- RD CLUB Malaysia -

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perwira Negara


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
Perwira Negara
 


Salam kengkawan....

Thread ni bagi memperingati wira2 negara yang telah terkorban mempertahankan , agama, negara dan bangsa.

Juga tak dilupakan pada yang masih hidup dimana mereka berada.

Tabik hormat untuk mereka!!


ps: Meremang bulu roma aku masa bukak thread ni.


__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



Adnan bin Saidi
atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)"

Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:
 

Tq abg nizam bk thread Perwira Negara


__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



Kanang anak Langkau
(lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

ps: pic dalam web takde...kena selongkar buku kanang anak langkau wa kasi scan gambar dia.



-- Edited by zackbikers on Saturday 11th of April 2009 06:28:06 AM

-- Edited by zackbikers on Sunday 12th of April 2009 02:08:24 PM

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

daus8762 wrote:

Tq abg nizam bk thread Perwira Negara




sama2....smile

hehehehe....

kalau kita takde semangat macam wira negara tu...baik tak payah hidup la bagi aku...

arwah datuk tiri aku polis hutan.....
arwah datuk belah arwah ayah aku lak dulu sama2 berjuang dengan mat kilau...

insyaallah darah derang mengalir dalam darah aku jugak hehehehe

ada projek aku nak buat pasal perwira negara ni...

harap2 kawan2 rd club kita dalam force samada army atau police force boleh support..




__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:
 

Kanang ak langkau ni idola semua unit renjer. Lt Adnan idola semua unit askar melayu...bagus abg bk thread ni untuk pendedahan semua golongan termasuk mat rempit,hiphop,skinhead dan lain2 yg penting jauh perjalanan luas permadangan

__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

daus8762 wrote:

Kanang ak langkau ni idola semua unit renjer. Lt Adnan idola semua unit askar melayu...bagus abg bk thread ni untuk pendedahan semua golongan termasuk mat rempit,hiphop,skinhead dan lain2 yg penting jauh perjalanan luas permadangan




den dah baca citer kanang anak langkau....

memang best.....

lt adnan pulak memang berani dan bijak...

semangat diarang patut kita ikut...

jadikan wadah perjuangan...

agi idup agi ngelaban...


 



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:
 

den dah baca citer kanang anak langkau....

memang best.....

lt adnan pulak memang berani dan bijak...

semangat diarang patut kita ikut...

jadikan wadah perjuangan...

agi idup agi ngelaban...

........................................................................................................................................

Betul 2 abg nizan...klu bkn kte jg malaysia sape lg xkn nk suruh org asing yg jg skg pn dh byk pdtg asing kt malaysia ni...
kadang2 ase geram tgk pdtg ni die org wt mcm kt negara die lak


__________________
 


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

Peristiwa BALAI POLIS Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.



Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Wira-wira Bukit Kepong


Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950


Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang

Mereka yang terselamat

  1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
  2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
  3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
  4. Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
  1. Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

  1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal Jidin Omar
  4. Konstabel Hassan Osman
  5. Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Konstabel Jaafar Hassan
  7. Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Konstabel Marin Awang Ali
  12. Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

daus8762 wrote:

den dah baca citer kanang anak langkau....

memang best.....

lt adnan pulak memang berani dan bijak...

semangat diarang patut kita ikut...

jadikan wadah perjuangan...

agi idup agi ngelaban...

........................................................................................................................................

Betul 2 abg nizan...klu bkn kte jg malaysia sape lg xkn nk suruh org asing yg jg skg pn dh byk pdtg asing kt malaysia ni...
kadang2 ase geram tgk pdtg ni die org wt mcm kt negara die lak




itu la pasal...

silap2 bukan dari luar je kena ambush....
silap2 dari dalam kena ambush....

warga cina pun makin ramai mendatang ke sini....evileye


 



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.



__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.


Perang Tok Janggut

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.

Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menagkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak $500/-. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.

Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.

Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.



Tok Janggut, hanged upside down on a field which is now known as Padang Bank or Padang Merdeka while an obviously Malay Policeman from the Straits Settlement Unit stood guard. The Kelantan River is in the background



__________________


The Fighting Seventh - RD CLUB

Status: Offline
Posts: 2408
Date:
 

Semangat la tgk abg nizam ni...
hahaha

__________________
 


Admin RD CLUB

Status: Offline
Posts: 3912
Date:
 

cayalah mr prez....
semangat cintakan negare perlu ade pd setiap org...
salute u laa........

__________________
Balistix JoNn!!!


Highway Star

Status: Offline
Posts: 2905
Date:
 

kanang anak langkau

kanang+anak+langkau.jpg

__________________



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

keHek wrote:

kanang anak langkau

kanang+anak+langkau.jpg




wah...tenkiu kehek....

puas den cari pic dia tak jumpa online...
kata dalam buku novel dia ada la....
tapi aku simpan tah mana tah....

Kanang dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan dicadang dikurnia gelaran 
Datuk namun ditolak dengan alasan....

Saya bukan orang kaya, saya ni orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan - Kanang.




 



-- Edited by zackbikers on Sunday 12th of April 2009 01:18:31 PM

__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:
 

SYABAZ2,NI WAR SY NAK JOIN ARMY NI.LEY JD CHARGEMAN DLM KOR JURUTERA ELEKTRIK DIRAJA

__________________

-ikmall-



Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:
 

PASNI CTE PASAL PENUBUHAN ASKAR WATANIAH LAK BANG,TIME ZAMAN2 FORCE 136 DLU,HARIMAU MALAYA

__________________

-ikmall-



Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

abg ada buku pasal force 136 tu....
nanti abg cari..

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

erm..mungkin ada sesetengah mengganggap beliau bukan perwira negara tp bagi aku niat beliau menentang penjajah tak kira siapa penjajah tersebut menjadikan beliau wira negara....dan beliau menentang menggunakan wadah politik...

Ahmad Boestamam



Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Selain daripada bergiat dalam politik, beliau juga berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel. Antara bukunya ialah Sorotan Sekilas (1981), Lambaian Dari Puncak (1983), Merintis Jalan Ke Puncak (1971), Tujuh Tahun Malam Memanjang (1976), Rumah Kaca Di Gegar Gempa (1969), dan Api Dan Air Mata (1967).Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk

Dilahirkan kepada Raja Kechil, seorang petani, dan Rasiah, Ahmad Boestamam dibesarkan di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak. Beliau mempunyai dua orang kakak, iaitu Rasunin dan Ramlah. Pada usia enam tahun, Beliau memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu, sebuah sekolah Melayu and kemudiannya, pada tahun 1933, beliau memasuki Anderson School, Ipoh. Ahmad tamat Darjah Lima dan lulus dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas Melayu Khas ("Special Malay Class", SMC).

Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Hj. Muhammad.

Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.

Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British. Ahmad dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar.

Penangkapan Boestamam pada tahun 1941 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik. Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Ini menjadi satu mungkin kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik.

Ahmad seorang perancang politik yang bijak. Beliau telah menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British yang sedang berusaha memerangi tentera Jepun. Walaupun penubuhan ini dipaksakan kepadanya oleh MPAJA, tentera Parti Komunis Malaya, tetapi ia juga menjadi satu bukti kepada kerjasama Ahmad dengan kumpulan anti-Jepun. Ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menafikan kerjasama sepenuhnya dengan Jepun.

Boestamam kemudian menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah.

Dengan itu, Ahmad telah bekerjasama secara sedar dengan pihak PKM yang juga bersifat penjajahan ke atas Tanah Melayu. Ini kerana PKM adalah anak Parti Komunis China yang bekerjasama dengan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.

Ahmad membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM. Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA.

Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan. Dengan itu, dasar PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan dengan cita-cita PKM.

Ahmad menyedari hal tersebut, maka untuk mengimbangi pengaruh politik PKM, dalam persidangan yang diadakan pada 30 November 1945, dasar membentuk Melayu Raya atau Indonesia Raya, telah dimasukkan sebagai salah satu matlamat perjuangan PKMM. Malah dasar ini memang sengaja ditonjolkan begitu hebat oleh Ahmad dan kumpulannya demi untuk mengelakkan pandangan orang ramai terhadap penguasaan PKM dalam PKMM. Ini juga telah membolehkan runan Indonesia yang menetap di Tanah Melayu.

Ahmad disokong oleh PKM. PKM telah membangkitkan pula soal tidak demokratik UMNO kerana memberi dua sahaja undi kepada PKMM, seperti persatuan negeri-negeri Melayu yang lain, yang dikatakannya lebih kecil daripada PKMM. PKM juga menuduh UMNO sebuah parti yang konservatif dan tidak menggunakannya sebagai biasiswa kepada anak-anak Melayu, dianggapnya remeh.

Kerajaan British telah meyokong UMNO. Bagi kerajaan British, UMNO adalah sebuah parti politik yang lebih sederhana, tidak dipengaruhi sebarang unsur luar yang mengancam kedudukan politik dan ekonominya serta tidak mempunyai sejarah penentangan terhadap pihak British, seperti PKMM yang dipimpin oleh beberapa orang bekas anggota KMM. UMNO juga direstui oleh raja-raja Melayu yang merupakan lambang ketuanan orang Melayu. Sokongan raja-raja Melayu kepada UMNO sangat penting diakui kerana raja-raja Melayu merupakan ketua kerajaan negeri yang membuat perjanjian dengan kerajaan British. Kebijaksanaan UMNO menarik raja-raja Melayu memihak kepada mereka telah memerangkap kerajaan British untuk mengakui kepentingan UMNO.

Sekali lagi Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO raja-raja Melayu dan kerajaan British.

Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah bertentang arus dengan nasionalisme Melayu pada tahun 1946. Ini kerana penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kemuncak gerakan nasionalisme mereka selama ini. Gerakan nasionalisme Melayu yang bermula begitu lambat dan tidak begitu mencabar kerajaan British telah menjadi cukup tegang dengan pengenalan Malayan Union. Ini kerana gerakan anti-Malayan Union itu telah membangkitkan kesedaran politik yang cukup jelas sehingga melibatkan kaum wanita yang selama ini tertutup dengan peranan tradisional mereka. Pengenalan Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja-raja Melayu dan para pembesar tradisional yang selama ini terpisah dengan rakyat jelata. Penentangan itu merupakan satu gerakan yang telah mencabar kerajaan British sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak mereka.

Pada Februari 1946, ketika semangat menuntut kemerdekaan sedang meluap-luap, Ahmad bersama dengan Dr Burhanuddin Al Helmi juga menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan kiri yang radikal di Malaya dan memimpinnya sehingga pertubuhan itu diharamkan oleh pihak British.

Penangkapan Ahmad pada bulan Julai tahun 1948 membekukan kegiatan politik Ahmad untuk satu tempoh yang panjang, iaitu selama tujuh tahun. Beliau terpaksa ditahan begitu lama kerana berbahaya kepada keselamatan politik British di Tanah Melayu dan kawasan sekitarnya, iaitu Nusantara. Pengisytiharan undang-undang darurat juga digunakan untuk kerajaan British mengawal anasir PKM dan sekutunya, termasuk PKMM dan anak buahnya. Ahmad dianggap sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak yang berbahaya. Beliau ditahan oleh British dua kali. Kali pertama sejurus sebelum kedatangan Jepun pada tahun 1941 selama tiga bulan.

Parti Rakyat Malaya telah menjadi parti politiknya yang pertama sebaik-baik sahaja beliau dibebaskan pada tahun 1955. Beliau telah menjadi pemimpin pembangkang Melayu dengan menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan Sukarno. Dengan bekerjasama dengan Parti Buruh Malaya, beliau berjaya membentuk Socialist Front (SF) yang akhirnya menjadi salah satu parti pembangkang yang terkenal selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Pilihan raya tahun 1959 telah memberi satu pengiktirafan kepada kegiatan politik Ahmad selama ini. Beliau telah memenangi kerusi parlimen Setapak di bawah tiket Socialist Front. Dengan itu, Ahmad telah menjadi salah seorang anggota pembangkang yang disegani, bersama-sama dengan tokoh-tokoh nasionalis dan politik Melayu yang lain seperti Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah. Tokoh-tokoh pembangkang bukan Melayu yang handal seperti Dr. Seenivasagam, Tan Chee Koon dan Lim Kean Siew telah berganding bahu dengan Ahmad dan rakan-rakan yang lain. Kehadiran Ahmad Boestamam dan kawan-kawannya itu menjadikan kerajaan perikatan terpaksa bekerja keras untuk menentang mereka di Dewan Rakyat. Kehadiran mereka memang sangat menarik dalam sejarah politik berparlimen di Malaysia.

Ahmad ditangkap pada tahun 1963, buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini Ahmad ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat tahun. Alasan kerajaan Perikatan ialah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei pada tahun 1962. Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad seorang penyokong Indonesia yang sangat setia dan tetap. Kedua, penonjolan satu penglibatan politik Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya.

Penglibatan Ahmad dalam politik Malaysia menjadi hambar selepas itu. Beliau tidak lagi berkesan walaupun cuba bangun memimpin parti politik yang baru dan bekerjasama dengan tokoh-tokoh bukan Melayu. Beliau terpaksa membawa diri ke Sarawak dengan menjadi pembantu Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub dan penulis akhbarnya. Oleh sebab itu, Ahmad dianugerahi gelaran "Datuk" oleh Gabenor Sarawak. Walaupun gelaran itu satu pengiktirafan kepada peranannya selama ini dalam kegiatan politik Malaysia sebelum perang dan selepas merdeka. Ia sebenarnya satu ironi kepada ideologinya yang radikal selama ini. Akhirnya, Ahmad mengakui sistem tradisional Melayu yang masih bersifat feudalisme.

Ahmad mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis bebas di akhbar-akhbar sebagai perintang waktu dan sedikit pendapatan untuk menyara kehidupannya. Dua tahun selepas menunaikan fardu haji, beliau meninggal dunia pada tahun 1983 kerana penyakit barah paru-paru. Dengan itu, maka tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang sangat dinamik dan menarik yang telah memberi warna-warna garang dan terang serta corak yang berliku-liku dalam kehidupannya dan politik Malaysia khasnya. Kepentingan beliau dalam sejarah politik Malaysia tidak akan dilupakan.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Ahmad Boestamam ialah :

  • Penulis pojok akhbar "Saudara";
  • Anggota Persatuan Melayu Perak (PMP) pada tahun 1937;
  • Penolong Setiausaha Kesatuan Melayu Muda (KMM);
  • Pengasas Gerakan Kiri Tanah Air (KITA);
  • Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API);
  • Pengasas Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM);
  • Ketua pengarang akhbar harian, "Suara Rakyat";
  • Ketua Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM);
  • Pemimpin Parti Rakyat Malaya (PRM) pada tahun 1955;
  • Setiausaha Kehormat Kongres pada tahun 1957;
  • Ahli Dewan Rakyat pada tahun 1959-1963.

Hasil Penulisan

  1. Kabus pagi. Singapura: Geliga, 1958.
  2. Pacar merah Malaya. Singapura: Halmy, 1948.
  3. Gelap menjelang terang. Singapura: Geliga, 1956.
  4. Merintis Jalan Ke Puncak, 1972


__________________


Rejimen 515

Status: Offline
Posts: 1513
Date:
 

ORAIT.BERITA FAHAM,OVER

__________________

-ikmall-



Highway Star

Status: Offline
Posts: 1460
Date:
 

maner lagi criter pasal panglima2 nihh

__________________

boyavatar.jpgalongangif.gif



Guru

Status: Offline
Posts: 1701
Date:
 

sedih la pulak bace ni..
erm...

__________________

bawak datang la..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 171
Date:
 

huhuhuhu..
semangat keperwiraan...




Attachments
__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 

sekakap tu apa bro?

__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



Nama Tokoh : Tengku Mahmood Mahyiddeen Ibni Almarhum
Tengku Abd. Kadir Kamaruddeen
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1908
Tempat Lahir: Istana Chabang Tiga, Wilayah Pattani
Tarikh Meninggal : 12 Februari 1954

LATAR BELAKANG Tokoh Tengku Mahmood Mahyiddeen merupakan anakanda Sultan Pattani yang terakhir, iaitu Almarhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen. Bondanya adalah rakyat negeri Kelantan bernama Cik Maimunah. Tengku Mahmood Mahyiddeen dilahirkan semasa kerajaan Siam dan pihak Inggeris sedang hangat berebutkan negeri Pattani pada 30 Oktober 1908. Beliau dibesarkan oleh ibu tiri selepas ibunya meninggal pada ketika beliau berusia empat tahun. Apabila memasuki alam persekolahan, beliau dihantar ke negeri Kelantan dan memulakan hidup baru di sana.

Beliau memulakan alam persekolahan dengan memasuki Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan pada usia tujuh tahun. Lima tahun kemudian, ayahandanya menghantar beliau ke kota raya Bangkok (1920) untuk memasuki Royal Assumption College. Bagaimanapun Tengku Mahmood hanya berada kira-kira tiga tahun sahaja di Bangkok akibat masalah politik yang timbul antara ayahandanya dengan kerajaan Siam. Ekoran itu, Tengku Mahmood dihantar pula ke Government English School di Pulau Pinang pada tahun 1923. Sebagai seorang pelajar yang pintar, Tengku Mahmood kemudiannya menyertai sekolah elit iaitu Penang Free School pada tahun 1926 dan lulus Senior Cambridge dua tahun kemudian. Disebabkan kecemerlangannya itu, beliau telah ditawarkan biasiswa pengajian perubatan di King Edward VII Medical College, Singapura. Bagaimanapun Tengku Mahmood telah menyerahkan tawaran itu kepada seorang rakannya yang miskin berbangsa Cina dan beliau sendiri mengambil keputusan kembali ke pangkuan keluarga di Kelantan. Tengku Mahmood Mahyiddeen telah mendirikan rumah tangga dengan adinda Sultan Kelantan iaitu Tengku Zainab pada tahun 1930.

Sejak awal tahun 1930-an, Tengku Mahmood mula aktif bergiat dalam bidang kemasyarakatan. Sifat prihatin dan peka serta ketajaman fikirannya telah membuatkan kerajaan negeri pada masa itu tertarik dengan kebolehan beliau. Bermula detik itulah beliau diamanahkan memegang jawatan sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Kelantan pada tahun 1933 dan Penguasa Pelajaran Kelantan pada tahun 1938.

Tengku Mahmood kemudiannya telah berjuang bersungguh-sungguh membangunkan sistem pelajaran moden di Kelantan. Beliau berhasrat memastikan anak-anak jati negeri itu tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dari tahun 1933 1941, beliau telah bertanggungjawab menubuhkan sebuah sekolah aliran Inggeris pertama di Kelantan (Maktab Sultan Ismail 1936) dan sebuah lagi sekolah aliran Inggeris khusus untuk anak-anak perempuan (Zainab English School 1937).

Bagaimanapun, usaha Tengku Mahmood terhenti apabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Namun, sebagai seorang individu yang berjiwa pejuang, Tengku Mahmood telah menukar arah perjuangannya. Dengan semangat patriotisme yang tinggi, beliau telah mengepalai sekumpulan pemuda Melayu berperang secara berdepan dengan tentera Jepun yang mendarat di pantai Sabak. Keberanian beliau berperang secara berdepan menentang tentera Jepun, pada hal beliau bukannya askar kerajaan telah mengundang rasa hormat yang teramat tinggi dari pihak Inggeris dan masyarakat setempat.

Bermula saat itu, tumpuan Tengku Mahmood mula terarah untuk mempertahankan maruah negara daripada ancaman penjajah. Beliau sanggup meninggalkan keluarga, harta dan pangkat demi berjuang untuk negara. Tengku Mahmood terlibat aktif menyusun serta mengumpul belia-belia Melayu di luar negara bagi menyertai gerila Force 136 yang dipimpinnya. Angkatan Force 136 yang berpusat di India itu adalah kumpulan yang bertanggungjawab menyusup masuk ke Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas risikan semasa perang dengan Jepun.

Sememangnya kehidupan Tengku Mahmood Mahyiddeen tidak pernah sunyi dengan perjuangan. Setelah Jepun menyerah kalah, beliau terlibat pula dalam peristiwa penentangan terhadap Malayan Union. Malah, banyak lagi peristiwa besar yang berlaku dalam usaha beliau membebaskan tanah air daripada penjajah sama ada di Tanah Melayu mahupun di wilayah Pattani. Malangnya, beliau tidak sempat melihat usahanya berjaya apabila meninggal dunia pada 12 Februari 1954, dua tahun sebelum rombongan Tengku Abd. Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan. Kematian beliau dalam usia 40-an menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini kerana pada waktu itu ramai tokoh pejuang dan pemikir negara yang mati pada usia muda dan kebanyakan mereka mati diracun.

Sehingga hari ini, memang sukar untuk mencari pengganti tokoh seperti Tengku Mahmood Mahyiddeen. Beliau walaupun berketurunan raja tetapi berjiwa rakyat. Malah, kesanggupan beliau menggugurkan gelaran Tengku (1 Ogos 1946) pada dirinya adalah bukti betapa beliau seorang yang amat merendah diri. Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent, pada 19 November 1946 telah menyanjung Tengku Mahmood dengan berkata :

Tengku Mahmood Mahyiddeen seorang tokoh perjuangan Melayu yang bijak, berwibawa dan disenangi ramai. Beliau amat menyintai kedamaian dan kesejahteraan hidup. Walaupun ketika menghadapi kesulitan dan berdukacita, namun senyuman sentiasa terukir di wajahnya.

SUMBANGAN TOKOH
Pembela Masyarakat. Semasa berniaga, beliau banyak melihat penderitaan rakyat. Oleh itu, beliau mula berfikir dan merancang bagi memastikan nasib rakyat dapat dibela. Beliau juga sedih dengan nasib anak-anak gadis yang berkahwin muda, masalah bidan yang kurang cekap serta masalah banyaknya kelahiran bayi yang tidak cukup bulan dan kadar kematian yang tinggi. Beliau menjadikan isu ini perkara pokok dalam menegur sikap Inggeris.
Pembaharuan Pelajaran Masyarakat Beliau diminta untuk menjawat jawatan dalam khidmat awam kerana pemikiran yang tajam dan kritis serta ilmu pengetahuan yang tinggi. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Pemangku Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Negeri Kelantan. Azam beliau ketika itu untuk membekalkan masyarakat Melayu dengan ilmu pengetahuan yang moden tanpa mengetepikan sistem pelajaran sedia kala.
Pejuang Bahasa Melayu Diberi kepercayaan untuk menjadi Yang Dipertua Pertubuhan Dewan Bahasa Melayu. Matlamat pertubuhan itu adalah untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu dan menghidupkan ciri-ciri kebudayaan Melayu.
Mengubah Pemikiran Masyarakat Beliau berusaha keras menyedarkan masyarakat betapa pentingnya ilmu pengetahuan moden kepada seluruh rakyat tidak mengira lelaki mahupun perempuan.
Aktif Dalam Badan Sukarelawan Dan NGO Beliau menjadi Pesuruhjaya Pengakap Kelantan dan membawa Pengakap Kelantan ke Jambori Pengakap terbesar di Melbourne, Australia; Ketua Pertubuhan pertama St. John Ambulance Brigade cawangan Kelantan; dan berpangkat Sarjan dalam tentera sukarelawan Kelantan.
Mendirikan Sekolah Tengku Mahmood Mahyiddeen mendirikan sekolah aliran Inggeris pertama di Kelantan pada tahun 1936, iaitu Sekolah Sultan Ismail / Ismail College. Pada tahun 1937, sekolah aliran Inggeris khusus untuk pelajar perempuan ditubuhkan oleh beliau iaitu Zainab English School, kini Sekolah Menengah Zainab.
Ahli Politik Beliau menjadi Yang Dipertua GEMPAR, iaitu pertubuhan yang merancang membawa Pattani menyertai Tanah Melayu; dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan mewakili Kelantan. Bertanding menentang Datok Onn dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO. Tengku Mahmood Mahyiddeen dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Hal-Ehwal Pelajaran Kerajaan Tanah Melayu.
Pejuang Kemerdekaan Beliau bertempur dalam serangan pertama tentera Jepun di Tanah Melayu di Kota Bharu, memimpin barisan anak-anak Melayu dalam pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) dan menyertai pasukan Force 136, selain terlibat dalam usaha menentang Malayan Union.

PENGIKTIRAFAN

Menerima Bintang Kehormat Most Excellent Order Of The British Empire / M.B.E.
Menerima Anugerah Kelas II Bintang Kebesaran Kerajaan Kelantan Al-Muhammadi, Darjah Paduka Mahkota Kelantan (DPMK) yang membawa gelaran Dato. 


Keberanian dan ketokohan Tengku Mahmood Mahyiddeen amat dikagumi. Beliau bertanggungjawab membawa reformasi pendidikan Kelantan yang ketika itu terikat dengan sistem tradisional. Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau tampil memimpin pasukan sukarelawan Melayu menentang Jepun.  Bersama-sama tentera British, beliau berundur ke India untuk mendapat perlindungan. Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan  melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila. Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan  mula memikirkan nasib orang Melayu Patani yang masih dibelenggu penjajahan Siam. Sebagai seorang berketurunan Patani, sudah tentu nasib malang yang menimpa rakyat Patani turut menyentuh emosinya. Beliau meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR). Namun usahanya gagal kerana pertubuhan itu telah diharamkan oleh British dan beliau meninggal dunia dalam usia yang muda.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 171
Date:
 

zackbikers wrote:

sekakap tu apa bro?




 



sekakap 2 name bilik kat hotel mr prez..
name bilik yang diberi sempena dengan pulau sekakap di sabah mr prez..
huhuhu...

Attachments
__________________


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 



MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa. Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 83
Date:
 

trma ksh bnyk2 kpd mr prez....
krna igt phlwn2 kt yg dhlu kala...
sdh jg slps mmbc crta2 yg d pmrkan....


__________________
lu pikir r sendiri


Presiden

Status: Offline
Posts: 14543
Date:
 




DATO MAHARAJALELA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.



__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard