur 3.3.5. Unit 5 - Ipoh 3.3.6. Unit 6 - Kuala Terengganu 3.3.7. Unit 7 - Seremban # Temerloh / Maran 3.3.8. Unit Berkuda - Kuala Lumpur 3.3.9. Terup Wanita - Kuala Lumpur

PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.

 Unit Implimentasi C4-i

Anggota polis menjalankan tugas sekatan jalanraya untuk tugas pencegahan jenayah.

Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.

 Unit Berkuda

 Cawangan Trafik

 Cawangan Marin PDRM

 Pusat Kawalan Malaysia

 Unit Udara PDRM

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 


Seorang anggota polis yang berdedikasi bergambar dengan Evo 10 milik PDRM. smile

__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:
 

mana mau lari arr klau ini jerung sudah ader dekat belakang kete anda....
apa mau bikin...???

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

aLONg_kEPOng wrote:

mana mau lari arr klau ini jerung sudah ader dekat belakang kete anda....
apa mau bikin...???




brek mengejut la kasi evo 10 tu makan bumper aku....

masuk gear satu tekan minyak..

pastu masuk gear gostan tekan minyak kuat2...

baru kereta anda berada atas bumbung evo 10 tu..

hahahahahaha....

 



__________________


Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:
 

aku minat jadi polis .. tapi tak tercapai ..
jadi penjenayah pon boleh la .. dapat gak bermain-main dengan polis ..

__________________



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 













__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 


 


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 





__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 















__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

POLIS SEDIA BERKHIDMAT

POLIS SEDIA BERKHIDMAT,PADA NEGERI DAN RAKYAT,
HIDUP BERBAHAGIA,AMAN SENTOSA,
POLIS SEDIA BERKIDHMAT,

TANDA LEKAT DI LENGAN,POLIS DENGAN PEREMAN,
TANGAN BERSALAMAN,ALAMAT PERSAHABATAN.....

POLIS SEDIA BERKHIDMAT,PADA NEGERI DAN RAKYAT,
HIDUP BERBAHAGIA,AMAN SENTOSA,
POLIS SEDIA BERKIDHMAT,






__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



__________________


Admin RD CLUB ~ Bandar Tun Razak, KL

Status: Offline
Posts: 980
Date:
 

skang ni FRU paling banyak kerja..

haha..dah banyak perhimpunan halal..

__________________
Study....Study....Study... =_=


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 


mp5

__________________


Admin RD CLUB

Status: Offline
Posts: 3912
Date:
 

dpt pegang mp5 pon jadi la...
hehehe

__________________
Balistix JoNn!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 171
Date:
 

huhuhuhuhuhu....yelaaa 2..bro john...

__________________


Admin RD CLUB

Status: Offline
Posts: 3912
Date:
 

hahahahahaha...
yela...


__________________
Balistix JoNn!!!


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:
 

aku nak m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4,m4.x kre nak jugak nak jugak

__________________

-ikmall-



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

m4 menang kat hutan,mp5 menang di dalam bangunan......kalau bawak m4 buat serbuan,
takut tersangkut-sangkut coz panjang sangat...lagipun....skarang nie la yang aku tahu....
S.W.A.T pun CQB pakai mp5 yang paling top....

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:
 

he2...

__________________

PEACE NOT WAR..



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

TUL TAK TOYAI

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

o5zal5speedo wrote:

m4 menang kat hutan,mp5 menang di dalam bangunan......kalau bawak m4 buat serbuan,
takut tersangkut-sangkut coz panjang sangat...lagipun....skarang nie la yang aku tahu....
S.W.A.T pun CQB pakai mp5 yang paling top....




betul....mp5 masih merupakan assault weapons terbaik utk cqb..

digunakan oleh paling banyak agensi keselamatan negara2....

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 235
Date:
 

den xpegi kursus KSM lagi....tapi penerangan yg diberi encik o5zal..mmg den setuju sgt2...

__________________

PEACE NOT WAR..



UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

ALAH SONANG CITO.......KALAU DAH TAHU CARO MENEMBAK......TEKNIK,SKILL NAK PEGANG SENJATA API NIE...POGANG SENJATO APO PUN,SENAPANG PATAH KO.....SEMUO SODAP......TEMBAK MEMANG TOPAT.....SILAP-SILAP PAKAI SUMPIT PUN LEH KONO TOPAT

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      



Senior Member

Status: Offline
Posts: 171
Date:
 

hajat teringin gak nak jadi polis...tapi biar ar pegawai...leh raging ko zal...hehe3

__________________


UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

EMMPH...KO NAK RAGGING AKU....SILAP-SILAP PEGAWAI BARU KENA RAGGING NGAN ANGGOTA BAWAHAN.....

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

sir


RD CLUB Senior Members

Status: Offline
Posts: 260
Date:
 

sori Mr.Prez,,, update for pdrm



__________________


sir


RD CLUB Senior Members

Status: Offline
Posts: 260
Date:
 


Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)

 

Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

  • Perkhidmatan/Perjawatan
    • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
    • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
    • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
    • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
  • Baka
    • Merangkumi tiga bidang tugas keagamaan, kaunseling, dan pentadbiran.
  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM




__________________


sir


RD CLUB Senior Members

Status: Offline
Posts: 260
Date:
 

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING




SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) POLIS DIRAJA MALAYSIA

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) direalisasikan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005 yang mencadangkan agar bahagian agama ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis. Pada masa yang sama Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM turut membuat permohonan tambahan 537 perjawatan Cawangan ini yang telah dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 28 Mei 2005. Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan semasa, kedua-dua Bahagian Agama dan Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM telah digabungkan bagi membentuk BAKA PDRM. BAKA telah telah diluluskan penubuhannya mengikut Waran Perjawatan K41 tahun 2007 bertarikh 3 April 2007. BAKA diletakkan di bawah kawalselia Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN).

PERJAWATAN BAKA

Sebanyak 1,503 perjawatan diluluskan di mana 20% daripadanya diisi oleh pegawai beruniform (polis) dan selebihnya pegawai awam (Pegawai agama Jakim dan Kaunselor JPA).

 

BAKA PDRM diwujudkan di peringkat:

 

1.Bukit Aman

2.Kontinjen

3.Daerah

4.Briged

5.Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA)

6.Institusi Latihan PDRM

7.Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)

8.Pasukan Polis Marin

9.Unit Udara Polis (UUP)

 

 

OBJEKTIF BAKA PDRM

Antara objektif yang disasarkan adalah:

1. Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkesan;

2. Membentuk warga PDRM yang berakhlak, profesional dan berhemah

3. Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif;

4. Meningkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang murni dan cemerlang;

5. Memantapkan aspek pembangunan diri dan kesedaran kemajuan kerjaya warga PDRM yang lebih positif dan menghasilkan produktiviti dan berkualiti;

6. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa dan yang akan datang berkait dengan agama, psikologi dan kaunseling;

7. Menyediakan ruang pertukaran maklumat perkongsian kemahiran dan kepakaran dikalangan ahli-ahli akademik dan pakar-pakar dalam bidang agama, psikologi dan kaunseling untuk faedah PDRM.



__________________




UTK RD CLUB

Status: Offline
Posts: 883
Date:
 

PENDAPAT DEN LA KAN........MEMANG PATUT DI TUBUHKAN B.A.K.A NIE.....COZ,,
KOJO POLIS NIE SAKIT KEPALO,STRESS...TAK KIRO LA PANGKAT APO.....SUMO TAK KONO...
KALAU DALAM TUGAS KONO MARAH NGAN PEGAWAI ATASAN,KAT LUAR PLAK ORANG AWAM ASIK NAK MARAH POLIS......KONON-KONON MARAH KITO TAHAN DIO WAT ROAD BLOK.....PANAS DIE CAKAP.......DIE TAK TAU YANG BERDRI TERPACAK NIE LAGI BASAH KETIAK NIE.......PROBLEM...PROBLEM....TAPI NAK WAT CEMANO KAN....
AWAL-AWAL LAGI KAN JURULATIH PULAPOL DAH CAKAP....
SEPARUH GAJI SEORANG ANGGOTA POLIS NIE KHAS UNTUK KONO MARAH....
JADI NAK TAK NAK KONO SABAR LA KAN.....
ORANG AWAM PULAK ASIK NAK BENCI POLIS,,,,TERUTAMA MAT-MAT REMPIT....
DIO ORANG INGAT KITO NIE SAJO-SAJO NAK TAHAN DIA AGAKNYA....DIE TAK TAU,
ORANG KOJO POLIS NIE TAK TIDO MALAM DIBUATNYA.....ASIK NAK MEMOKAK,MEMISING,..
PAS TU.....ORANG LAIN YANG BERTUMBUK,BERTERAJANG....AWAK PULAK YANG SIBUK-SIBUK NAK LORAIKAN DIO ORANG NIE....TU PUN ORANG AWAM TAK PAHAM LAGI......SONANG CITO LA KAN.....TENGOK PERKATAAN POLIS TU SENDIRI DAH MENUNJUKAN MAKSUD BADAN PENGUATKUASA TERSEBUT
P.O.L.I.S [PASAL ORANG LAIN IYANYA SUSAH].....JADI PIKIR-PIKIRKAN LAH....

__________________


images?q=tbn:ANd9GcQT_PVGuQ7Jmd16cTylkCzzn4hHZvMMchhDM2S8dQ8YAA-_OujnrA        
d663ebc5950a138e      

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard